DUA PULUH TUJUH - Risau.

52.6K 1.8K 17
                                    

Apa yang berlaku minggu lepas dilupakan oleh Rasya dan Firash begitu saja. Rasya sudah tidak mahu ada kaitan dengan Daniel lagi. Halnya dengan Daniel sudah selesai dan dia sudah pun memaafkan Daniel. Sekarang ini dia mahu memulakan hidupnya bersama Firash dengan bahagia. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Yang Rasya tahu sekarang ini, dia harus berikan sepenuh hatinya buat suaminya. Rendahkan ego demi suami dan menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik.

" Sayang, Abang nak pergi kedai kejap. Nak pesan apa-apa tak? " Soal Firash menyentak lamunan Rasya. Rasya memandang wajah Firash sambil tersenyum manis. Pandang muka Firash, semua masalah boleh hilang. Tenang je hati ni. Oh magic cinta.

" Asya nak pesan hati abang untuk Asya . chia chia chia ! " kata Rasya dengan teruja. Matanya dikelip-kelipkan. Sengaja dia mahu mengoda suaminya itu. Bukan selalu Rasya buat pickup line.

Lama Firash tersenyum kemudian dia bangun dan menuju ke dapur. Rasya sedikit pelik. Kenapa suaminya pergi ke dapur ? Rasya menghela nafas. Pickup line nya tidak menjadi..

Beberapa minit kemudian, Firash datang semula ke ruang tamu sambil membawa pisau. Terkejut beruk Rasya dibuatnya. Dah gila ke apa bawa pisau sampai ke ruang tamu? Buang tebiat apa Firash ni?

" Abang nak buat apa ha dengan pisau tu? Letak balik pisau tu dekat dapur. Bahayalah... " Risau Rasya dibuatnya.

" Abang nak belah hati abang lah nak bagi dekat sayang. Tadi sayang kata nak hati abang.... " Jawab Firash, serius. Rasya memandang Firash dengan pandangan tidak puas hati.

" Itu pickup line lah abang. Dahlah letak balik pisau tu. Macam budak-budak! " Rasya mendengus geram.

" Sayang yang macam budak-budak. Abang tanya sayang, sayang jawab main-main. Haa kan dah kena dengan abang. " Berdekah-dekah Firash menggelakkan isterinya. Kesian buat pickup line tak menjadi. Dia yang terkena balik dengan Firash.

" Pergi main jauh-jauh sana. " Rasya menolak Firash supaya menjauhinya. Sakit pulak hati Rasya dengan perangai Firash ni. Nakal!

" Yelah siapa kita ni kan. Abang pergi dulu. " Katanya dengan nada rajuk. Sengaja dia membuat begitu. Nak tengok Rasya pujuk atau tak.

Rasya hanya membuat dono saja. Firash sedikit hampa. Isterinya langsung tak mahu memujuknya.
Hancur hatiku ini. Aduh....

" Sayang.... " Panggil Firash dengan lembut.

Rasya memandang ke arah Firash. Firash tersenyum lalu dia melayangkan flying kiss buat isteri tercinta. Geli hati Rasya melihat gelagat Firash seperti kanak-kanak berumur empat tahun yang sedang memberi flying kiss buat mamanya.

" Abang pergi kejap tau. Sayang jangan rindu abang pulak. " Pesannya seraya mengenyetkan matanya ke arah Rasya. Naik menyampah Rasya melihat perangai Firash yang gedik semacam. Tetapi dalam masa yang sama, dia merasa bahagia kerana dikurniakan suami seperti Firash.

                      

                        ---------------

Sedang Firash leka memilih barang, dia terlanggar tubuh seorang gadis. Habis terjatuh gadis itu ke lantai. Firash cepat-cepat membantu gadis itu untuk bangun.

" Maaf-maaf. Saya tak perasan. Maafkan saya sekali lagi. " Mulut Firash tidak henti-henti mengucapkan kata maaf pada gadis itu.

Gadis itu mengangkat mukanya untuk melihat siapa yang melanggarnya tadi.
" Firash? "

" Eh Umairah, You buat apa dekat sini? " Soal Firash sambil tersenyum.

" I beli barang dapur lah apa lagi. Kesian anak-anak I kebulur nanti kalau takde makanan dekat rumah. " Balas Umairah dengan mesra. Kawan sekerja kan..

" Sorry sebab I terlanggar you tadi. I betul-betul tak perasan. " Sekali lagi Firash mengucapkan kata maaf.


" It's okey. Isteri you mana? " soal Umairah. Matanya melilau mencari kelibat Rasya.


" Oh isteri I ada dekat rumah. Suami you pulak mana? " Firash menyoal Umairah kembali. Wajah Umairah yang tadinya ceria bertukar muram.

Umairah menarik nafas panjang. Dalam masa yang sama, dia mencari kekuatan untuk memberitahu berita ini kepada Firash.

" I dah cerai dengan Dani... " Perlahan saja Umairah menutur kata. Jelas kelihatan yang Umairah sekarang ini sedang berduka hati.

" What cerai?! " Firash terjerit kecil. Terkejut di buatnya bila tahu Daniel dan Umairah sudah bercerai. Dia sangka apa yang Daniel beritahu minggu lalu adalah bohong semata-mata. Tak sangka pula adalah benar.

" Jodoh dah tak panjang Ash. Nak buat macam mana kan. I kenalah redha kan hati ni.... " Umairah cuba menjadi kuat.

" Tapi kenapa tiba-tiba je ni? Setahu I korang berdua takde masalah pun. Bila dia ceraikan you? Anak-anak you macam mana? " Bertalu-talu Firash menanyakan soalan kepada Umairah. Umairah tergelak kecil.

" I yang cerai, you pulak yang melebih. Hm Ash, i sebenarnya tak boleh lama. Nanti ada masa kita jumpa lagi ya. Kirim salam dekat wife you tau. Assalamualaikum. " Umairah terus beredar dari situ. Dia tidak mahu berlama disitu. Takut dia tidak mampu mengawal emosinya.

Firash menjawab salam Umairah di dalam hati. Ada sedikit perasaan risau menyinggah dihatinya. Risaukan Umairah tapi paling ketara dia merisaukan tentang isterinya. Takut-takut Daniel datang mengganggu Rasya dan mula menaruh hati kepada Rasya kembali.

Tetapi di dalam hati kecilnya, dia berharap semua itu tidak berlaku dan minta dijauhkan......

                     
                         ----------------

Hasil kerja orang penat dan mengantuk memang macam ni :')

goodnight bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now