Chapter 4

5.8K 458 25
                                    

Keesokannya apabila Yein masuk sahaja ke kawasan sekolah ramai yang sedang memerhatikanya.

Memang Yein tidak selesa tapi dia cuba mengabaikannya.

Dia terus berjalan menuju ke lokernya dan dia terkejut sebab ada orang menconteng lokernya dengan perkataan yang kasar serta kutukan dan ejekan.

Yein menghembuskan nafas sabar dan membuka kunci lokernya.

Dia mengambil buku yang perlu dan terus ke kelasnya.

Dia pelik bila dia masuk kelas sahaja, dia pandang Jungkook tapi Jungkook tidak menjelingnya atau buat muka marah.

"Laki ni dah insaf ke?"

Yein tertanya-tanya dalam hatinya dan terus duduk di belakang sekali.

Persekolahannya berjalan seperti biasa dan tiada apa yang menyeronokan. Just a normal life of student.

Yein kerap memandang Jungkook sebab dia tidak percaya sepanjang hari persekolahannya ni, Jungkook tidak pula menganggunya atau tunjukkan tanda-tanda untuk membalas perbuatannya semalam.

Yein menganggap mungkin Jungkook dan kawamnya si Taehyung terima sahaja kenyataan yang mereka akan didenda.

Maka yein terus melupakan kejadian semalam.

----------

Waktu pulang Yein diperhati oleh sekumpulan lelaki yang ditakuti ramai. Perasaan marah telah menguasai mereka.

Yein hanya mengunci lokernya dan bersedia untuk berjalan keluar dari pagar sekolah.

Sepanjang perjalanan, kerap kali Yein berhenti dan menoleh ke belakang sebab dia terasa ada orang mengekorinya.

Tapi bila dia toleh tiada siapa pula.

"Perasaan aku sahaja rasanya.."

Yein kembali berjalan.

Bila Yein mula berjalan di lorong yang kosong dan tiada orang, dia terasa sesuatu melekit hinggap di belakang kepalanya.

Dia terkejut dan terus berhenti memandang belakang. Namun lebih banyak benda melekit yang dia terima atau sebenarnya telur mentah yang di baling.

Tidak cukup dengan itu, dia dibaling dengan tepung.

Kedengaran suara orang ramai menggelakkannya tak lain dan tak bukan ialah BTS si dalang dan pelaku semua ni!

Yein hanya terkaku tidak percaya apa yang baru berlaku terhadapnya. Dipandangnya sorang-sorang wajah BTS.

"Rasakan kau!"

"Kau cari pasal dengan salah orang!"

"Bitch!"

Tiba-tiba seseorang meluru ke hadapan menuju ke arah Yein.

"Kenapa terkejut?"

Orang itu ialah Jungkook.

Dia tiba-tiba menolak dengan sepenuh kudrat tubuh Yein menyebabkan Yein terhantuk di sebuah tiang dan terbaring di jalan tar.

Darah mula mengalir dari dahi Yein.

BTS yang tadinya tergelak mula beransur berhenti begitu juga Jungkook. Muka masing-masing terkejut.

Yein mencalit sedikit darah di dahinya dan melihatnya untuk kepastian. Dia menahan sakit dan berdiri.

BTS sudah risau tapi boleh pula tiba-tiba Yein tersenyum.

"Puas? Puas hati korang buli orang? Kalau korang dah rasa diri hebat sangat...lain kali jangan buli, bunuh terus."

Yein menepuk-nepuk habuk di bajunya sebelum berlalu pergi hilang dari pandangan BTS.

"Uishhh bapak sentap ayat dia..."

Jimin tiba-tiba bersuara.

"Jungkook aku rasa kau dah melampau lah tadi.."

Jin menegur.

"Apsal?! Semua nak salahkan aku pula! Habis korang?!"

Jungkook mula rasa bengang. Dalam masa yang sama dia rasa bersalah sebenarnya.

"Tapi tadi kita rancang nak baling telur dengan tepung je kan?"

Namjoon cuba menyebelahi Jin.

"Lantaklah!"

Jungkook terus berlalu pergi meninggalkan mereka berenam.

"Lahhh dah sentap ah tu budak tu.."

Hoseok bersuara.

"Aku nak balik.."

Tiba-tiba taehyung dia juga berlalu pergi.

"Tu lagi sorang dah kenapa tu? Dah insaf ke?"

Hosoek menyoal lagi

"Tak swag betul tinggal kita macam ni je."

Suga sambil menyilang tangan.

"Biarlah asalkan kita tak jamless kecuali Jimin.."

"Kuangjo kau Namjoon!"

Menyampah Jimin. Di kejarnya namjoon yang suka meng'jamless'kan dia. Maka Suga, Hoseok dan Jin yang menonton aksi berkejar-kejaran itu melepuk mereka berdua supaya nak sweet-sweet kejar sana kejar sini kat rumah ya bukan public gini.

------------

Di bangunan pangkalan utama Woohit, di bilik Yein.

Kelihatan seorang gadis yang serabai penampilannya dengan baju sekolahnya yang sudah kotor sedang duduk di atas katil sambil mengalirkan air mata.

Tok tok tok!

Tiba-tiba biliknya diketuk lantas dia mengelap air matanya.

"Masuk."

Disuruhnya orang yang mengetuk pintu itu masuk.

"Yein bos nak-...Yein what happened?!"

Orang atau seorang perempuan yang baru masuk ke dalam bilik Yein terkejut melihat keadaan Yein.

"Oh sujeong eonnie?! Bila balik?!"

Yein mengabaikan soalan Sujeong dan terus terkejut melihat kelibat Sujeong.

"Eonnie balik semalam. Eonnie seorang jelah sebab bos kata eonnie kena temankan Yein selesaikan misi~"

"Jinjja eonnie tolong?! Yeay!"

Gembira si Yein ni sampai memeluk Sujeong.

"Hey hey hey! Gembira-gembira juga...ni tadi eonnie tanya kenapa boleh jadi camni ni?"

Yein mula tundukan muka dan melepaskan pelukan bila Sujeong bertanya begitu.

"Wae Yein?"

Sujeong bertanya lagi tapi tangisan dari Yein yang dia dapat.

Sujeong terkejut dan terus memeluk Yein cuba untuk menenangkannya.

"Sorry eonnie tanya. It's okay Yein kalau taknak beri tahu tapi please jangan sedih-sedih ya.."

Yein mengangguk di sebalik pelukan. Pelukan dileraikan. Sujeong melihat Yein.

"Dah okay dah?"

"Em!"

Yein mengangguk dan tersenyum.

"Dah pergi bersihkan diri oh dan eonnie lupa nak cakap...kamu ada setengah jam je nak bersihkan diri sebab Bos nak kita bersiap untuk misi malam ni!"

"Alamak jinjja?! Okay Yein pi mandi dulu!"

Dengan tergesa-gesanya Yein mencapai tuala dan masuk ke dalam tandas. Sujeong hanya tergelak perlahan dan menggelengkan kepala melihat gelagat Yein yang cepat gelabah itu.

----------

Okay sentap tak pakcik2 Bts ku?
Nak buli orang lagi tak?
XDXDD~

Do comment and vote kalau simpati kat authornim :'

Sorry for any typos

Thank you ♡

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now