Aku, Dia, dan Video Game

13 0 0
                                              

Bila sembang pasal games, lebih-lebih lagi melibatkan childhood, aku ada beberapa yang muncul dalam kepala. Terlalu banyak sampaikan ada yang aku tak tahu dan tak ingat tajuknya disebabkan aku terlalu kecil lagi pada waktu tu.

Aku membesar dengan banyak menonton abang aku bermain game. Aku jadi teruja. Tak kisah game di PC atau di konsol. Seronok tengok. 

Kadang bila abang tersangkut dalam menyelesaikan apa-apa puzzle atau quest, dan aku tahu bagaimana mahu menyelesaikannya, aku takut nak luahkan. Aku takut kalau-kalau abang marah, walaupun dia tak pernah marah bila aku tanya dia macam-macam berkenaan game tersebut. Jadi aku senyapkan.

Perkara itu membuatkan aku timbul rasa nak main juga. Sampai satu masa tu, aku nekad main PS1 dia senyap-senyap masa semua orang tidur. Bila teringat balik, rasa kelakar pulak. Gigih berjaga 1-3 pagi semata-mata nak main game. Ingat lagi masa tu aku bermain Final Fantasy 8, dan abang aku pi delete save file aku sebab dia tak tau tu aku punya. Tapi aku tak kisah sebab aku boleh bermain semula.

Bila dah besar ni, aku rasa bebas untuk main game apa, waktu bila. Dan di Steam pula ada jual games lama, aku balun beli yang mana mengimbau zaman kanak-kanak aku. 

Kebelakangan ni pula, banyak games lama yang di-remake. Yang mana dulu muka leper, kini dah terbentuk. Cantik. Aku tak termain lagi Resident Evil 2 yang telah di-remake tu. Aku tak tahu entah berapa kali aku main game tu waktu dulu. Masih ada debar tiap kali terserempak dengan Mr. X walaupun dah tahu yang dia akan muncul pada scene mana.

Semenjak dah kahwin ni, aku kerap tonton suami aku bermain game. Dia ada minat yang sama dengan abang aku, malah lebih luas. Aku rasa seronok dapat menonton, dan aku dapat backsit sekali sambil bersembang dan komen tentang game yang dia main. 

Ingat lagi sebulan sebelum kami bernikah, kami sempat main WoW bersama sampaikan malam nikah tu pun sempat bantai pi dungeon dengan guild.

Ia sebuah kenangan yang paling seronok semasa bermain game bersama dia. 

Aku rasa, kalaulah aku tidak berjumpa dengan dia sepanjang hidup aku, aku takkan dapat momen ini semua. Hidup aku mungkin kelam dan sendu. Atau kehidupan aku adalah berlainan daripada apa yang aku lalui sekarang, lebih baik atau lebih buruk, aku tak mahu tahu. 

Cukup dengan apa yang ada.

Bebola BuihWhere stories live. Discover now