LIMA

4.7K 318 21
                                    

Aku macam orang gila sebab terpaksa buat semua ni.

Kenapa aku terima cabaran Fiz tu?

Aku rasa aku bodoh sangat.

"Jumpa aku kat depan Hospital Lembah Klang,hari  Ahad ni,pukul 3 petang,"pesan Fiz kepadaku.Nazri,May dan Umairah kata diorang nak datang juga sebab nak tahu kebenaran di sebalik kes Mak Tiha yang diceritakan oleh Fiz tempoh hari.

Nazri diperlukan sebab dia kata tak selamat kalau kita orang berdua saja yang ada dalam hospital tu.

May pula boleh baca fikiran staf-staf di hospital ni kalau diorang tak nak jawab.

Umairah yang paling penting sebab dia boleh nampak roh.

Lagipun,Fiz kata,

"The more the merrier,isn't it?"

Aku pun taklah rasa gugup kalau ada diorang sekali daripada aku berdua-duaan dengan Fiz. Dalam hospital pula tu.

Jadi aku buat keputusan untuk pergi juga ke hospital.Aku tumpang kereta ayah Nazri dan sama-sama kita orang berdua menuju ke hospital tu.

"Kau dah ready ke nak dating dengan Fiz?"tanya Nazri lalu ketawa.

"Diamlah!Nnati apalah ayah kau fikir pasal aku,"bisik aku.

"Tak apalah Firas.Lagipun,memang pantang lelaki dicabar perempuan.Kalau dah suka nak buat macam mana?Bukannya kalau pakcik tegur ada orang nak dengar.Si Nazri ni pun ada 'crush' dengan sorang tu..,"kata-kata ayah Nazri sangat menarik perhatianku.

"Ayah!!"jeritnya separuh lantang.

"Siapa insan yang malang tu,pakcik?"tanya aku,terasa ingin tahu.

"Namanya Nisa,budak tu anak jiran pakcik.Muka cam orang putih dan rendah sikit dari si Nazri ni.Pakai cermin mata dan kurus badannya,"jelas pakcik.

"Ayah!!"jerit Nazri lagi.

"Wow!Hebatnya cita rasa kau.Kau tak pernah citer pun.Inilah kawan..,"kataku lalu buat-buat merajuk.

"Aku bukan tak nak citer..tapi aku malu,"katanya.

"Malu apa?Aku kan dah bagitau aku ada 'crush' kat Fiza?Jadi apa salahnya kau bagitau rahsia kau kat aku?"aku cuba mempertikaikan tindakannya.

"Nisa dah pindahlah.Aku tak nak fikir lagi pasal dia,"kata Nazri,penuh emosi.

"Hek eleh.Nazri,ayah tengok kamu ada banyak lagi peminat lain.Tak nak berkenalan dengan diorang semua ke?"soal pakcik lagi.

"Ayah ni!!"jerit Nazri lagi.

Aku tak dapat hentikan gelak tawa aku.Nazri ada ramai peminat?Boleh blahlah!

Dalam setengah jam,kita orang sampai di Hospital Lembah Klang.Aku lihat Nazri nampak mengantuk je sepanjang perjalanan.Dia ni mesti tidur aje kerjanya kalau cuti.Aku kejutkan dia bila dah sampai perkarangan hospital tu dan aku ternampak Umairah,May dan Fiza.Umairah Nampak comel,May pula macam duta Colgate dan Fizalah yang paling menawan bagi aku masa tu.Walaupun dia pakai kemeja petak berwarna hijau kebiru-biruan  dan seluar denim aje tapi aku rasa dia lagi cantik daripada May yang pakai baju bercorak belang yang berlengan panjang dan Umairah yang pakai blaus warna merah jambu.

Nazri bangun dari tidurnya dan kami berdua terus keluar dari kereta pakcik apabila dia berhenti.

"Bye,pakcik!Kita orang naik kereta ayah May,bye!"jerit aku.Nazri turut melambai ke arah ayahnya.

"Take care,"jerit ayah Nazri.

"Hai korang!Awal datang,"kataku sebaik sahaja mendekati trio gadis itu.

GILAOnde histórias criam vida. Descubra agora