LAPAN - ' Daddy pergi '

59.9K 2.3K 81
                                    

Perjalanan ke hospital memakan masa satu jam akibat kesesakan jalan raya. Rasya menjadi tidak senang duduk. Sesekali dia mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Telefon Rasya berbunyi tanda ada mesej dari aplikasi whatsapp masuk. Pantas dia membuka telefonnya untuk melihat whatsapp dari siapa.

-Hafiz Amreel;
" Asya, cepat sikit. daddy tengah tenat. "

-Rasya Medina;
" What?! abang bergurau ape ni? "

-Hafiz Amreel;
" Sampai hospital terus pergi wad ICU."
Soalan Rasya tidak dijawab. Perbualan mereka tamat begitu saja. Air mata Rasya mula jatuh. Tangannya di tekup ke muka. Rasya menangis. Firash melihat Rasya dengan sedikit terkejut. Kenapa Rasya menangis?

" Sayang, kenapa awak menangis? " Soal Firash dalam nada risau.

" Ash, please bawa laju sikit. " Pinta Rasya dalam esakan.

" Jalan jem Asya. "

" Please Ash. I takut tak sempat jumpa daddy. Please Ash. Kalau kene saman pun I akan bayarkan semua tu. Boleh ya Ash. " Rayu Rasya tersedu-sedu. Rasya memegang lengan Firash. Firash sekadar mengangguk.

Dia kembali fokus memandu. Melihat jalan sudah lengang sedikit, Firash segera menekan pedal minyak. Semua kereta dipotong. Sesekali dia mengunakan jalan kecemasan. Dia memandu selaju mungkin. Sampai lampu merah pun dia sanggup langgar. Demi Rasya!

---------

Tiba saja di hospital, Rasya tergesa-gesa memasuki hospital. Selepas menayakan pada nurse di mana wad ICU, Rasya terus berlari selaju mungkin. Macam tengah berlumba lari. Firash di tinggalkan di belakang.

Terlihat Hafiz sedang duduk dan kepalanya disandarkan pada dinding. Rasya terus mendekati abangnya.

" Abang, daddy macam mana? mana mama? " Soal Rasya dengan cemas. Suaranya sedikit serak serak akibat menangis.

Hafiz memandang adiknya dengan pandangan lemah. Langsung tiada semangat.
" Daddy ada dekat ICU. Mama jumpa daddy dekat dalam. Doktor benarkan dua orang saja yang masuk tapi abang nak tunggu adik. Nak masuk sama-sama dengan adik. " Jawab Hafiz dengan lemah.

" Adik nak jumpa daddy sekarang bang.. " kata Rasya sambil melentokkan kepalanya di bahu abangnya.

" Tunggu mama keluar dulu. " Balas Hafiz. Rasya hanya menurut. Firash yang baru sampai itu bersalam dengan Hafiz dan dia mengambil tempat disebelah Rasya.

" Kawan Rasya ke? " Soal Hafiz ditelinga Rasya.

" Dia bakal adik ipar abang. " jawab Rasya selamba. Hafiz hanya tersenyum kelat. Akhirnya daddy berjaya juga pujuk Rasya untuk berkahwin.

Puan Sri Mariam keluar dari wad ICU. Dia terus duduk di kerusi. Tak kuat untuk dia berdiri lama. Nak menangis air mata sudah tiada. Sepanjang perjalanan ke hospital tadi, sudah puas Puan Sri Mariam menangis. Naik kering juga air matanya.

" Maa, Rasya masuk jumpa daddy ya. " Ujar Rasya sambil mencium tangan mamanya. Puan Sri Mariam hanya mengangguk lemah. Rasya mengatur langkah memasuki wad ICU. Hafiz hanya mengikutnya dari belakang.

Ada sesusuk tubuh terbaring di atas katil. Tangan dan kaki berbalut. Mungkin kerana luka kemalangan. Dibadannya penuh dengan wayar-wayar. Sayu saja melihat keadaan Tan Sri Hamid begitu. Rasya cuba untuk tidak menangis namun dia tidak mampu. Sekali lagi air matanya jatuh. Hafiz mengusap lembut bahu Rasya untuk menyalurkan kekuatan.

" Daddy, macam mana daddy boleh jadi macam ni? Pagi tadi Asya tengok daddy sihat je. " Rasya mengusap-usap pipi daddynya.

" Daddy, bangunlah. Jangan tinggalkan Asya. Asya sayangkan daddy. Daddy kena kuat demi Asya. Daddy kata nak tengok Asya kahwin. " Katanya lagi. kali ini esakannya semakin jelas.

Suami Sementara © ✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora