Bab 11

4.4K 173 0
                                    

"Adik kenapa ni?",tanya Zamri lalu cuba mendekati Syuhada.Syuhada hanya membatukan dirinya."Adik?",tanya Zamri."Tidak ada apa-apa",jawab Syuhada."Are you sure?",tanya Zamri yang begitu risau tentang keadaan Syuhada yang tidak terurus.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Tak mengapa.Kalau begitu, abang keluar dulu.Kalau adik nak kongsi masalah dengan abang, abang setia mendengar",pujuk Zamri lalu mengucup kepala Syuhada.Ketika Zamri mahu mengangkat punggungnya daripada katil Syuhada,Syuhada menarik lengan baju abangnya."Abang",kata Syuhada dengan perlahan.Zamri cuba merapati Syuhada lalu menyuruh Syuhada menceritakan masalahnya."Tadi kan adik keluar depan rumah kan?",tanya Syuhada lalu Zamri mengganggukkan kepalanya."Kemudian,Taufiq menyanyi lagu When I'm gone",kata Syuhada lagi."Then?",tanya Zamri yang ingin tahu tentang insiden yang berlaku kepada Syuhada."Dia kata, dia selalu tengok adik.Lepas tu dia kata kau ingat aku nak usha kau ke?",jelas Syuhada.Syuhada menggerakkan matanya dari kiri ke kanan.

Zamri tersenyum."Mungkin dia nak cover",pujuk Zamri."Cover?",tanya Syuhada yang sangat keliru dengan statement Zamri.Zamri mengganggukkan kepalanya."Dia nak cover dari adik.Dia mungkin usha adik, tapi dia saja menafikan",jelas Zamri.Syuhada yang muram dari tadi tiba-tiba tersengih seorang diri apabila mendengar penjelasan daripada Zamri."Sudahlah adik , Zamri.Tidurlah.Nanti adik kamu lambat bangun",kata Encik Sabri lalu Zamri beredar dari kamar Syuhada.

_________________________________________________________

Tepat pada pukul 6 pagi, Syuhada telah pun bangun daripada tidurnya.Selepas saja bangun pagi,Syuhada akan mengemas biliknya terlebih dahulu sebelum membersihkan dirinya.Kebiasaannya , Syuhada akan bangun pada pukul 620 pagi.Awal betul aku bangun.Mimpi apa eh sampai aku bangun awal ni?Pelik betul aku rasa.Seronok juga bangun awal.Kenapa?Sebab semua perkara dapat disiapkan tepat pada masanya.Contohnya mandi,solat dan sarapan.Jika berkesempatan,aku nak tengok tv, cerita boboiboy.Aku sememangnya budak kecil yang tidak tahu mematangkan diri.Selesai saja Syuhada mandi,solat dan sarapan.Syuhada terus membuka Tv sebelum Haikal memanggilnya untuk ke sekolah.

"Aik?Syuhada,pagi-pagi dah tengok kartun?Nanti otak pun seperti kartun",kata Puan Zuraidah sambil menikmati roti bakar yang dibuat olehnya.Syuhada tersengih apabila mendengar ibunya berbicara sebegitu."Syuhada.Assalamualaikum.Syuhada",jerit Haikal yang sedang menunggu Syuhada di hadapan rumahnya."Adik,ada orang panggil",kata Encik Sabri.Syuhada terus membuka pintu lalu membuat isyarat tunggu kepada Haikal.Syuhada yang tergesa-gesa memakai kasut sekolahnya ditegur oleh Puan Zuraidah."Lupa nak salam ke cik kak?",perli Puan Zuraidah sambil menghulurkan tangannya.Tanpa membuang masa, Syuhada terus salam lalu mengucup tangan Puan Zuraidah dan Encik Sabri."Adik pergi dulu.Assalamualaikum",kata Syuhada lalu melambaikan tangannya."Waalaikummusalam",jawab Puan Zuraidah sambil melemparkan senyuman kepada Syuhada.

"Hai Syu",sapa Haikal."Hai",kata Syuhada."Semangat juga kau nak pergi ke sekolah",kata Haikal."Budak bijak memang selalu awal",kata Syuhada dengan bangganya."Perasan",perli Haikal."Kerja sekolah siap?",tanya Haikal lalu Syuhada mengganggukkan kepalanya."Kau tahu kan ada pelajar lain pindah ke kelas kita?",tanya Syuhada."Tahu.Perempuan kan?Nama dia Fatimah",jawab Haikal."Mana kau tahu nama dia?",tanya Syuhada dengan penuh 1001 soalan."Aku tanya cikgu",jawab Haikal lalu memetik jarinya."Fatimah?Mesti cantik orangnya",bisik hati Syuhada.

*Di kelas*

"Bangun semua",arah Taufiq lalu murid 5 Cermai bangun dengan gahnya.Semua mata murid 5 Cermai tertumpu kepada seorang gadis termasuklah Syuhada."Assalamualaikum.Semua boleh duduk",kata Cikgu Lily."Baiklah,cikgu kamu tak dapat hadir hari ini.Jadi,ada seorang murid baru yang bernama Fatimah",jelas Cikgu Lily."Fatimah?Cantiknya nama",puji Ahmad.Fatimah tertunduk kepalanya kerana malu terhadap orang yang memujinya.Sepanjang waktu pembelajaran subjek Sejarah,semua 5 Cermai sibuk memperkenalkan diri mereka kepada Fatimah, termasuklah Taufiq.Syuhada,Zera dan Haikal hanya memerhatikan mereka.

"Cantiknya dia",puji Syuhada dengan nada perlahan."Rambut dia yang lurus, kulitnya putih kemerah-merahan,matanya yang bulat.Bibir Fatimah merah",puji Zera yang kelihatan sangat cemburu."Kauorang pun cantik juga.Sikitlah",puji Haikal sambil tersengih.Syuhada menjeling ke arah Haikal."Perli",kata Zera.Haikal menggelengkan kepalanya.Syuhada hanya memerhatikan Taufiq dari jauh.Dia langsung tidak perasan akan Syuhada yang memerhatikannya.Kenapa aku perhatikannya?Kenapa dia kelihatan mesra dengan Fatimah.Kalaulah Fatimah itu adalah aku, confirm aku layan Taufiq saja.Ehhh,wait a minute.Kenapa aku cemburu? Ah, mungkin itu perasaan aku je.Abaikan sajalah Taufiq tu.Taufiq tu, ramai peminat.Sah-sah Fatimah tu pun minat dekat dia.Eiii,mana boleh jadi.Ah, Sudahlah!Daripada aki fikirkan pasal si poyo tu a.k.a. Taufiq, baik aku fikirkan apa yang perlu aku buat apabila cikgu tiada.

Hm,asyik-asyik relief , tak relief ,meeting, tak meeting, tak hadir.Baik aku duduk rumah.Layan cerita Barbie lagi seronok daripada tengok si poyo dengan si cantik tu.Hm.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now