Chapter 3

5.8K 475 30
                                    

Jungkook tersenyum sinis. Dia melepaskan orang yang dia buli tadi dan dengan tiba-tiba berjalan menuju ke arah Yein sambil menggoncang penyembur yang dipegangnya.

Orang lain sudah mula membisik-bisik mengutuk Yein kerana berani menjerit pada Jungkook.

Taehyung sudah keliru dengan Jungkook.

"Woii, laki tu nak buat apa kat budak baru tu.."

Taehyung risau di dalam hatinya.
Yein sedikit pun tak rasa takut tapi dia cuba berlakon seperti seseorang yang sedang takut. Kalau ikutkan hati, sudah di silatnya Jungkook.

"Oh budak baru....kau ke yang menjerit tadi?"

Yein hanya diam memandang tepat mata Jungkook. Dia malas nak cakap sebab dia rasa Jungkook ni pekak dan buta rasanya. Sah-sah lah dia yang jerit tadi.

Soalan jenis apalah yang kau tujukan pada Yein ni Jungkook?

"Eh senyap pulak...kenapa takut?"

Yein cuba menahan sabar dari melepaskan tumbukan percuma di muka Jungkook. Dia menggenggam erat jari-jarinya.

"Oii! jawablah!"

Jungkook menjerit sedikit menyebabkan Yein terkejut dan tertutup mata sekejap.

Jungkook tergelak melihat Yein yang dalam ketakutan. Taehyung pula memberi amaran pada orang yang dibulinya sebelum berjalan menuju ke arah Jungkook.

"Weh Jungkook. Kita tak deal nak serang orang lain..lagi-lagi perempuan-"

"Shhhh"

Taehyung tidak sempat menghabiskan ayatnya dan Jungkook sudah menyuruh dia senyap.

"Rasanya aku nak buat eksperimen seni dekat budak ni juga."

Yein membuntangkan mata begitu juga Taehyung. Yein tahu apa yang bakal Jungkook lakukan padanya dan dia mula mengambil satu langkah ke belakang.

"Jungkook aku rasa-"

"Kau senyap Taehyung!"

Taehyung cuba menghentikan perbuatan Jungkook tapi dia dimarahi pula. Kepala degil macam batu betul si Jungkook ni!

"selamat datang ke neraka budak baru..."

Jungkook mengucapkan kata-kata yang sungguh kejam sebelum menyembur pada yein dengan cat penyembur itu seperti orang tak berperikemanusiaan.

Orang lain yang melihat sudah terkejut.

"Yahh stop!"

Yein cuba menyuruh Jungkook berhentikan perbuatannya. Tetapi bau cat penyembur itu terlalu kuat menyebabkan Yein batuk dan terduduk. Kaca matanya terjatuh.

Jungkook hanya tergelak-gelak melihat Yein dalam sebegitu rupa.

"Yah Jungkook sudahlah!"

Taehyung menarik-narik tubuh si Jungkook tu dari terus melakukan perbuatannya.

Jungkook berhenti dan masih tergelak.

Keadaan Yein nampak begitu teruk. Tubuhnya dipenuhi dengan cat penyembur bewarna merah. Terlihat di wajahnya cuba menahan dari menangis.

"Yein kuat yein! Budak ni cuma kurang kasih sayang agaknya..sebab tu dia tak waras."

Yein cuba berfikir logik dan mengutuk Jungkook dalam hatinya agar hatinya terhibur sedikit.

"Apa semua ni"

Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita yang tegas yang digeruni ramai.

Mrs.Fei. guru disiplin sekolah yang diperibahasakan kegarangannya seperti syaiton.

Semua yang berada di situ terkejut dan dalam keadaan tergesa-gesa melakukan kerja masing-masing.

"Matilah..."

Taehyung berkata sendiri.

----------

Di pejabat guru disiplin.

"Sekarang terangkan dekat saya apa yang berlaku?"

"..."

Semua senyap membatu.

Taehyung dan Jungkook hanya menundukkan muka takut nak menghadap muka Mrs.Fei dan menjawab persoalannya.

Amboi tahu pula kau takut. Time buli orang bukan main berani. Ish ish ish.

Yein juga turut ada di dalam bilik pejabat tersebut. Dia tidak menundukkan kepala sebab bukan salah dia malah dia memandang menyampah dua ekor pembuli yang berdiri di tepinya.

Yein menghembuskan nafas dan memandang muka Mrs.Fei. menyampah pula dia menunggu dua orang pembuli tu nak buat pengakuan. Baik dia yang buat sahaja.

"Cikgu sebenarnya macam ni. Waktu di kantin tadi bla..bla..bla..macam tu lah dia."

Yein menerangkan dengan berani dan confident.

Jungkook sudah memandang Yein geram. Tidak pernah dalam sejarah hidupnya orang yang dia buli berani untuk mengemukakan hal sebenar pada pihak atasan.

Sebab semua tahu mereka akan terima akibat lebih teruk bila berbuat begitu.

Taehyung sudah ternganga tidak percaya sambil memandang Yein. Habislah.

"Jungkook, Taehyung...kamu rasa perlu ke saya telefon ibubapa kamu?"

"What the hell?!"

Jungkook terkejut di dalam hatinya.

"Kalau kamu taknak...bersihkan kantin sekolah yang kamu dah sepahkan..."

"Alaaa tu je..."

Taehyung dan Jungkook lega di dalam hati hanya itu sahaja dendanya.

"Selama sebulan."

"Apa?!"

Terkejut semula si Taehyung dan Jungkook. Kalau boleh menjerit terkejut tu sampai pecah gegendang telinga si Yein yang berdiri di sebelah mereka.

Yein hanya tersenyum gembira dirinya dibela dan orang yang membulinya didenda.

Dia juga gembira untuk orang yang dia selamatkan.

Setelah selesai menghadap Mrs.Fei , mereka bertiga keluar dan berlalu pergi.

Yein hanya berjalan tanpa toleh ke belakang.

Jungkook memberhentikan langkahnya dan memandang Taehyung yang turut berhenti sekali mengikut Jungkook.

"Tae, kau tak bengang ke?"

"Gila kau aku tak bengang..tapi nak buat macam mana salah kita juga.."

"Weh sejak bila kau jadi baik sangat ni?"

"En.entahlah..mungkin sebab-"

"Aku tak puas hati. Aku nak perempuan tu menderita!"

"Yah jungkook kau gila?! Kita baru buat masalah dan kau nak buat masalah lagi?"

"Kali ni kita buat luar kawasan sekolah...ajak yang lain sekali!"

"A-arasseo.."

Jungkook terus berlalu pergi meninggalkan Taehyung yang masih berdiri di situ terkaku.

"Haishh kenapa tiba-tiba aku baik sangat eh? Betul juga kata Jungkook. Mungkin Tuhan suruh aku insaf ni..okay lepas ni last aku jahat~"

Boleh pula kau Taehyung -_-

----------

Hye!

Sorry for typo T.T

Tolonglah comment dan vote :'
Sian saia....

Thank you ♡

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now