SEPULUH

3.9K 281 5
                                    

Semua orang trauma akan kejadian semalam.Hanya ibu bapa Juwita sahaja yang tak tahu langsung tentang kuasa-kuasa kami dan kejadian semalam.

"Terima kasihlah dik sebab tolong akak,"ucap akak Juwita kepada kami semua.

"Sama-sama,"aku jadi wakil.

"Tapi walaupun hantu tu dah terhapus,kita masih tak tahu siapa yang kirim hantu tu,"ujar Fiz dengan nada kecewa.

"Kita takde maklumat siapa bomoh tu,"kata Nazri pula.

"Aku masih rasa tak sedap hati."

"Tapi roh Mak Tiha masih ada kat hospital tu,"kata Umairah.

"Macam mana kau pasti tentang hal tu?"soal May.

"Hari tu aku kena rasuk masa kita balik dari hospital.Aku tak nampak pun hantu kat jalan raya tapi dia dapat rasuk aku."

Ada kebenaran juga di sebalik apa yang dikatakan oleh Umairah.

"Aku rasa aku ada plan!"kata Fiz. Ni yang aku takut nak dengar ni. Mula-mula nak date kat hospital lepastu pergi ke Jitra dan sekarang?

"Aku rasa kita kena stay over kat hospital tu."

"Wo..wo..wo,"aku buat bunyi.

"Ada yang tak kena ke plan aku ni?"tanya Fiz.

"Plan kau bukan tak kena tapi tak masuk akal langsung!" kataku.

"Apsal pulak?"tanya Fiz sambil menjeling tajam terhadapku.

"Kita kat luar hospital ni pun dah kena kacau ngan hantu dari hospital tu,apatah lagi kalau kita ada dalam hopsital tu untuk satu malam!"jelasku.

"Betul tu Fiz.Tak rasa bahaya ke apa yang kita tengah buat sekarang ni?"tanya May pula.

"Kesian Umairah sebab dah dirasuk oleh dua hantu sebelum ni.Tahu tak betapa bahayanya tu?"kata Nazri.

"Aku tahu tapi aku nak kes ni selesai,"kata Fiz.

"Cuba cakap kat aku,apa manfaat kau dapat lepas buat ni semua?" soal aku.

Fiz berdiam.

"You know how much I love this type of case,"katanya.

"Tapi kau takleh korbankan nyawa orang lain untuk apa yang kau nak!"jeritku.

"Adik.."Akak Juwita memanggil kami.

"Janganlah gaduh."

"Kamu nak stay kat hospital ke?" tanya akak Suzana pula.

"Masih bincang,"kataku.

"Sebenarnya..baru-baru ni ada orang nampak roh Mak Tiha kat hospital dan jadi trauma."

"Jadi?"

"Akak dah bagitau Doktor Jagjit, ketua wad sakit mental untuk suruh korang selesaikan kes ni. Doktor Jagjit kata lebih baik kalau korang datang malam sebab roh dia selalu munculkan diri waktu malam."

"Kita orang kena tolong?"tanya Nazri.

"Betul..diorang serius,"kata May.

"Tak bahaya ke akak?"tanya aku.

"Doktor Jagjit akan teman."

"Well..I think we should help, right?"Fiz berlagak pula.

"Yalah!"kataku,terdesak.

"Bagus!"kata Fiz dan akak Juwita.

"Doktor Jagjit nak sangat tengok kebolehan korang ni,"kata akak Suzana.

GILAWhere stories live. Discover now