TIGA PULUH SEMBILAN - hembusan nafas terakhir.

45.7K 1.4K 69
                                    

" Sayang taknak minta maaf pada mama ? " tanya Firash pada isterinya yang sedang membaca novel. Rasya sekadar mendiamkan diri. Tiada jawapan untuk soalan Firash itu.

" Sayang kata sayang tak marah pada kami tapi takkan sayang taknak beritahu mama tentang kandungan sayang? " tanya Firash lagi. Rasya menutup novelnya dan memandang wajah suaminya yang sedang menanti jawapan darinya.

" Belum bersedia lagi.... " itu saja yang Rasya mampu menjawab. Dia tidak tahu bagaimana harus berhadapan dengan mamanya. Dia merasa sedikit janggal dengan Puan Sri Mariam selepas dia mendapat tahu yang dia ini hasil kecurangan daddynya.


" Tak kesian ke dekat mama ? Tadi lepas mama beritahu hal sebenar, mama menangis tau. Mama sendiri tak sanggup nak beritahu semua ni . Pergilah minta maaf pada mama. Rendahkan ego sayang tu. "

Rasya menggeleng laju tanda dia tidak mahu. Dia terus bangkit dari situ dan masuk ke bilik air. Firash sekadar memandang saja isterinya itu. Rasya memang susah untuk meminta maaf....

                           --------------

Daniel duduk termenung mengenangkan nasib yang terjadi pada dirinya. Baru tadi dia pergi ke hospital, doktor mengesahkan bahawa dia mendapat penyakit kanser hati dan penyakitnya itu sudah tahap berbahaya. Jika tidak bertindak awal, Daniel pasti tidak akan mampu bertahan lebih lama. Sungguh berita itu betul-betul mengejutkan dirinya. Langsung dia tidak menyangka yang dia akan menghidap penyakit begitu. Sebelum ini memang kerap sakit di dada, tetapi dia langsung tidak mengambil peduli kerana ketika itu dia hanya memikirkan cara mahu mengejar Rasya. Bila kansernya sudah di peringkat akhir, baru dia tersedar semua itu tidak lagi penting.

Air mata penyesalan mula jatuh membasahi pipi. Ini semua hukuman buat dirinya kerana dia telah mengabaikan keluarganya. Dia sibuk mengejar benda yang tidak pasti. Daniel mengesat air matanya itu kemudian telefon bimbitnya di capai. Nombor Umairah di dail.

" Umai, i perlukan you sekarang. " kata Daniel selepas panggilan di sambungkan. Dia mula berlembut dengan Umairah.

" You mimpi apa ni Dani ? " Umairah sedikit pelik. Daniel sangat-sangat berbeza dari sebelum ini.

" Please, i sangat-sangat perlukan you sekarang ni. cuma you dan anak-anak je yang i ada sekarang ni. I harap you datang jumpa i sebelum i pergi... " Sebak saja suaranya.


" Sorry Dani. I sibuk. " Terus panggilan di matikan. Daniel terdiam. sampai macam ni sekali ke Umairah benci aku? kata hatinya.

Daniel cuba menelefon Umairah semula tetapi tidak di angkat. Dia menghela nafas panjang. Dia tidak tahu harus berbuat apa supaya Umairah datang berjumpanya. Tempat tinggal Umairah juga dia tidak tahu kerana Umairah sudah berpindah ke rumah baru. Orang sudah membencinya tak kan mahu dipaksa suka semula kan. Dia terima dengan ketentuan ilahi. Mungkin sudah takdirnya untuk hidup dan mati keseorangan tanpa keluarga disisi.


Dia juga sedar atas kekhilafan yang pernah dia lakukan sebelum ini. Mengabaikan keluarga kerana kepentingan diri sendiri memang kesalahan yang amat besar dan tak mungkin Umairah dapat memaafkannya dengan mudah.


Daniel memegang dadanya yang sudah mula sakit. Batuknya semakin kuat. Dia terus bangkit dan berlari ke bilik air. Dia memuntahkan seketul darah. Kemudian dia terduduk di lantai sambil menahan sakit di dada. Tidak larat dia mahu bangun. Dia cuba menenangkan dirinya supaya tidak mudah berputus asa . Daniel harus melawan sakitnya ini.


Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now