TUJUH

4.1K 292 19
                                    

Kita orang naik kereta ayah May masa balik.Biasalah,orang kaya bawa kereta besar tapi yang guna sorang.Baik kita orang tumpang.

"Hai uncle!Ni hao ma!"kataku.
Kelihatan ayah May tersenyum lebar.

May duduk sebelah ayah dia manakala seat kedua pula dimiliki oleh Fiz dan Umairah. Tidak lain dan tidak bukan dua orang lelaki bujang iaitu aku dengan Nazri terpaksa duduk seat ketiga.

"Semua okey?"tanya ayah May.

"OK!"jerit kita orang semua.

Ayah May mula memandu.May dan ayahnya berbual tentang sesuatu dalam bahasa Cina.Dah kita orang tak faham,kita orang diam jelah.

"Uncle,boleh nanti May dengan kita orang pergi Alor Setar esok?"soalku selaku wakil mereka.

"Uncle okey je tapi kamu tanyalah dulu mak bapak dulu. Siapa yang hantar?"soal ayah May.

"Girlfriend abang Fiz,"Nazri menyampuk.

"Excuse me..she's ex girlfriend," kata Fiz berlagak.

"So what?"Nazri acah-acah cakap Inggeris.

"Rumah Nazri dengan Firas dekat kan?"soal ayah May lagi.

"Ya sebab tulah kita orang ni member!"kata kita orang dengan hidung kembang.

"Rumah aku bukan satu taman dengan korang jugak ke?"tanya Umairah.

"Aha..so?"soalku.

"Aku ni kira member korang la?" soalnya dengan wajah yang naif.

"No..no..no,kau cuma jiran,"kata Nazri.Kita orang tepuk sebelah tangan.

"Lelaki memang tak habis-habis fikir pasal member,"kata Fiz.Aku rasa tercabar.

"At least kita orang tak fikir pasal benda remeh macam mekap,baju and all girl stuff,"aku balas.

"Dah namapun girl stuff, memanglah hari-hari kita orang fikir,"jawab Umairah dengan nada lembut.

"Tak boleh ke fikir pasal benda yang lebih baik dari tu macam duit ke?"soal Nazri.Kita orang tepuk tangan.

"Duit?Lelaki kan boros.Manalah fikir pasal duit.Lagipun orang yang gila duit ni nak tau kena panggil apa?Materiallistik."May pula masuk gelanggang.Kata- katanya buat kita orang yang lelaki ni terasa.

"Tapi duit ni jugak yang bagi kamu makan dan minum.Girl stuff yang kamu cakap tu.Duit jugak tu."Ayah May beri sokongan untuk team lelaki.

"Ayah?!Kenapa sokong diorang?" tanya May.

"Walaupun ayah ni ayah kamu tapi..ayah tetap lelaki.Betul tak?" soalnya.

"Yeah,that's right!"kata aku dan Nazri.

"Tapi girl stuff apalah mahalnya nak dibandingkan dengan barang-barang yang low class tu? Barang murah,kualiti rendah," cabar Fiz.

"Bagi contoh,"aku cabarnya.Dia bukannya tahu apa-apa pasal boy stuff.

"Boxer,spander,singlet and gym session?"

Oh my God!Nazri pun terkejut.

"Abis tu..perempuan yang beli..," tiba-tiba kata-kataku berhenti.

"HAHH?!!"teriak Umairah sekuat-kuatnya.Matanya tidak berbiji, Fiz cuba menenangkan dia.Ayah May segera berhentikan di tepi jalan.

"Kau okey?"tanya Fiz.

Kali ini aku tahu Umairah tak main-main.

"Aku tak boleh baca minda dia!" kata May.

"Dia kena rasuk!Kawal badan dia!"arahku.

GILAWhere stories live. Discover now