DUA BELAS

3.7K 265 4
                                    

"Wan?Mana?Aku nak cari dia," kata Umairah,bangkit dari sofa.

"Tak payah."

"Apsal?Dia kawan aku.Kawan tak tinggal kawan.Aku dah janji dengan dia,"kata Umairah.

"Apa yang kau janji dengan dia?!" soal May.

Umairah diamkan diri.

"Budak ni takleh jawab semua soalan aku ke?"fikirnya sendiri.

Dia menumpukan perhatian terhadap wajah Umairah yang tunduk tidak mahu memandangnya.

(Wan dan Umairah bersalaman. Kedua-dua mereka kelihatan berada di taman.

"Kita dah berjanji."

"Janji apa?"soal Umairah.

"Janji yang kita akan kekal kawan sampai awak mati,"kata Wan.

"Hmm..okey."

Umairah diganggu oleh beberapa budak lelaki berbadan gempal.

"Hoi,yang kau cakap sorang-sorang ni pahal?Kau gila?!"jerit salah seorang daripada tiga budak lelaki itu.

"Kau takkan faham."

"Hei,Mamat.Aku rasa budak pompuan ni kan..hisap dadah kot tu yang dia khayal,"kata budak kedua yang berdiri sebelah budak yang namanya Mamat.

"Tahu tak,aku tak suka ada orang gila kat taman permainan ni.Gi blahlah!"kata Mamat lalu menolak Umairah sehingga jatuh.

"Wan..."

Tiba-tiba,tiga orang budak lelaki yang membulinya menerima cakaran di wajah dan kaki.Mata Umairah tidak berbiji.Dia memandang mereka tajam.

"Apa pulak ni?"

"Kau kacau kawan aku lagi,aku makan kau!"jerit Umairah yang telah dirasuk oleh Wan.

"Kau tak seram ke?Budak ni..bela jin kot,"kata budak ketiga.

"Jin guna badan dia pun kita boleh lawanlah."

Tiba -tiba dua budak gempal iaitu Mamat dan budak kedua dicekik oleh Umairah. Cekikannya tu amat kuat sampai mereka berdua tidak boleh bernafas.

"Hah?!"jerit budak ketiga itu.

Dia tolak dua budak tu ke tanah.

"Kalau korang nak kekal hidup dan masih ada mak bapak,baik kau berambus sebelum aku bunuh korang,"jerit Umairah.

"Okey!Okey!Kitorang pergi!")

"Tu kali pertama dia kena rasuk dengan Wan ke?"fikirnya sendiri.

Ruang tamu jadi sepi dan hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah.

"Cam pelik je janji dia dengan Wan tu,"fikirnya lagi.

"Excuse me,aku nak ambil jus oren.Kau nak ke?"soal Umairah yang bergerak ke dapur.

"Bolehlah,"dia dahaga sebab pertarungan dengan Wan tadi.

Sementara Umairah menuang jus oren ke dalam dua buah gelas, May mula berfikir dalam-dalam.

"Janji dia..Aku kawan ngan kau sampai mati...Maksudnya apa?" fikirnya sendiri.

"Aku akan lindungi dia!"fikiran mengenai Wan terlintas di fikirannya.

"Kalau dia benci kita orang sangat kenapa tak munculkan depan kita orang semua?Kenapa aku?"bisik hatinya.

Wan dan Umairah.Dua insan yang tiada pisahnya.Melainkan mati.Jika begitu...

Wan menjadi pelindung dan pendamping Umairah sejak jumpa bomoh itu.Katanya inilah cara untuk hilangkan kuasa Umairah.Tapi dia tak ingat apa yang bomoh tu cakapkan.

"Mari minum!"

"Okey!"

                          *****
Akak Suzana berhentikan keretanya di hadapan rumah Umairah untuk mengambil mereka berdua.

Kelihatan Umairah sedang melambaikan tangannya manakala May senyum ceria seperti selalu.

"Apalah diorang ni!Nak gi hospital pun ceria amat!"keluh aku.

"Umairah kan memang ceria and May..well..emosi dia tak terkawal,"kata Nazri.Apa,dia ingat aku tak tahu keadaan dua manusia ni?

Umairah dan May masuk ke dalam kereta.

"Hai!"kata Nazri.

"Takyahla nak gembira sangat jumpa diorang ni.Kita ada misi malam ni,"kata Fiz,dingin.

"Aku nak korang baca ayat-ayat suci al-Quran,kecuali May,supaya roh Mak Tiha muncul,"ujarku.

"Okey."

"Korang jangan risau..Doktor Jagjit akan temankan korang," kata Akak Suzana sambil memberi perhatian terhadap jalan raya.

"Dia tahu apa-apa ke pasal Mak Tiha?"soal Fiz.

"Entahlah..dia kan yang kerja kat situ..akak tak tahu sejauh mana rapatnya dia dengan Mak Tiha. Akak tengok dia layan semua pesakit sama je.Takde yang lebih dan takde yang kurang," balasnya.

"Kes ni rumit sebab tiada saksi lain selain akak Juwita.Akak Juwita pun tak tahu apa sebabnya Mak Tiha dibunuh dan bayangan hitam haritu cuma cakap suami dia kahwin lain."

"Hmm..ni bukan salah dia sebenarnya.Macam mana dia mati?"tanya May.

"Kan suami dia terbunuh dalam kemalangan,"jelas Nazri.

"Tapi kenapa dia sedih sangat? Kenapa sampai isteri muda jumpa bomoh untuk bunuh Mak Tiha?"soal May.

"Hmm..masih banyak lagi misteri belum terungkai,"kataku.

"Kita dah nak sampai,"ujar akak Suzana.

                       *****
Pukul 5.10 petang.Semua umat Islam menunaikan solat Asar masa tu.Hanya May dengan Doktor Jagjit di bilik menunggu.

Selesai solat,kami berempat yang lain segera pergi ke bilik Doktor Jagjit.

"Apa khabar semua?"soal lelaki Punjabi itu.

"Khabar baik,doktor,"balas kami.

"Saya dapat tahu yang korang ada kuasa mistik yang dapat halau hantu,"katanya sambil memandang kesemua kami.

"Ya,betul tu."

"Doktor Najmi dan Suzana yang bagitau pasal benda ni.Jadi, korang tak takut ke?"soal dia lagi.

"Tak.Kita orang dah biasa,"ujar Fiz.Biasa?Dia ingat kita orang Ghostbusters ke?

"Bagus.By the way,saya Doktor Jagjit.Saya rasa korang tahu tentang kes berkaitan Mak Tiha," ujar lelaki Punjabi itu lagi.

"Tahu sangat.Itu yang kita orang datang ke hospital hari ni," sambung May.

"Baiklah.Saya tak kisah macam mana korang nak halau hantu tu tapi apa yang saya tahu yang hantu tu pasti dihalau."

"Baik,doktor."

"Doktor..."panggilku.Dia memandangku.

"Ya?"

"Doktor rapat ke dengan Mak Tiha?"soalku.

"Hmm..sebenarnya semua pesakit pun saya kenal dan jaga dengan baik.Termasuk Mak Tiha yang mengalami tekanan perasaan.Saya sedih bila dapat tahu dia berkhayal dan bunuh anak sendiri tanpa disedari," katanya dengan nada jujur.

"Pasal pembunuhan dia kat hospital ni?"tanya aku lagi.

"Saya tak mahu sebut pasal hal ni lagi.Bukan apa,saya rasa tak elok kita cakap sesuatu berkaitan si mati.Lagipun itu kes lama," katanya lagi.Aku hanya mengangguk.

"Baiklah doktor.Ada apa-apa lagi?"tanya May pula.

"Saya rasa itu sahaja yang saya ingin beritahu."

"Okey,doktor.Kami ingin beredar dulu."

"Bye,"ucap Umairah.

Doktor itu hanya melambaikan tangannya.

GILAWhere stories live. Discover now