" Papa, i miss you... " ucap Umairah dalam esakan. Wajah Encik Ameer ada sedikit mirip dengan Daniel membuatkan Umairah semakin sedih.

Belakang badan Umairah diusap perlahan.
" Papa pun rindu Umairah. Lama tak jumpa Umai. Umai sihat ? " Pelukan dileraikan lalu Umairah mengangguk perlahan.

" Papa minta maaf sebab dah lama tak jumpa menantu papa ni. Kepergian Daniel juga betul-betul mengejutkan kami sekeluarga. Umairah tak beritahu papa pun yang Daniel sakit. "

Semakin sebak hati Umairah dibuatnya. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Terlalu banyak yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga dia terlupa akan keluarganya sendiri.

Umairah mengesat air matanya lalu bibirnya terukir senyuman kelat.
" Umairah sibuk jaga Daniel sampaikan Umairah terlupa nak beritahu papa. " tipu Umairah. Dia tidak mahu mereka tahu kebenaran. Itu aib bekas suaminya, biarlah hanya dia sorang sahaja yang tahu.

" Daniel minta maaf pada semua orang. Halalkan makan minum Daniel ya pa? " Umairah mula meminta maaf bagi pihak Daniel.

" Papa dah lama maafkan dia, papa tak salahkan dia kalau dia membenci papa. Ada silap papa juga. "

" Fath, terima kasih tolong carikan Umairah untuk papa ya? " ucap Encik Ameer pada Fath. Fath mengangguk kecil sambil tersenyum. Demi papa, semua dia sanggup lakukan.

" Ini ke isteri Daniel ? " soal Puan Rawina yang baru saja keluar dari dapur.

Umairah datang dekat pada Puan Rawina lalu dia menghulurkan salam. Salam disambut dengan mesra.

" Cantik, sopan, lemah lembut. Patutlah arwah Daniel sayang sangat dekat kamu. " Pipi Umairah diusap lembut. Umairah tersenyum sambil air matanya mengalir. Sebaknya nama arwah Daniel sentiasa disebut-sebut.

Puan Rawina mengesat air mata Umairah.
" Maaf, mama tak berniat nak buat Umairah sedih. " Serba salah Puan Rawina dibuatnya.

Umairah memegang tangan Puan Rawina.
" Tak apa. Umairah faham. " Lembut saja dia menutur kata. Sejuk hati bila melihat wajah Umairah.

" Anak-anak kamu mana Umai ? " soal Encik Ameer.

" Rafiq sekolah. Aqmira, Umairah hantar ke taska sebab Umairah ada kerja kena selesaikan. Jadi terpaksalah hantar dia ke taska. " jawab Umairah. Encik Ameer mengangguk mengerti.

" Lepasni tak perlu hantar ke taska, hantar je ke rumah mama. Cucu mama juga kan? " Ceria sahaja wajah Puan Rawina.

" Tak menyusahkan ke? "

" Tak, mama suka budak kecil ni. Dah lama tak dukung budak. "

" Nanti Umairah pikir-pikirkan. Risau saja kalau menyusahkan. Yelah Umairah ni pramugari, kalau bekerja tu berhari-hari juga. Mereka tu boleh tahan juga nakalnya. "

Puan Rawina tersenyum kecil.
" Biasalah budak-budak memang banyak ragamnya. Mama tak kisah. Mama suka sangat . "

" Yang tua pun banyak ragamnya apatah lagi budak kan? Macam mama kamu tu, mengalahkan budak kecil " Kata Encik Ameer, selamba. Puan Rawina menjeling suaminya. Ada saja mahu menyakat dia.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now