Chapter 2: Pelajar Baru

Start from the beginning
                                    

Member Exo-k yang lain masih seronok melihat drama yang sedang berlaku secara langsung di depan mata mereka. Bukan apa, tapi mereka seronok tengok layanan Kai yang cool pada Hara. Padan muka! Siapa suruh kau menggatal dengan lelaki lain, sekarang Kai dah tak layan kau.

"Oppa, aaaaaa." Hara menghulurkan bibimbap tersebut ke mulut Kai.

"Yahh, daripada kau bazirkan makanan kau dekat dia, baik kau bagi dekat aku je." Baekhyun tersengih. Dia bangun dan pergi ke arah Hara lalu mengambil bibimbap yang sepatutnya disuapkan ke dalam mulut Kai.

Member Exo-k ketawa kuat melihat Baekhyun yang sesuka hati merampas makanan orang serta wajah Hara yang sudah bertukar kelat.

"Ishh, kau pergi jauh lah!" Hara menjerit marah ke arah Baekhyun yang selamba sahaja menjelirkan lidah ke arahnya.

Kai membuka matanya. Senyuman sinis terbit di bibirnya apabila melihat Hara yang sudah berlalu pergi sambil menghentakkan kakinya. Ingat comel ke?

"Kenyanglah kau kan. Setiap pagi curi makanan orang." Kai bersuara juga akhirnya. Sejujurnya dia memang berterima kasih dengan membernya kerana sudi menelan makanan Hara. Kalau boleh, Kai memang tak mahu bercakap dengan Hara sebab malas nak melayan perangai gedik dia tu.

"Demi kau, aku sanggup telan." Baekhyun mengetap mulutnya, menunjukkan wajahnya yang berazam. Bahu Kai ditepuk perlahan.

"Cakap jelah kau telan sebab kau tengah lapar." Kata-kata DO membuatkan Chanyeol ketawa kuat. Hmm, kalau si happy virus sudah ketawa, mesti susah dia nak berhenti. Pengakhirannya, member Exo-k juga turut ketawa. Termasuk Kai. Ya, cuma dengan membernya sahaja dia akan ketawa dan bercakap.

---

"Selamat Pagi, seonsaengnim." Pelajar memberikan salam kepada guru kelas mereka yang masuk ke kelas. Hm, pelik sebab sekarang bukannya masa untuk fizik. Ke Cikgu Hyejin ada pengumuman?

"Okey, semua boleh duduk." Arah Cikgu Hyejin sambil memukul rotannya pada meja.

Suasana kelas bertukar riuh apabila ternampak seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas. Pelajar itu hanya menunduk. Mungkin malu?

"Hari ni kita ada pelajar baru. Nama dia Jeon Dahyun. Saya harap kamu akan membantu dia kalau dia perlukan bantuan." Penerangan Cikgu Hyejin cukup ringkas dan padat. Dia berjalan ke arah Dahyun.

"Awak boleh duduk dekat tempat kosong tu, sebelah Seulgi." Cikgu Hyejin bercakap perlahan kepada Dahyun sambil tangannya menunjuk ke arah Seulgi.

Dahyun mengangguk. Dia melangkah ke arah Seulgi yang sedang melambainya.

Eh? Macam pernah jumpa.

"Awak ingat saya? Saya lah yang tolong awak pagi tadi." Seulgi memulajan bicara.

"Aaaa." Dahyun akhirnya ingat. Dia tersenyum manis. "Terima kasih lagi sekali sebab tolong saya." Ucap Dahyun lagi tanpa jemu.

"Hal kecik je. Lepasni, kita rehat sama-sama ye." Ajak Seulgi.

Dahyun mengangguk.

Baik betul lah dia walaupun muka macam cool je. Nasib baiklah ada jugak yang nak tegur aku. hmm

Sedang Dahyun fokus pada pembelajaran, dia terasa seperti kerusinya disepak oleh seseorang. Macam orang belakang je yang sepak. Pada mulanya Dahyun tidak menghiraukan, tetapi sepakan itu masih berterusan.

Dahyun memusingkan tubuhnya ke belakang. Dia memandang seorang lelaki yang sedang memandangnya sambil menyilangkan tangan.

"Boleh berhenti sepak kerusi saya tak? Saya tak boleh nak fokus." Pinta Dahyun dengan suara yang mendatar. Wajahnya tidak menunjukkan reaksi apa-apa, dan pandangannya kosong. Walaupun muka kosong tapi dalam hati Dahyun sudah pun maki-maki laki ni!

[HIATUS] Kingka Battle 킹카 전투  + Exo ft. BtsWhere stories live. Discover now