Woof Woof!

1.6K 41 23
                                    

Berderu-deru kenderaan berlalu-lalang di hadapanku. Ada yang besar, kecil, panjang dan pendek. Aku masih duduk di laluan pejalan kaki ini sambil memandang ke kiri-kanan, menunggu cinta hatiku yang masih tak nampak batang hidungnya yang mancung itu.

Sekejap-sekejap aku tergaru-garu leher dengan menggunakan kaki belakangku. Sekejap-sekejap aku menggigit-gigit kecil belakang badanku yang gatal. Dan aku kembali menatap jalan yang berderu-deru kenderaan berlalu-lalang itu.

Aku tak tahu sudah berapa lama aku berada di situ. Aku tak kisah untuk berada di situ dengan lebih lama. Kami sudah berjanji untuk berjumpa pada petang itu. Katanya ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan padaku.

Sesuatu yang comel, katanya.

Aku terus setia menunggu dia di situ.

"Woof! Woof!" Kedengaran suara yang aku cukup kenali. Aku pantas berdiri, menjelirkan lidahku teruja.

Ha... itu pun dia. Aku boleh nampak dari sini, dia berjalan menujuku. Ekorku tergoyang-goyang laju.

Gembira kerana petang ini, cinta hatiku ada bersama setelah beberapa bulan terpaksa duduk di rumah saja.

"Auf!"

"Auf auf!"

Bunyinya sedikit nyaring halus. Mungkinkah itu... Satu ekor, dua ekor, tiga ekor... Anak-anakku!

Aku berlari ke arah mereka. Menggeserkan badanku pada mereka. Mereka juga memanjat-manjat badanku. Manja.

"Woof! Woof woof!"

Aku malu-malu menyebutkan kata rindu pada cinta hatiku itu. Namun dia membalas juga dengan manja.

"Woof woof!"

Kemudian, dia menggeser manja pada badanku.

Aku memusingkan badanku menghadap ke sebuah padang rumput yang berada di seberang jalan raya di simpang sana.

"Woof! Woof woof woof!"

Aku terus melangkah ke arah padang rumput itu. Cinta hati dan anak-anakku mengikut dari belakang. Sampai di hujung simpang, aku menyalak lagi, memberi amaran untuk anak-anakku supaya berhenti dari berjalan untuk menunggu lampu isyarat untuk kenderaan bertukar merah.

"Auf auf auf?"

Mereka memandangku dengan wajah polos. Tidak memahami.

"Woof! Woof woof! Woof!"

Aku memberitahu mereka akan bahaya melintas secara melulu. Boleh meragut nyawa jika tidak berhati-hati.

Apabila lampu sudah bertukar merah, kami melintas di hadapan kenderaan yang berhenti di situ. Aku sempat mengerling mataku kepada seorang pakcik India yang menunggang motor EX-5 berwarna biru gelap itu. Pakcik India itu pantas melemparkan senyum padaku dan aku menyalak sekali serta menjelirkan lidahku.

Kami berlima terus berjalan lagi di laluan pejalan kaki itu. Ada dalam 20 meter selepas melintas di lampu isyarat tadi, kami tiba di padang rumput yang aku katakan tadi.

Dengan kehadiran anak-anak yang lincah dan aktif itu, kami bermain kejar-kejaran dan sembunyi-sembunyi di sebalik rumput yang panjang itu.

"Auf! Auf auf! Auf auf!"

"Auf auf!"

"Auf auf auf!"

Anak-anakku bukan main gembira dapat bermain di padang rumput itu. Itulah kali pertama mereka ke situ untuk bermain-main. Mereka perlu mengenal erti dunia luar yang penuh dengan bahaya dan pancaroba.

Aku dan cinta hatiku duduk di tepi sambil memandang mereka bermain melompat-lompat. Kini mereka mengejar sesuatu.

"Auf! Auf! Auf auf!"

Bebola BuihWhere stories live. Discover now