Chapter 23

4.1K 304 14
                                    

"Sedapnya!"

Jungkook makan tteokbeokinya dengan penuh berselera manakala yein hanya tergelak kecil melihat gelagat Jungkook yang seperti budak kecil.

"Kau ni reaction makan pun lebih lebih~"

"Biarlah. Dah lama aku tak makan makanan macam ni."

"Ehhh seriously?!"

Terkejut yein matanya membulat.

"Habistu kau makan apa?"

"Makanan western~"

"Hok aloh orang kaya kaaan~"

Yein membuat muka dan menyambung makan tapi dia risau pula si jungkook ni makan terlebih selera. Habis gelojoh betul macam tteokbeoki tu dia sorang je nak habiskan.

"Kau ni makan slow slow lah"

"Slow slow lah ni!"

"Marah marah! Orang tegur sikit nak lawan. Adab mana adab?"

"Eleh aku lagi tua okay~"

"Aku lagi pandai~"

Sentap dan terus mencebik jungkook di situ. Jangan kau lawan si yein IQ mengalahkan namjoon tu. Nyesal tak kesudah kau nanti jungkook.

"Weh muka kau meh sini pandang aku!"

Tiba-tiba je si yein ni macam marah-marah.

"Asal?"

Jungkook pun pandang jelah. Dia pun pelik jugak ni apahal yein nak emosi sangat. Dia yang sentap tadi yein yang emosi.

"Kau ni makan pakai mulut ke pakai pipi?"

Yein mengelap kesan comot yang ada pada pipi jungkook. Itu rupanya emosi sangat si yein. Duk sibuk risaukan jungkook. Acecececeh yein.

Yein menyambung makan balik dengan penuh sopan sama seperti sebelum ni manakala jungkook dah terkaku di situ. Ale jantung dia dah dup dap dup dap.

"Ehh minah pendek ni..sayang jugak dia kat aku~"

Jungkook bermonolog sendiri dan tersengih.

"Kau ni pahal. sengih..sengih."

Makin ditegur makin tersenyum melebar jungkook sampai ke telinga.

"Takde apelah...cuma tak sangka risau jugak ya Jeon yein ni kat Jeon Jungkook~"

"Eiii tolonglah..dan apa kau cakap tadi? Sejak bila nama aku Jeon Yein?!"

"Kalau ada rezeki boleh punya."

"banyaklah kau biskut hangus!"

"Aduh du du du du du!"

Yein memukul bahu jungkook berkali-kali. Malu habis dia. Blushing bukan main. Dah suka tanak ngaku pulak. Payah betul perempuan ego ni.

Tiba-tiba jam yein menyala. Terus berhenti adegan pukul memukul yang sweet by yein. Dia memandang jungkook tajam sekilas sebelum melihat jamnya.

Jungkook di situ hanya tersengih masih menyakat perempuan kesayanagan biung biung muah muah dia tu.

Yein mendapati satu mesej masuk dan dia terus membukanya.

Sujeong : Yein balik.

Yein mengerutkan dahi. Pelik betul message yang dia terima. Biasanya sujeong jarang nak mesage message segala ni. Tak mainlah hantar message. Kita terus call live punya. Dah pulak hantar pendek je message tu.

Tapi yein malas nak fikir panjang, lagi-lagi tengok muka laki ngada-ngada sebelah dia tu.

"Siapa tu?"

"Oh..sujeong unnie..dia suruh kita baliklah..jom."

"Alaaaa...baru nak jalan jalan."

"Banyak kau punya jalan-jalan. Habis selama ni kau merangkak ke?"

"Ishh dia ni loya buruk pula."

Jungkook bermonolog dalam hati, mencebik dan memandang yein tak puas hati. Yein hanya mengeluh dan menghulurkan tangannya.

"Dah pakcik biskut. Toksah nak majok majok. Kajja!"

"Yelah..yelah..."

Jungkook pun menyambut huluran tangan yein dengan tanpa rela hatinya sebab kena balik tapi suka sampai nak meletop rasanya sebab dapat pegang tangan yein.

Eh jangan salahkan jungkook awak semua. Yein yang rela hati hulurkan tangan ouke~

----------

Yein memandu kereta masuk ke dalam terowong rahsia seperti biasa tapi dia pelik kerana lampu dalam terowong itu agak sedikit malap.

"Yahh!!"

Tiba-tiba yein terpaksa buat break emergancy apabila ada seseorang berdiri di tengah-tengah laluan terowong itu. Terus terkejut si jungkook dan yein. Hampir sahaja nak langgar orang tu.

"Siapa tu?!"

Jungkook bertanya yein pelik.

"Aku tak tahu.."

Yein terus bertindak keluar dari perut kereta begitu juga diikuti jungkook.

Dengan perlahan yein berjalan maju kehadapan.

"Heyy asal kau duduk tengah jalan-"

"Hye yein..."

"Maigadd..."

Yein terlopong begitu juga jungkook bila nampak orang yang berdiri itu dan orang itu menegur yein.

"Kiko?!"

"Ma-macam mana?!.."

"Asal? terkejut?"

"Sorry korang tapi tektik korang nak tangkap aku jauh sekali salah.."

Kiko tersengih jahat sebelum dua orang berbadan tegap dari belakang memukul jungkook dan yein kuat bagi memengsankan diorang.

----------

Update u olls. Dah berhabuk semua cite author. 2 haribulan 8 aii trial espeyem 😭😭😭 doakan author ya semua pembaca cerita author 😉😉😉

Sory for typo.

Komen dan vote seperti biasa kalau suka. >_<

Thank you ♡

[C] THE SPYWhere stories live. Discover now