TIGA BELAS

3.6K 263 6
                                    

Malam yang dinantikan telah tiba.Aku dan kawan-kawan yang lain stay je kat wad sakit jiwa tu. Petang tadi,kita orang gi jalan-jalan kat taman depan hospital ni.

May dah beritahu aku tentang Wan serang dia masa Umairah tidur kat ruang tamu.May ada cakap pasal janji dan bomoh..tak kisahlah!Yang penting,misi malam ni tak boleh gagal!

Kami menunggu aje senyap-senyap kat situ.Lampu sengaja dibuka tapi menurut Doktor Jagjit,lampu-lampu ni akan tutup sendiri walaupun tak ada siapa yang tutup suisnya.Itupun sebelum hantu tu muncul.

Depan kita orang ada banyak lampu dan semua pesakit dah dimasukkan ke dalam bilik masing-masing.Hanya kami berenam kat ruang kosong ni. Hati aku berdebar-debar.

Akhirnya misteri ni akan terbongkar.Kita orang akan bersemuka dengan roh Mak Tiha malam ni.

"Kamu dah sedia?"tanya Doktor Jagjit dengan nada perlahan.Aku tengok jam tangan.Dah pukul 11 malam.

"Dah,"kataku sambil menarik nafas.

Tiba-tiba,satu persatu lampu di hadapan kami tutup dengan sendiri.Dari lampu belakang menuju ke lampu paling depan.

Kami menunggu berdebar-debar.

"Kau nampak dia?"soal Fiz kepada Umairah.

"Dia sedang berjalan ke sini."

Maksudnya setiap lampu yang ditutup tu adalah langkah dia.

Roh tu melangkah mendekati kami.

Tinggal tiga lampu je yang hadapan belum ditutup.

Lampu ketiga tutup.Aku cuba beranikan diri.Aku yakin yang lain buat benda yang sama.

Lampu kedua tutup.

Aku berdoa kepada Tuhan.

Ya Tuhanku,mohon tiada apa yang buruk berlaku kepada kami.

Lampu paling depan terpadam.

Suasana jadi senyap dan gelap.

"Umairah?Mana dia?"tanya Fiz dengan nada perlahan.

"Jap..."Dia pandang ke kiri dan ke kanan,barangkali mencari kelibat Mak Tiha.

"AARGHH!!"tiba-tiba Umairah jerit dan menghilang.Kakinya diseret oleh sesuatu.Aku nampak tangannya namun tak nampak wajah yang menarik kakinya itu.

May dan Nazri cuba menarik Umairah namun gagal.Dia hilang dalam kegelapan.

Mak Tiha tahu senjata utama untuk bertemu dia adalah Umairah sebab dia sahaja yang boleh nampak hantu tu.

"Macam mana ni?"tanya Nazri dengan ketakutan.

Lampu ketiga terbuka semula. Lepastu tutup balik.Kita orang pandang lampu tu dengan teliti.

Lampu tu terbuka.Aku boleh nampak dia.Mak Tiha munculkan diri dia.

"Kenapa kau kacau orang kat sini?"tanyaku.Akhirnya,aku berjaya beranikan diri.

Dia senyap sahaja.Lampu tertutup.

Lampu terbuka semula.Dia dah hilang.

Suasana jadi senyap.

"Mana Umairah?"tanya May.

"Umairah!"jerit Fiz.Dia menuju ke meja yang ada kat tengah ruang tu.Kelihatan Umairah sedang baring di atas meja bulat tu.Meja tu sebesar meja makan.

"Fiz kau tak pelik ke?"tanya aku.

"Pelik apa?"balasnya.

Tiba-tiba semua lampu terbuka.
Aku pandang dengan aneh.

Lepastu semuanya tutup sekali gus.

GILAWhere stories live. Discover now