Chapter 24

4K 320 43
                                    

Yein POV

Peningnya kepala rasa macam baru dipukul kuat. Mata aku mula terbuka menampakkan sedikit apa di sekeliling aku.

Pandangan aku masih kabur jadi aku mengelip mata banyak kali. Apabila sudah jelas aku mengerutkan dahi keliru aku berada di mana.

Sehinggalah aku nampak Jungkook dan Sujeong di sebelah aku.

Diikat masing-masing di atas sebuah kerusi. Begitu juga aku..

What the hell! Macam mana kami bertiga boleh diikat dekat tempat tak dikenali ni?!

"Yah unnie! Jungkook! Bangun!"

Aku berbisik kuat mengejutkan diorang berdua. Sujeong unnie terus tersedar terkelip-kelip mata. Manakala budak bertuah kelahiran anak Jeon ni tak reti-reti nak sedarkan diri.

"Yah Jeon Jungkook bangunlah!"

"Buya?! Kita kat mana ni?!"

Aku sibuk mengejutkan jungkook manakala sujeong unnie sudah terkejut gaban sampai membulat mata dia.

Tiba-tiba satu cahaya masuk dan seperti bunyi engsel pintu yang dah berkarat. Rupanya seseorang membuka pintu.

Dah tak sempat nak kejut Jungkook, pandangan aku dan sujeong eonnie terus beralih pada siapa yang membuka pintu tersebut.

G...Gdragon?!

"Hye adik manis~ rindu abang hensem ni tak?"

Ayat dia bapak nak muntah aku. Berkerut dahi aku dengan sujeong eonnie.

"Hoii! Sejak bila kau tahu kitorang manis? N sejak bila kau hensem?"

"Lepaskan kitorang bulu ayam!"

"Rambut warna-warni macam pelangi!"

Aku pandang si GD tajam. Muka dia tak puas hati gila bila aku panggil dia macam tu.

"Apa pandang-pandang? Ingat orang takut? Lepaskan kami!"

"Cehh...tak takut konon."

"Memang tak takut. Muka pondan macam kau ni atok aku pun boleh tergelak tau tengok!"

Aku nak bagi psycho sikit otak fikiran dia biar dia stress. Tulah dah buat salah taknak berserah pulak. Main balas dendam pulak tu!

"Kau mulut cokodok basi berani kau perempuan kutuk muka sempurna aku ni?!"

"heh aku gosok gigi setiap hari eh! Mulut kau tu yang basi sama macam muka kau!"

"Ehem!"

Aku memdengar suara orang berdehem dengan package muka menyampah maka aku dan GD beralih pada orang itu yang sebenarnya sujeong unnie.

Ohh mujur sujeong unnie menyedarkan kami berdua yang bertekak tak ingat dunia ni.

"Sekarang aku nak korang berdua bagitahu..dekat mana markas terbesar korang hah?!"

GD mula berjalan lebih dekat dengan kami dan aku rasa semakin ada benda yang tak elok bakal berlaku.

"Soalan lembap apa kau tanya ni? Mana ada orang nak bagitahu markas rahsia dia..."

Sujeong mengeluh.

"Sebab tu aku prepare ni! Kiko sayang~"

Dia melaung nama Kiko dan lantas suatu figura manusia yang merupakan wanita muncul dengan membawa sebilah pedang. Huh hidup lagi perempuan basikal karat ni.

"Here my honey~"

Kiko mula menyerahkan pedang yang kelihatan berkilat dan tajam itu dengan berhati-hati pada GD.

"Thank you babe~"

GD mengambilnya dan mencium mulut Kiko sekilas. Alahai korang ni nak sweet sweet pun bukan depan aku yang innocent ni. Ni yang aku rasa nak memprotes lagi-lagi dengan budak sebelah aku yang tak reti nak sedarkan diri ni.

"YAH JEON JUNGKOOK!"

buat penat tekak aku je kejutkan anak manja tahap babun ni.

"Korang tahu kan apa yang aku pegang ni? Sekali hinggap dekat muka kau terus hodoh selamanya..."

"Kau jangan cuba nak dekatkan benda tu dengan diorang!"

Sujeong unnie mula mahu mempertahankan kami seperti selalu dia lakukan. No! Aku tak akan benarkan benda macam ni berlaku!

"Ahh senang je...bagitahu dekat mana markas kau bekerja dan diorang selamat~"

"Tak! Kami tak akan bagitahu!"

"Yein?!"

Sujeong risau akan aku. Matanya mula mahu berair. Unnie tolong please jangan sedih sebab yein. Ini tanggungjawab kita. Memang tanggungjawab memerlukan pengorbanan.

"So korang berdua tak nak bagitahu? Baiklah~"

GD mula mahu menghayun pedangnya manakala Kiko sudah mula tergelak-gelak. Tapi tidak lama kemudian aku terasa ketawa Kiko yang bukan main kejam tadi menghilang. Adakah aku pekak atau memang dia dah penat gelak?

"Hodohlah kau!"

"YEINN!"

GD menghayun kearah muka aku manakala aku sudah menutup mata menunggu kesakitan yang bakal aku rasa dan Sujeong unnie sudah menitis air mata menjerit memanggil nama aku. Aku juga menitiskan air mata kerana tipu kalau aku kata aku tak takut.

Namun lama aku tunggu tapi masih tidak rasa apa-apa. Aku mula rasa pelik dan perlahan-lahan membuka mata dan terkejut melihat GD memandang aku sambil membulatkan mata.

Sujeong unnie juga seperti terdiam apabila GD rebah. Dia terbaring meniarap dan waktu itu kami perasan ada satu peluru pemengsan di belakang badannya. Peluru itu macam ku kenal...

Aku dan sujeong unnie terkedu memandang sesama sendiri.

"So berapa lama korang nak termenung?"

Suatu suara menyerpa dan menyebabkan kami berdua tersenyum lebar apabila melihat mereka.

"Unnie!"

-----------

Rupanya Semua unnie wakil agent Korea sudah habis melakukan tugas dan datang membantu kami.

Berterima kasih kepada Babysoul, Jiae, Jisoo, Mijoo, Kei dan Myungeun unnie yang datang selamatkam kami!

Tapi kami masih ada satu lagi masalah...

"Ada sesiapa tahu macam mana nak kejutkan budak bertuah biskut kering ni?"

Aku bertanya Unnie yang lain yang sudah terpana memandang muka comel Jungkook yang seperti baby sedang tidur. Manakala aku dan Sujeong unnie membuat muka 'Oh please lah'

"Kejap unnie tahu!"

Myungeun unnie tiba-tiba bersuara dan mula keluar dari bilik ini.

Tidak lama kemudian dia datang balik dengan membawa sebaldi air diikuti dengan senyuman jahat.

Tak terlepas juga aku dan unnie lain tersenyum jahat memandang Jungkook.

Bersedialah kau biskut kering diserang oleh para perempuan yang hot kebabom kerana membuta mengalahkan nenek babun.

----------

hye hye hye T.T

Akhirnya author cuba juga curi masa update >_< jadi untuk tidak mengecewakan author please pleade please comment! Tak kisahlah kalau korang baca cerita author yang lain juga. Sebab komen korang pembakar semangat author untuk sambung.

Terima kasih sudi menunggu :"

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now