TIGA PULUH SATU - Beranikan diri

44.3K 1.9K 33
                                    

Selepas lima jam Rasya berkurung di dalam bilik, dia cuba memberanikan diri untuk keluar dari bilik. Dia harus meminta maaf pada Firash. Dia tahu salahnya kerana menuduh Puan Katrina sebegitu tanpa mengenali Puan Katrina lebih dalam. Biasalah manusia mana yang tak pernah buat silap kan :')

Sebelum membuka pintu, dia sempat membaca doa untuk mempermudahkan segalanya. Dia tidak mahu tercetus pergaduhan lagi. Cukuplah di dalam kereta petang tadi. Dia tahu Firash baran dan ego orangnya . Jadi dia harus mengalah dengan Firash. Dalam perkahwinan jika bergaduh, salah seorang mestilah harus mengalah kalau mahukan rumah tangga yang bahagia.

Pintu bilik dikuak perlahan. Rasya sedikit terkejut bila buka pintu bilik terlihat Firash sedang berdiri tegak di hadapan pintu bilik seperti tiang. Nasib baik tak melatah. Kalau tak hilang sudah keayuan Rasya. Tapi kenapa Firash berdiri di depan pintu bilik ni? Lama ke dia berdiri? Nak minta maaf ke? Macam-macam soalan berlegar-legar di dalam fikiran Rasya.

Lama mereka bermain mata. Ada terdetik rasa rindu tetapi di buang tepi. Bukan sekarang masanya untuk membuat adegan hindustan. Sekarang Rasya harus meminta maaf pada Firash. Cukuplah tidak bertegur selama lima jam. Sudah tidak sanggup lagi berlama-lama. Lagi-lagi esok Firash akan terbang ke Istanbul selama tiga hari. Makin rindu lah Rasya pada pujaan hatinya ini.

" Abang nak ajak Asya makan " Kata Firash memecah hening. Rasya memandang wajah Firash dengan pandangan penuh kasih sayang. Lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini suami yang mengajarnya erti cinta, suami yang sabar menunggunya dan suami yang selalu berada di sisinya.

" Asya nak minta maaf." Akhirnya keluar juga perkataan keramat itu dari mulut Rasya. Ucapan maaf yang sudah lama Rasya tidak ucapkan pada sesiapa pun. Hari ini dia memberanikan diri dan menurunkan egonya untuk kebaikan rumah tangganya. Terlalu sayangkan rumah tangga ini. Tidak mahu masjid yang di bina dengan penuh keindahan runtuh hanya kerana EGO.

Firash mengeluh berat. Lalu dia turun ke bawah meninggalkan Rasya yang sedang menunggu jawapan darinya. Terpinga-pinga Rasya dibuatnya.

Beberapa minit kemudian, Rasya mengikut jejak langkah Firash. Dia harus bercakap dengan Firash. Kenapa Firash melayannya sebegini? Besar sangat ke salahnya pada Firash sampaikan Firash tidak mahu memaafkannya?

" Asya minta maaf. Asya minta maaf sebab cakap macam tu. Asya mengaku, Asya salah. Maafkan Asya. " Sekali lagi Rasya meminta maaf. Masih sama tidak ada jawapan dari Firash. Tangan Firash sibuk membersihkan dapur. Firash mula menyibukkan dirinya. Padahal dapur tu dah cukup bersih. Tidak ada satu habuk atau kotoran degil pun.

" Cakap lah dengan Asya. Besar sangat ke dosa Asya sampai abang taknak bercakap dengan Asya? " Suara Rasya bertukar menjadi sayu. Sungguh sedih bila dilayan sebegini. Air mata sudah mengalir di pipinya. Sejak dua menjak ini jiwa Rasya mudah terusik.

Firash berhenti dari membersihkan dapur. Dia menatap wajah isterinya. Menangis pun cantik! Getus hatinya.
" Abang tak suka sayang cakap macam tu. "

" Asya tahu salah Asya. Lepasni Asya tak cakap pape dah. Asya takkan masuk campur dalam hal abang lagi. Asya janji. " Kata Rasya bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu benda ini berlaku lagi. Biarlah ini menjadi yang pertama dan juga yang terakhir.

Firash mengesat air mata Rasya dengan hujung jarinya. Kesian isterinya mahukan kemaafan darinya sampai menangis. Kejam sangat ke aku tadi? Hati Firash mula berteka-teki tentang hal tadi.

" Bukan salah sayang. Salah abang sebab marah sayang tak tentu pasal. Abang minta maaf juga ya. " Rasya dibawa ke dalam pelukannya lalu dia mencium kejap dahi isterinya.

" Semua salah abang Asya dah maafkan." Balas Rasya dengan suara sedikit perlahan. Tetapi masih dapat didengari oleh Firash.

" Terima kasiy sayang sebab maafkan abang.  Sayang isteri abang... " Dia mengeratkan pelukannya. Lama mereka berkeadaan begitu.

Pelukan dilepaskan. Perut Rasya mula berbunyi memainkan lagu Gerua.
" Abang.... Asya lapar. " Kata Rasya sambil memegang perutnya. Firash tergelak kecil.

" Jom lah makan. Abang ada masak makanan kegemaran sayang tau. Ayam masak merah. Sedap. " Kata Firash sedikit teruja. Nak bagi isteri kesayangan merasa air tangannya buat kali pertama. Sebab tulah teruja sedikit.

Rasya hanya memandang saja hidangan di hadapannya. Langsung tidak mahu diusik. Mukanya muram tanda dia tidak suka dengan ayam masak merah ini.

Firash mula perasan dengan riak muka Rasya. Dia sedikit pelik. Takkan Rasya sudah tidak suka dengan ayam masak merah ini? Dulu kalau Puan Sri Mariam masak ayam masak merah mesti Rasya orang pertama yang menjamah tanpa mempelawa orang sekeliling. Favorite katakan.

" Sayang dah tak suka ayam masak merah ke? " Perasaan teruja tadi hilang serta-merta.

" Asya suka tapi Asya taknak makan ayam masak merah. Asya nak makan.... " Teragak-agak dia mahu menyambung ayat seterusnya.

" Sayang nak makan ape? " Soal Firash lembut. Walaupun dia sedikit kecewa kerana Rasya tidak mahu merasa masakannya tetapi dia tidak mengambil benda itu serius. Malas mahu bergaduh. Ada seorang isteri, layan sajalah kehendaknya.

" Rasya nak makan McD... " Jawab Rasya perlahan. Takut kena marah dengan Firash sebab minta bukan-bukan tengah malam ni.

" Okey jom kita pergi makan Mcd! " Terus Firash bangun dari situ dan mengambil kunci keretanya. Rasya memandang Firash dengan pandangan pelik. Aku yang teringin dia yang melebih. Bisik hati Rasya.

" Sayang cepatlah kata nak makan McD. " Jerit Firash.

" Kejap ! Asya nak amek handbag. " Rasya segera mendaki tangga dan mencapai beg tangannya di dalam bilik. Tergesa-gesa dia dibuatnya. Firash lah ni sibuk sangat nak cepat.

••••••

5.5.2016 Genaplah Suami sementara 100k . Alhamdulillah. Ada lah jugak dalam 3 bulan nak dapatkan 100k tu. Haha 😂😂

9.8.2016 genaplah suami sementara 300k . selepas di unpublish dan di publish balik alhamdulillah masih dapat sambutan dari pembaca-pembaca wattpad ☺️

Terima kasih semua 💕

Walaupun story ini kelihatan sedikit tidak logik atau story yang bodoh takpe saya terima dan telan dengan semua orang cakap ☺️ Terima kasih pada yang menyokong dan terima kasih juga pada orang yang kata story saya bodoh 😇 semoga Allah berikan kebahagiaan untuk awak dan tak lagi judge story orang ☺️💕

Bye 🌸

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now