EMPAT PULUH

9.1K 309 6
                                    

"ALISHA, cuba awak tengok tu. Cantikkan?" Aazad menunding jari ke arah langit malam yang terang disinari cahaya bulan. Malam itu mereka duduk di tepi pantai sambil menikmati bayu malam.

"Cantik.." Jawab Alisha sambil memandang ke langit. Hatinya kagum melihat keindahan ciptaan tuhan.

Senyuman Aazad melebar.

"Saya happy dapat tengok semua ni dengan awak. Selalunya saya tengok sorang-sorang je." Sengaja Aazad membuat ayat menyentap kalbu.

"Ee awak ni. Mengada aje. Siapa suruh merajuk jauh-jauh." Ejek Alisha.

"Siapa suruh awak tak percaya saya." Cebik Aazad.

"Haishh... yelah yelah. Sorry awak." Ucap Alisha sambil memandang Aazad lalu mengelipkan matanya beberapa kali.

"Cium lagi baru tahu.." Usik Aazad geram.

Terus Alisha membulatkan matanya dan ditahan supaya tidak berkelip. Pipinya merah apabila Aazad mengingatkan dia tentang kejadian petang tadi, di mana 'first kiss'nya dicuri.

Aazad menahan diri dari ketawa apabila melihat Alisha sedaya upaya menahan matanya yang sudah pedih dari berkelip.

"Awak.." Alisha menarik lengan baju Aazad, meminta simpati.

Akhirnya ketawa Aazad meletus.

"Yang awak pergi tahan mata tu dah kenapa?" Aazad mencubit pipi Alisha.

"Dah awak ugut saya tadi." Cebik Alisha, tidak berpuas hati melihat Aazad mentertawakannya.

"Ugut apa?" Aazad buat-buat tidak faham.

"Okay fine!" Alisha memalingkan badan ke arah lain lalu memeluk tubuh. Konon merajuk.

Senyap...

'Aik.. Taknak pujuk aku ke?' Alisha tertanya di dalam hatinya apabila tiada respon dari Aazad. Dia tidak mahu menoleh melihat Aazad.

Senyap lagi...

Alisha menoleh,

"Awak ni kan tak..." Kata-kata Alisha terhenti apabila dia mendapati Aazad tiada di situ.

Namun senyumnya melebar. Ada sekeping nota bewarna kuning bersama sekuntum bunga ros merah.

Alisha membaca nota tersebut sambil menghidu haruman bunga ros merah yang ditinggalkan bersama.

'You are just like a rose, bloom in my heart.'

Alisha tersenyum. Hatinya berbunga. Dia memandang sekeliling, mencari Aazad.

Buat seketika matanya tertancap pada sebiji belon berbentuk bintang yang dilekatkan di sebatang pokok kelapa tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia pergi ke arah belon tersebut dengan perasaan teruja apabila perasan ada nota kecil yang dilekatkan di atas belon itu.

'You are a star on my sky. Everytime i thought about you, the star will fallen on my heart.'

"Aww! So sweet."

Mata Alisha meliar lagi mencari nota lain. Dia berjalan perlahan-lahan.

"Miss.." Terdengar suara kanak-kanak seperti memanggilnya. Alisha menoleh.

"Emily.." Alisha tersenyum apabila melihat Emily, kanak-kanak perempuan yang pernah menolongnya memberi nota kepada Aazad sewaktu pertunjukan bunga api tempoh hari berjalan ke arahnya sambil membawa sebatang lilin yang telah dinyalakan sumbunya.

Emily menghulurkan lilin tersebut kepada Alisha bersama sekeping nota.

"Thank you sweetie." Ucap Alisha lalu mengambil lilin dan nota yang diberikan.

Emily hanya tersenyum dan berlari anak ke arah restoran berdekatan tepi pantai.

Alisha mengerutkan dahinya sambil tersenyum. "Lilin?"

Lalu Alisha membaca nota tersebut.

'You walked into my life in a blaze of light. I've never wanted someone more, you are the one I've waited for.

Light of my life.'

"I've fall for you again and again, Emir Aazad." Ucap Alisha terharu.

Dia memerhati sekeliling, mencari Aazad. Dan tidak jauh dari tempat Alisha berdiri, kelihatan Aazad sedang berdiri sambil memegang sebatang lilin sama seperti Alisha.

Alisha segera mendapatkan Aazad di hujing sana.

"Hey my lady.." Sapa Aazad setelah Alisha berada di hadapannya. Tangan gadis itu digenggam erat lalu dia menarik Alisha ke arah tangga.

Sekali lagi Alisha terharu. Sebuah pondok kayu yang dihias mudah bersama sebuah meja kecil dan bantal berbentuk empat segi untuk dijadikan alas duduk kelihatan romantik bersama lilin-lilin kecil untuk dijadikan cahaya.

 Sebuah pondok kayu yang dihias mudah bersama sebuah meja kecil dan bantal berbentuk empat segi untuk dijadikan alas duduk kelihatan romantik bersama lilin-lilin kecil untuk dijadikan cahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Have a seat.." Pelawa Aazad sambil tersenyum manis. Mereka sama duduk dan menikmati keindahan malam bersama hati yang sarat dengan perasaan gembira.

"I love all the thing that you've done for me. You're so sweet." Ucap Alisha ikhlas.

"Well.." Aazad membuat muka bangga sengaja mengenyitkan matanya pada Alisha.

"Eleh.. Tiru idea orang.." Usik Alisha.

"But not overall. Banyak bezanya ye cik Alisha oi." Balas Aazad mempertahankan ideanya.

"Ya ya.. Thanks awak." Ucap Alisha sambil tersenyum.

Tiba-tiba handphone Alisha berbunyi. Dahi Alisha berkerut.

"Siapa pulak yang call ni?" Tanya Alisha. Dia mengeluarkan handphone dari beg kecil yang disilangkan di badan.

"Ibu?" Alisha tersenyum. Mungkin ibu saja ingin tahu keadaannya di situ.

"Ibu..." Sapa Alisha.

"Along.. Along boleh balik tak esok?" Kedengaran suara Puan Asmah dihujung talian. Nadanya seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa bu? Abah baik-baik aje kan?" Tanya Alisha. Pelik dengan permintaan ibunya yang seperti tergesa-gesa menyuruhnya pulang.

"Abah baik-baik aje. Ian.." Puan Asmah seperti serba salah untuk menyambung kata-katanya.

"Kenapa dengan Ian?" Tanya Alisha.

"Dia dah lari ke luar negara. Dia nak batalkan perkahwinan." Ucap Puan Asmah lemah.

"Kamu balik ye Along." Pinta Puan Asmah lagi.

Alisha memandang Aazad kejap.

"Ye ibu. Esok Along balik."
*
*
*
*
vote and comment please 😊

ALISHA ✔Where stories live. Discover now