Order nugget 6 ketul, set medium, air iced-lemon tea. Tambah satu sundae strawberi. Berapa?
RM14.60 kesemuanya.
Bayar.
Jangan lupa ambil straw kat kaunter.
Cari meja kosong. Okeh, jumpa!
Letak dulang atas meja.
Duduk.
Perhati semua makanan yang di-order tadi.
Ah, lupa ambil sos!
Hmmm.
Jauh pulak kaunter sos tu.
Pandang lagi makanan yang di-order.
Ambil kentang, cicah kat sundae.
Gigit, kunyah, sedap!
Asal ada.
YOU ARE READING
Bebola Buih
Short StoryHimpunan cerita pendek pelbagai kisah yang menggunakan tema 'kalau rajin, adalah'.