Chapter 25

4.3K 302 24
                                    

Photo credit to owner

Yein POV

Sejak lagi tadi seorang budak bertuah tu asyik monyok dan tak bersuara. Memprotes kononnya kau fikir orang kisah? Eh aku kisah sebenarnya. Kesian dia kena buli dengan kami berlapan.

Siapa suruh kau membuta padahal orang lain dah hampir berada di ambang kematian dah.

Kami berpecah untuk balik ke Korea secepat yang mungkin. Helikopter telah disediakan bagi mempercepatkan lagi proses ke sana. Tak tahu tiba-tiba Mr.Z suruh kami pulang.

Aku dan Jungkook semestinya bersama Sujeong unnie dan Myungeun unnie menaiki satu helikopter yang sama.

Mijoo bersama Jisoo dan Babysoul manakala Jiae bersama Kei.

"Hoi dahlah tu merajuk."

Mana tak merajuk budak ni dah habis basah lencun disimbah sebaldi air asal dari idea geliga myungeun unnie.

Myungeun unnie pula asyik tahan gelak lagi tadi.

Sujeong unnie kemudiannya menerima panggilan dari babysoul unnie yang mengatakan yang kami akan berhenti di landasan kapal terbang rahsia. Di situ kami iaitu aku dan Jungkook diarahkan untuk menukar kenderaan daripada helikopter kepada kapal terbang.

Aku tidak tahu kenapa tapi sujeong unnie juga turut diarahkan untuk ikut sekali.

Tiba di landasan kapal terbang, kami berpisah dengan yang lain. Myungeun unnie menolong kami turun dan sesudah itu melambai antara satu sama lain.

"Palli!"

Sujeong membuat muka serius dan terus berlari menuju ke arah kapal terbang yang kami perlu naik. Jungkook memandang aku dan memandang dia. Masing-masing mengangguk dan mengikut sujeong unnie sekali berlari menuju ke arah kapal terbang.

Tangga kapal terbang dibuka dan kami terus mendaki menaiki kapal terbang tersebut.

Jungkook sudah terpegun melihat betapa elegantnya hiasan dalam kapal terbang tersebut sehingga aku dah berhenti berjalan dia boleh tak perasan dan terlanggar aku.

"Ish jungkook! Hati hatilah sikit!"

"Sorry terlanggar."

Jungkook si biskut ni nak minta maaf ke taknak? Minta maaf macam takde perasaan.

"Sorry..sorry. sorry naik lorilah!"

"Ni kapal terbang bukan lori."

"Yelah aku tahu! Takyah loya buruk sangat."

"Aku hensem je tak buruk."

Ishh dia ni kan buat darah aku menggelegak je. Kejap perangai kau macam ni kejap macam tu. Menjengkelkan betul lah pakcik biskut anak bertuah encik jeon ni.

Aku menjeling dan menumbuk bahu jungkook kuat sebelum blah dari situ. Aku dengar dia mengerang kesakitan dan lepas tu sempat mimic apa yang aku cakap tadi dengan gaya mengejek.

Nasib aku dah mula terpikat dengan kau. Kalau tak memang aku simbah kau dengan air garam.

Sujeong unnie mula ke bahagian pemanduan dan memandu kapal terbang. Gosh! Aku tak pernah tahu pun sujeong unnie sehebat ni!

Pemandu automatik dihidupkan tidak lama kemudian dan sujeong unnie pun keluar dari tempat pemanduan.

"Yein dan jungkook."

Nama kami dipanggil.

Sujeong unnie berjalan menuju ke arah almari pakaian yang memang tersedia di dalam kapal terbang tersebut dan mengeluarkan dua sut pakaian hitam.

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now