Bab 25

3.7K 143 4
                                    

"Syuhada",sapa jejaka tersebut.

Syuhada membisu.Entah kenapa mulutnya susah untuk berbicara.

"Syuhada",sapa jejaka lagi.

"Y....ye",kata Syuhada lalu menggangkat mukanya dengan reaksi muka terkejut.

"Susah sangat kau nak jawab",kata jejaka tersebut.

What?!Dengan muka bertopeng power rangers.Buang tabiat ke dia ni?

"Kau siapa?",tanya Syuhada.

Jejaka tersebut membuka topeng 'power rangers'nya.

"Aku lah",kata jejaka tersebut.

Taufiq?Aku sudah agak.Asal aku sebut nama dia,pasti dia muncul.

"Kau buat apa di sini?'',tanya Syuhada.

"Saja nak melawat kau",jawab Taufiq lalu melemparkan senyuman.

"Macam tidak ada masa lain nak berjumpa",kata Syuhada.

"Memang pun",kata Taufiq dengan selamba.

"Kenapa pula?",tanya Syuhada dengan hairan.

"Time cuti sekolah nanti,aku nak pindah",kata Taufiq dengan nada perlahan.

Syuhada tertunduk.

"Maaf beritahu kau pasal ini lambat",kata Taufiq.

"Kenapa kau pindah?",tanya Syuhada.

"Baju kau sudah siap?",tanya Taufiq.Dia cuba menukar topik supaya Syuhada tidak bertanya kepada Taufiq dengan soalan yang tidak dapat dijawab.

"Jangan tukar topik",kata Syuhada.

Taufiq membisu.

"Taufiq,tolong jawab persoalan aku",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

"Sebab..aku..Sebab aku..",kata Taufiq dengan gagap.

"Sebab apa?",tanya Syuhada.

"Eh,Taufiq.Bila sampai?",tanya Puan Zuraidah.

Syuhada terus menoleh ke belakang lalu melemparkan senyuman kepada Puan Zuraidah.

"Baru lagi,aunty",kata Taufiq lalu tersenyum kepada Puan Zuraidah.

"Jemputlah masuk",pelawa Puan Zuraidah.

"Tidak mengapa,saya duduk di luar saja",kata Taufiq.

Puan Zuraidah mengganggukkan kepalanya lalu membiarkan Taufiq dan Syuhada di luar.Dia tahu ada perkara yang mahu dibincangkan oleh mereka.

"Taufiq",sapa Syuhada.

Taufiq melemparkan senyuman kepada Syuhada.

"Aku pergi dulu.Assalamualaikum",kata Taufiq lalu dia beredar dari rumah Syuhada.

"Tau...fiq.Ergh",dengus Syuhada.

Syuhada terduduk di lantai lalu menutup mukanya dengan tangannya.Hairan aku.Kenapa dia mahu pindah secara tiba-tiba?Tidak faham aku.

"Adik",sapa Zamri.

Syuhada menoleh ke belakang.

"Ye?",jawab Syuhada.

"Mari masuk",kata Zamri.

Syuhada menggelengkan kepalanya.

"Adik nak duduk di luar sebentar",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman.

Zamri mengganggukkan kepalanya lalu membiarkan Syuhada seorang diri.

Syuhada menggaru kepalanya yang tidak gatal.Mulalah soalan yang macam-macam yang ada dalam minda dia.Kenapalah kau nak pindah Taufiq?Kenapa?Kau sengaja?

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now