LIMA BELAS

3.6K 242 7
                                    

"Terima kasih sebab tolong pihak hospital,"ucap Doktor Jagjit kepada kita orang semua.

"Sama-sama,"serentak kita orang menjawab.

Lelaki Punjabi itu masuk ke dalam hospital dan meninggalkan kita orang berlima bersama Akak Suzana.

"Nak balik?"tanya akak.

"Mestilah.Letih tau nak halau hantu,"kata Nazri.

"Okey.Mari akak hantar."Satu persatu daripada kita orang memasuki kereta akak.Macam biasa dua orang lelaki bujang ni terpaksa duduk seat paling belakang.

Aku fikir kes Mak Tiha dah selesai.Aku tarik nafas lega.

"Akhirnya kes ni dah selesai,"ujar Fiz dengan tenang.

"Tapi kita tak tahu apa motif isteri muda suami Mak Tiha," kata Nazri pula.

"Hmm..pakcik tadi pun hilang terus,"ujarku.

"Wan..."aku dengar Umairah sebut sesuatu.Nada suaranya amat lemah dan seperti tidak bertenaga.

Aku sentuh bahu May.Gadis Cina itu memandang aku.

"Apahal dengan Umairah tu?" aku bisik pada May.

"Huh.."

Dia fokuskan pandangannya kepada wajah Umairah.

(Gambaran seperti wajah Wan yang melambainya dari langit)

"Dia fikirkan Wan la tu,"kata May.

"Tapi dia macam sakit je,"kataku.

"Entahlah..dia penat kot,"kata May pula.

Nazri dan Fiz rancak berbual manakala Umairah pandang ke luar tingkap dan menyebut nama Wan.May pula memerhati sahaja arah jalan yang dipandu oleh akak Suzana.

"Akak!!!"jerit May.Semua orang terkejut.Akaj Suzana toleh ke arah May dan toleh semula ke arah jalan dan ada seorang perempuan di tengah jalan.

Dubb!

"Alamak.."kata Akak Suzana.

"Akak tak nampak jalan ke?" kata May dengan nada panik.

"Jeritan May ganggu akak tahu tak?"kata Akak Suzana,tidak mahu dipersalahkan.

"Janganlah gaduh.Jom tengok budak tu,"kataku.Kami semua setuju dan keluar dari kereta. Dahi budak itu berdarah dan dia pengsan agaknya.Dia tidak sedarkan diri.

"Jom bawa dia pergi hospital," ujar Fiz.

"Masukkan dia kat bonet kereta," ujar Nazri.

"Kau gila ke apa?Nanti dia sesak nafas dalam bonet tu macam mana?"tanya Fiz.Nazri tunduk malu.

"Masukkan dia dengan May dan Umairah,"kataku.May dan Nazri angkat badan perempuan itu masuk ke dalam kereta.

Semua orang masuk ke dalam kereta dan mula bergerak ke hospital.

Jarak hospital tadi tidak jauh dengan kedudukan kita orang sekarang.Dalam masa 5 minit, kita orang dah sampai.

"Akak pergi nurse jap,"kata Akak Suzana.

Kita orang tunggu kat luar tu, harap yang akak dapat lakukan dengan cepat.Takut nyawa budak ni dicabut bila dah masuk wad.

Akak dan jururawat lain datang dengan katil.Kita orang baringkan perempuan itu dan dengan pantas mereka bawa dia ke bilik ICU.

Kita orang terpaksa menunggu untuk beberapa minit.

                         *****
"Akak?Macam mana dengan perempuan tu?"tanya Nazri.

GILAWhere stories live. Discover now