Chapter 26

3.9K 301 35
                                    

Yein mengesat kotoran yang ada pada bajunya dan tersenyum sambil menuju pula masuk ke dalam gudang. Lima pengawal tadi sudah dikalahkannya.

Sewaktu itu gudang tersebut sibuk ternyala dengan siren merah yang menandakan penceroboh masuk dan semestinya penceroboh tersebut ialah yein dan jungkook.

Jungkook sedang sibuk berlawan juga dengan beberapa pengawal tapi semakin lama semakin ramai. Dia terpaksa menyorok sebentar tambahan lagi kaki kanannya yang tercedera kerana ditembak.

Jungkook menggigit bibir bawahnya cuba menahan kesakitan yang ada di kakinya bahagian betis.

"Jungkook kamu okay?"

Sujeong bertanya untuk kepastian.

"Jangan risau."

Jungkook menjawab gagap. Manakala yein sedang mencari jungkook apabila dia mengetahui tentang hal tersebut.

Jungkook cuba juga untuk bangun sambil mengheret kakinya.

"Jungkook tiga pengawal datang ke arah kamu"

Jungkook mengangguk apabila dia mendengar maklumat dari sujeong. Walaupun dirinya kelihatan sangat teruk dengan muka pucat kerana kehilangan banyak darah namun dia masih cuba tetap bersedia.

Tiga pengawal tiba dan mula mahu melepaskan tembakan tetapi jungkook dengan kebijaksanaannya menggunakan anggota yang ada iaitu  kaki kirinya untuk menyepak senapang yang dipegang tiga orang pengawal tersebut.

Senapang yang tercampak jauh memaksa tiga pengawal itu untuk berlawan dengan jungkook.

Jungkook berlawan dengan kudrat yang ada. Mulanya dia seperti mampu untuk mengalahkan mereka namun jungkook yang terlalu penat tidak sempat mengelak satu sepakan pada perutnya.

Lantas jungkook memegang perutnya mengerang kesakitan. Mereka membelasah jungkook teruk sehingga darah keluar dari mulut jungkook.

Apabila jungkook terbaring langsung tidak larat, salah seorang pengawal itu mengambil semula senapang mereka dan cepat mengacunya pada jungkook.

"Last wish?"

Pengawal itu tersenyum sinis.

Tapi tiba-tiba satu sepakan muncul terkena tepat pada leher tiga orang pengawal itu dan mereka pengsan.

"There is no such thing as 'last wish' "

Jungkook tersenyum melihat siapa si pelaku menyepak tiga orang pengawal tersebut. Tapi dia tidak mampu senyum lama memikirkan kesakitannya.

"Ye-yein..."

"Jungkook! Palli aku bawa kau keluar-"

"Tak yein...tolong-benarkan aku habiskan misi ni sama-sama dengan-ka-kau."

"Tak boleh pakcik biskut. Kau cedera-"

Jungkook memegang erat lengan yein sambil matanya memandang sayu mata yein.

"Please..yein."

Yein memandang jungkook lama sebelum dia membuat keputusan.

"Aishh yelah yelah!"

Yein mula mengoyakkan sedikit lengan bajunya dan mengikat luka di kaki jungkook. Kemudian dia mendirikan jungkook dan mahu memapahnya. Sebelah tangan jungkook yein letak pada pinggangnya.

Habis blushing jungkook.

"Pegang kuat-kuat!"

Yein memberi arahan dan terus berjalan mencari pangkalan gudang tersebut.

"Yein jalan terus!"

Sujeong memberi arahan dan yein hanya patuh.

Dan ya dia tiba di pangkalan penyimpanan dadah bersama seramai-ramai anggota pengawal mengacukan pistol ke arahnya.

"Jungkook bertahan."

"siapa ketua kamu semua?! Berani dia tidak munculkan diri selepas buat kerja keji ni!"

"Well well~"

Satu suara lelaki garau muncul tiba-tiba membuatkan yein sedikit terkejut.

Begitu juga jungkook yang cuba berdiri dengan sendiri.

Para anggota pengawal mula membentuk laluan dan seorang lelaki lalu di laluan tersebut. Lelaki itu seperti lingkungan 50-an dan memakai topeng muka bewarna putih.

Dia berjalan dan berhenti beberapa meter jauh dari yein dan jungkook.

"Kamu mesti jung-ye-in. Anak kepada lelaki bernasib malang itu."

"Na-nasib malang. Berani kau kata begitu tentang appa aku! Kau kenal dia ke?!"

Yein mengetap gigi geram.

"Of course aku tahu. Anggota spy yang maut dalam kejadian misi menumpaskan pengedar dadah."

"Ka-kau.."

"Oh ya. Dan aku ialah insan yang mencabut nyawa dia."

"Ta-tak guna!"

"Ye-yein.."

Jungkook memanggil sayu yein dan memegang erat lengan yein.

"Ak-aku...aku macam kenal suara ni.."

"Ya mestilah kau kenal jeon jungkook.!"

Lelaki itu bersuara seperti tegas.

"Ma-macam..macam mana kau tahu nama keluarga dia?!"

Yein bertanya pelik.

Lelaki itu menepuk tangan sekali bagi memberi arahan kepada salah seorang anggota pengawal untuk membawa sesuatu. Kemudian sebuah tubuh serupa dengan jungkook dicampak di depan yein dan jungkook.

Yein terkejut yang amat begitu juga jungkook.

"Ni..ni robot ka-kau jungkook. Macam mana-"

Lelaki itu tergelak sebelum membuka topeng mukanya.
Dan sekali lagi membuatkan jungkook terkejut.

Sangat terkejut sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana lelaki itu ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ap-appa..."

Appa jungkook.

---------

Lagi dua tiga chapter habis kot cerita ni huhu T T please komen as feedback. Author nak habiskan cepat sebab tak senang duduk nak hiatus lama sampai habis espeyem. Btw doakan author ya T.T

Thank you ♡

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now