Bab 30

4.2K 175 5
                                    

"Syuhada.Wake up",kata Puan Zuraidah yang sedang mengejutkan Syuhada."Awal lagi,bu",kata Syuhada."Awal?Dah pukul 9:20 pagi.Masih lagi awal?",tanya Puan Zuraidah.Syuhada terus membuka mata."Pukul 9:20 pagi?Baiklah,adik nak bersiap",kata Syuhada lalu mencapai tualanya."Syuhada,Syuhada,nak temankan kawannya tapi lambat bangun",kata Puan Zuraidah sambil tersengih.

***

Kelam-kabut Syuhada bersiap.Dia memandang ke arah jam.Pukul 9:40 dah? Alamaaaaaaak!Syuhada menggarukan kepalanya sambil mengosok tudung."Adik,dah siap belum?",tanya Puan Zuraidah."Tengah siap",balas Syuhada.Syuhada mula menyarung tudungnya.Gelabah dibuatnya.Selesai saja Syuhada menyarungkan tudungnya,Syuhada bergegas turun ke bawah lalu menyarung kasutnya.Dia mengunci pintu rumah lalu masuk ke dalam kereta."Pakai tali pinggang keledar",arah Encik Sabri.Syuhada,Puan Zuraidah dan Zamri akur dengan arahan yang diberi oleh Encik Sabri.

"Tak sedih ke Taufiq pindah?",tanya Zamri."Tak pun",jawab Syuhada.Tipulah kalau aku tak sedih,kawan yang paling awesome tu."Bagus.Jangan menangis pula",sakat Zamri."Mana ada",dengus Syuhada lalu memandang di luar tingkap.Zamri tersenyum melihat gelagat adiknya.Hati Syuhada semakin sayu.Syuhada berasa macam tidak adil tapi siapa dia untuk menghalang.Dia menerima dengan kerelaan hati walaupun dia tidak mahu berpisah dengan Taufiq.Lupa pula,masih belum halal.Syuhada tersenyum apabila mengingat semula kenangan antara dia dan Taufiq.Sejak mereka berkenalan.Muncul pula Haikal secara tiba-tiba.Kemudian muncul orang ketiga iaitu Fatimah.Berlaku perbalahan akibat cemburu melampau.Kemudian berbaik dengan Fatimah.Ahhhhh,ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Mata Syuhada semakin berat,dia melelapkan matanya dan apabila dia terjaga,dia sudah sampai di KLIA.

****

"Woi,bangun dah sampai",kata Zamri lalu menepuk bahu Syuhada.Seperti yang dijangkakan oleh Syuhada,dia bangun dan destinasinya sudah sampai.Syuhada menggosok matanya."Dah sampai?",tanya Syuhada."Sudah,nak",kata Puan Zuraidah.Sahabat Syuhada telah pun menunggu Syuhada di depan pintu KLIA sambil melambai-lambai.Syuhada tersenyum.

Finally,impian aku jadi kenyataan.Aku dapat temankan Taufiq.Allahu.

 "Syu",sapa Zera lalu memeluk Syuhada dengan erat.Terkial-kial Syuhada dibuatnya.Mana tidaknya,baru keluar dari kereta Zera terus menyerang aku dengan pelukan.Macam aku yang nak pindah je."Kauorang naik apa?",tanya Syuhada."Keretalah.Ayah aku ada tapi dengan sedara.Sedara aku nak buat umrah,kebetulan pula",jawab Zera."Aku pula,ayah aku hantar je.Balik nanti,aku tumpang kau tau",kata Haikal."Iyolah',balas Syuhada."Taufiq ada di dalam,mari",kata Haikal lalu mereka pun mengekori Haikal.

Haikal berjalan pantas ke arah Taufiq.Taufiq pula menggangkat keningnya."Cuba teka siapa datang?",tanya Haikal.Tak sempat nak jawab soalan Haikal,Syuhada muncul di depan matanya."Dia datang juga'',kata Taufiq lalu menepuk bahu Haikal."Hai,Taufiq",sapa Syuhada dengan riangnya."Hai",balas Taufiq.Syuhada tersenyum malu melihat Taufiq berpakaian segak hari ini.Berkemeja merah dan seluar skinny hitam."Handsomenya kau hari ini",kata Syuhada.Taufiq terkejut mendengar kata pujian daripada Syuhada.Inilah kali pertama Syuhada memujinya lalu tersenyum."Terima kasih",kata Taufiq."Wey,kau melepas pukul berapa?",tanya Haikal."Melepas?",tanya Zera."Yela.Melepas naik kapal terbanglah",jawab Haikal.Ketawa Syuhada dibuatnya."Woi,aku bukan nak buang hajat besar dekat kapal terbang",kata Taufiq."Ada pula melepas.Berlepas",celah Puan Zuraidah.Encik Sabri turut tertawa.Haikal menutup mukanya.Malulah tu.

"Pukul 10:15 pagi nanti",kata Taufiq."Awalnya",kata Haikal."Tahu awal sebab dah tukar masa.Elok-elok pukul 11 pagi jadi 10:15 pagi.Berangin aku dibuatnya",jelas Taufiq.Syuhada melemparkan senyuman kepada Taufiq."Nasib baik kauorang sampai awal",kata Taufiq lagi."Well,we are awesome.Nanti kitaorang rindu kau",kata Zera."Aku tak akan rindu Taufiq",kata Syuhada.Taufiq memandang tajam ke arah Syuhada."What?",tanya Syuhada."Yeyelah kau",kata Taufiq lalu mendekati keluarga Syuhada."Woi,kau nak buat apa dengan keluarga aku tu ha?",dengus Syuhada."Adalah",jawab Taufiq."Aunty,uncle.Mari sini kejap",kata Taufiq."Ada apa Taufiq?",tanya Encik Sabri."Malu nak beritahu",jawab Taufiq."Awak tu lelaki kena gentle",balas Puan Zuraidah."Aunty,uncle.Jangan bagi Syuhada khawin dengan sesiapa tau",kata Taufiq tanpa rasa segan silu."Kenapa pula?",tanya Puan Zuraidah."Saya nak khawin dengan dia",jawab Syuhada.Encik Sabri dan Puan Zuraidah tertawa."Kenapa ketawa?",celah Puan Izati."Anak awak nak khawin dengan anak saya",jawab Puan Zuraidah.Tersengih Puan Izati."Kalau dah jodoh tak ke mana",kata Puan Izati."In Shaa Allah,Taufiq.Kalau awak cepat,awak dapat ye",kata Encik Sabri."Belajar dulu Taufiq",celah Encik Adam."Ye,papa",kata Taufiq.

"Mama,abang.Cepatlah.Kapal terbang dah sampai.Kejap lagi nak melepas",kata Nana.Syuhada menepuk pipi Nana."Sakitlah kak",kata Nana."Berlepas sayang",kata Zera."Betul tu",kata Syuhada.Haikal tersenyum melihat Syuhada dan Zera."Mereka betul-betul akrab",bisik hati Haikal."Baiklah,saya pergi dulu ye",kata Encik Adam."Saya pun pergi dulu ye",kata Puan Izati lalu mereka bersalaman dengan keluarga Syuhada.Syuhada melihat jam tangannya,baru pukul 10:10 pagi.Kenapa awal sangat?"Syuhada,Haikal,Zera",sapa Taufiq."Ye",jawab Zera,Haikal dan Syuhada dengan serentak."Jaga diri elok-elok",kata Taufiq.Zera dan Syuhada mengganggukkan kepala.Haikal pula memeluk Taufiq."Jaga diri juga.Jangan lupa solat.Jangan lupa kitaorang.Jangan lupa Allah",kata Haikal.Taufiq mengganggukkan kepalanya."Syuhada",sapa Taufiq.''Apa?",tanya Syuhada."Jaga diri baik-baik",jawab Taufiq."Ye",kata Syuhada."Aku nak kau ingat ayat ni",kata Taufiq."Apa dia?",tanya Syuhada."I will always loving you",kata Taufiq lalu menghulurkan sebuah kotak kecil berserta sejambak bunga mawar.Syuhada tersenyum."Terima kasih",kata Syuhada."Sama-sama",kata Taufiq."Aku tak ada?",tanya Haikal."Tak",jawab Taufiq."Taufiq,cepatlah",kata Nana."Aku gerak dulu",kata Taufiq.

"Eh,kejap",kata Syuhada lalu memberi jam tangannya."Eh,kenapa?",tanya Taufiq."Ambillah",jawab Syuhada."Terima kasih",kata Taufiq lalu tersenyum riang.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Fuh,pasangan sweet",celah Encik Sabri."Mana ada",kata Syuhada."Syuhada suka Taufiq",kata Puan Zuraidah."Mana ada",kata Syuhada lalu menutup muka.Kelibat Taufiq semakin lama semakin menghilang.Sayu di hati mereka sebenarnya nak melepaskan seorang sahabat."Dia akan baik-baik saja nanti",kata Haikal."Aku setuju",kata Zera.Syuhada tersenyum seorang diri walaupun sebenarnya dia berasa sedih."Sudahlah tu",kata Puan Zuraidah."Ye ibu",kata Syuhada."Mari balik",kata Encik Sabri."Nanti dulu.Tunggu kapal terbang ni berlepas dulu",kata Haikal.Mereka akur dengan permintaan Haikal."Lambat juga kapal terbang berlepas",kata Zera.Tiba-tiba....

*tap..tap...tap*

Bunyi tapak kasut yang sedang berlari."Syuhada",jerit Taufiq.Syuhada,Haikal dan Zera terkejut melihat reaksi Taufiq."Apa lagi?Nanti kapal terbang tu pergi",kata Syuhada."Aku suruh dia tunggu kejap'',kata Taufiq."Aku lupa nak bagi ini",kata Taufiq lagi."Apa ni?",tanya Syuhada."Nanti kau buka",kata Taufiq lalu menghulur kotak kecil berwarna merah."Tak kanlah cincin",bisik hati Syuhada."Taufiq",sapa Syuhada perlahan."Apa?",tanya Taufiq."I love you",kata Syuhada dengan nada perlahan lalu menundukkan kepalanya.Taufiq tersenyum."I love you too.Jangan lupa aku tau.Aku akan lamar kau.Kau tunggu saja",kata Taufiq dengan perlahan."Aku suka kau,bijak",kata Syuhada.Taufiq tersenyum riang."Jaga diri baik-baik semua.I love you Syuhada",kata Taufiq lagi lalu beredar.Encik Sabri menggelengkan kepalanya."Angau rupanya",kata Puan Zuraidah."Apa kau bisik tadi?",tanya Zera."Aku bisik suruh dia jaga diri baik-baik",kata jawab Syuhada.

Kapal terbang itu pun berlepas.Syuhada tersenyum dan terasa mahu menangis."Oh Allah,jaga diri dia",bisik hati Syuhada."Alaaa,Syu.Jangan sedih",kata Haikal."Mana ada",kata Syuhada."Eleh,macam kitaorang tak kenal kau",kata Zera."Haha,macam-macamlah kauorang ni",kata Syuhada."Okaylah,aku gerak dulu",kata Zera lalu beredar."Jom balik",kata Puan Zuraidah.Syuhada dan Haikal mengganggukkan kepalanya lalu beredar.

Begitulah ceritanya,tentang sahabat dan percintaan.Dalam diam,Taufiq dan Syuhada suka sama suka dan hari ini,barulah Syuhada meluahkan perasaannya.Syuhada tidak sepatut berbuat begitu tetapi, sampai bila mahu pendam.

''Aku harap,kau akan lamar aku suatu hari nanti.Aku akan tunggu kau Taufiq.Jangan tinggalkan aku.I will always love you too.'' 

- TAMAT -

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now