Chapter 9

5.1K 346 13
                                    

Jungkook tak menyambung ayatnya membuatkan Yein menunggu. Yein yang menyampah sebab menunggu tiba-tiba menyadung kaki Jungkook menyebabkan lelaki itu terbaring ke lantai.

Jungkook terkejut sangat-sangat! Dia baru ingat yang dia sedang berhadapan dengan orang yang pandai berlawan.

Aigoo macam manalah kau boleh lupa Jungkook -_-

"Kau apa?!"

Yein tiba-tiba berkata macam memarahi Jungkook. Sebenarnya di tidak tahu niat sebenar Jungkook.

"Aduh sakitnya..."

"Kau fikir aku nak lagi biar kau sakitkan-"

"Aku minta maaf!"

Tiba-tiba Jungkook macam menjerit. Bila dia kata macam tu sekali lagi keadaan jadi senyap.

"Aishh!"

Jungkook tak suka keadaan kekok itu lalu dia tarik lengan Yein dan membawanya dengan selamba ke mana tah.

"Yah lepaslah!"

Jungkook pedulikan sahaja sehinggalah mereka sampai kat belakang sekolah di mana beberapa pelajar yang datang sekolah dengan naik motor menyembunyikan motor di situ.

"Nah kau pakai helmet aku ni."

Jungkook menghulurkan helmetnya kasar. Yein hanya terdiam masih tak faham.

"Pakai lah helmet tu ha'alah.."

Yein mendengus. Geram dia sebab suka-suka je Jungkook arah-arah. Dahlah dia nampak dungu sebab boleh tak tahu nak buat apa bila orang kasi helmet.

Yein mula nak pakai. Tapi longgar sebab tali tu dah set ikut saiz kepala Jungkook yang besar.

"ishh cana ni longgar.."

Yein membebel dalam hati sambil struggle cuba betulkan tali. Jungkook yang perasan terus membantu.

"Biar aku buat"

Jungkook mula meng'adjust' tali topi keledar tu.

Yein jadi kaku dekat situ. Dia tidak tahu sebab jantungnya mula berdegup kencang dan matanya rasa malu mahu memandang muka Jungkook.

Pada waktu itu dia baru perasan betapa hensem dan angelicnya muka Jungkook sampai dia hampir rasa nak pitam.

Cehh lebih-lebih eh kau yein.

"Ketat tak? atau ketat sangat ke.."

"O..okay je.."

Jawab yein tergagap. Lepastu Jungkook terus menaiki motornya. Yein mula menunjukkan muka pelik.

"Jungkook kau tak pakai topi keledar?"

"Tu~"

"Tu?"

"Dekat kepala kau tu. Kau dah pakai. Takpe aku legend bawak motor...dah naik cepat"

Yein mula naik. Tapi disebabkan dia malu dia tak pegang Jungkook malah pegang benda dekat belakang motor sebagai penahan *erk fham tak?*

"Pegang aku jangan pegang benda belakang tu. Nanti kau jatuh"

"Ishh bebel je pakcik ni. Aku tahulah. Kau tunggu aku bawak motor pulak lepas ni baru tahu siapa legend."

Yein membebel dalam hatinya dan perlahan mengalihkan tangannya untuk memegang Jungkook.

Tapi sebab kan dia malu jugak, dia hanya pegang seciput baju jungkook.

"Haih budak ni selamat ke?"

Jungkook risau dalam hatinya. Dia mula menekan enjin dan dengan selambanya mula menekan minyak dan motor mula bergerak dengan laju.

----------

"Aku dah kata peluk aku tadi kau tengok baju aku dah konyok sekarang"

Yein membiarkan Jungkook membebel sorang-sorang dan mula memerhati tempat di mana Jungkook membawanya.

"Ishh dah lah time pegang baju aku asyik terangkat kat atas ni..nasib baik tak tertayang abs aku yang cun ni~"

Jungkook mengadu sendiri dalam hati dan mula ikut yein dari belakang.

"Tempat apa ni Jungkook? Macam tempat orang isap dadah je..."

"Ni jambatan lama tak guna lagi so aku lepak sini kalau aku sedih or bosan~"

"Jungkook! Kau hisap dadah rupanya!"

"Lawak apa kau buat ni -,- aku kan dah kata tadi aku datang sini kalau aku sedih atau bosan..buat apa aku nak sentuh najis macamtu..."

Cehh Jungkook dah boleh dah kasi tauliah dekat penghisap dadah dekat luar sana.

"Habistu kau sedih atau bosan ke sekarang? "

"Aniyo~"

"Dah tu yang kau bawak aku kat tempat pra sejarah jambatan ni dah kenapa? -_-"

"Huhu bukan nak tanya aku sedih pasal apa ke..."

"Erk perlu ke? Cuba kau tanya aku. Konfim aku kata benda paling menyedihkan untuk aku ialah kau. Si biskut pembuli lembap yang tak berguna..."

"Aku dah minta maaf kan.."

"Amboi senang almari nenek kau~ aku nak pampasan.."

Jungkook mencebik dan mengeluh. Geram pula terikat dengan rundingan merapu Yein.

"Pampasan apa kau nak?"

"Kisah diri kau..."

Jungkook menghela nafas lega. Dia fikir Yein akan minta benda merapu. Mujur pasal dirinya sahaja.

"Kisah aku simple....macam ni...

-----------

Jumpa next chapter!

Huhu hari ni peperiksaan pertengahan tahun paper sejarah kertas 3 T.T

Nvm.

Sorry typo.
Tolong komen dan vote >~<

Tenkiu ♡

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now