Bab 2

4.8K 165 4
                                    

Shawl hitam dililit begitu sahaja di kepalaku. Tak terasa dah nak melawa. Aku hanya melihat pantulan wajahku di cermin. Berdebar-debar pulak aduhai, jumpa doktor je pun, bukannya kahwin!

Sejujurnya aku memang risau tahap apa dah sebab nak ke hospital ni. Perodua Myvi kesayanganku kupandu secermat yang boleh. Kalau tak, aku pecut aje tahu?

Tibanya di hospital, aku masih lagi cuba menenangkan diri. Ok relax Kaira, everything gonna be alright. Alah jumpa doktor je pun. Bukannya bakal suami okay Kaira? Nombor giliran aku ambil dahulu. Eee kenapa nervous sangat ni?!

Tak lama kemudian, tibalah giliran aku untuk masuk ke bilik doktor. Aku masuk sambil tunduk aje. Langsung tak pandang depan! Takut! Kemudian dengan perlahan-lahan aku duduk di kerusi, menunggu doktor itu mengajukan soalan kepadaku. Aku tunduk ajela. Tangan dah menggigil dan tiba-tiba terasa sejuk. Seram aku nak pandang doktor.

"Apa khabar cik?" soal doktor itu dengan lembut kepadaku. Tapi pelik bin ajaib, tu bukanlah suara seorang perempuan! Doktor ni sakit tekak ke apa? Kenapa garau semacam aje suara dia? Akhirnya aku beranikan diri, perlahan-lahan aku mengangkat wajahku memandang doktor itu.

Halah kenapa doktor lelaki pulak ni? Bukan Farisya ke nama dia? Ke nama dia Farisy tapi aku salah tengok? Ke doktor ni tukar jantina dia? Hm mula dah aku ni nak merepek.

Tanpa berfikir panjang lagi, dengan pantas aku bangun meluru ke arah pintu dan terus keluar sebelum sempat aku menjawab pertanyaannya. Ah lantak lah! Tiba-tiba jugak aku terlanggar seorang jururawat perempuan yang kebetulan lalu di hadapan bilik ni tadi.

"Nurse, mana doktor Farisya? Saya salah masuk bilik ke?" soalku cemas. Gila tak cemas?

"Ohh macam ni, kalau cik ada appoiment dengan Doktor Farisya harini , em .. senang cakap semua appoiment dengan Doktor Farisya ditukarkan dengan Doktor Akmal" jelas jururawat itu kepadaku.

Aduh kenapa tak ada sesiapa bagitahu aku nak kena tukar doktor? Memang boleh main tukar-tukar aje ke?

"Eh kenapa kena tukar doktor pulak? Saya buat appoiment dengan Doktor Farisya je haritu" tegas aku bersuara. Ni nak maghoh ni.

"Doktor Farisya baru je dipindahkan ke hospital lain cik. Doktor lain pulak semua schedule dah penuh. Kalau cik tak nak, kita boleh tukar appoiment cik ke hari lain" jelasnya lagi dengan nada yang sinis. Eleh. Dah lah tak bagitau kita ni. Aish kau ni pun Kaira, kecoh.

Haih dah la susah payah aku nak mintak cuti tapi aduhai ni doktor lelaki. MUSTAHIL AKU AKAN BIARKAN DIA CHECK AKU! Doktor Farisya ni pun satu, masa ni jugaklah dia nak pindah kat hospital lain. Cuti seminggu je ni hm, aih tawakkal ajela!

"Em, cik?" soal jururawat ini lagi. Anh melihatku berangan barangkali. Aduh aduh.

"Em jumpa jelah doktor tu pun. Saya cuti minggu ni je tapi appoiment ni bukan sekali aje kan?" soalku pula. Dah lah cutu seminggu aje ni. Appointment entah berapa kali pulak. Stresa la macam ni aihh

"Ikutlah kata doktor cik. Cik duduk dulu kejap lagi saya panggil.

Ok. Relax jeah Kaira. Macam ok je doktor tu. Muda lagi rasanya. Aish kalau dia berani nak menggatal dengan aku memang sekali wacha aku bagi ha. Ok untuk kali keduanya aku kembali ke bilik tadi.

"Takpe cik. Take your time, saya faham apa yang cik rasa sekarang ni cuma.. jangan lama sangat pulak" kata doktor itu dengan lembut kepadaku. Lembutnya budi bicara dia ececeh. Tapi hm yelah tu dia faham aku. Dia tahu ke aku sakit apa datang sini? Belum apa-apa lagi dah cakap faham kita pulak eleh.

"Sebenarnya ss.. sa.. saya.. saya rasa saya.. "

Ah sudah! Masa ni pulak nak gagap ni kenapa Kaira?!

"Ye cik...?" doktor ini menantikan dengan penuh kesabaran hahahahaha. Aku ni pulak nak bersuara dengan penuh debaran. Adush.

"Saya rasa saya kena breast cancer!"

Alamak! Terkuat lah pulak aku bagitahu dia. Aduh eee apa masalah kau ni Kaira?

"Ohh.." ringkas aje respon doktor ni. Buat aku makin seram nak duduk lama kat sini. Entah apa la doktor ni fikir.

"Breast cancer.. breast cancer ye.."

Mati akal pula. Jarang Akmal mendapat pesakit yang mungkin menghidapi barah payudara. Yalah, doktor yang mengambil alih penyakit ini biasanya doktor sakit perempuan walaupun pesakitnya ialah lelaki. Lelaki pun boleh terkena barah payudara tau.

"Ke.. kenapa doktor ni?! Jangan lah ulang banyak kali!" geram pula aku dibuatnya walaupun tiba-tiba aje aku jadi gagap. Eee aku malu tahu tak? Dok ulang-ulang pulak nama penyakit ni. Ok kali ni aku bangun terus keluar aje lagi dari bilik ni. Tak kisah lah.

Jururawat tadi hanya memandang Kaira dari belakang. Terkejut juga, kali keduanya Kaira meninggalkan bilik itu. Akmal juga keluar, memandang Kaira yang berjalan laju.

"Kenapa dengan dia tu doktor?" soal jururawat itu.

"Entah. Psychopath kot"

Aku dengar ok!!!!!!!!!! Psychopath dia panggil aku?! Cis doktor nih





xxxxx




So this is the second chapter. Ni first story sis, pejamkan mata anda pada error yang bebanyak tu 😂 . Thankyou for reading & keep reading yah!

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now