Bab 23

3.6K 141 3
                                    

"Syuhada",sapa Haikal lau melemparkan senyumannya kepada Syuhada.Syuhada tersengih seorang diri."Kenapa?",tanya Syuhada."Saja nak dengar suara kau",kata Haikal.Syuhada menjeling ke arah Haikal."Zera,kau tak ada kelas tambahan pula hari ini?",tanya Syuhada.Zera menggelengkan kepalanya."Minggu ini,dicutikan.So,tak ada kelas tambahan",jelas Zera.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Kenapa kauorang datang?", tanya Syuhada dengan berasa hairan."Syuhada halau kita",celah Taufiq.Lantas Syuhada menggelengkan kepalanya."I'm just asking",jawab Syuhada."Bincang pasal esok.Esokkan candle light dinner",jelas Taufiq."Jadi,kauorang rancang nak pakai baju sedondon ke?",tanya Syuhada.Zera mengganggukkan kepalanya."Aku dengan Syuhada warna merah dan putih",kata Haikal."Bukan warna pink?",kata Syuhada."Ha,merah jambu",kata Haikal."Aku dengan Iqwan warna biru dan putih",kata Zera dengan riangnya."Suka benor awak kan",kata Haikal.Tersipu malu Zera."Kau?",tanya Syuhada kepada Taufiq."Merah dan putih.Fatimah tak suka warna pink.Katanya girly sangat",jelas Taufiq."Haikal,tukar dengan aku,boleh?",tanya Taufiq.Haikal menggangkat keningnya."Tukar apa?",tanya Haikal yang tidak memahami Taufiq."Tukar pasangan",jawab Taufiq.

Apabila Taufiq berkata begitu,degupan jantung Syuhada seolah-olah terhenti.Kenapa dia berubah fikiran nak tukar pasangan dengan Haikal.Aku nak dengan Haikal,kalau pun aku bersama dengan Taufiq,entah apa yang terjadi dengan aku pun,aku sendiri pun tidak tahu."Aku nak dengan Haikal",kata Syuhada tanpa menoleh Taufiq.Haikal terus memandang Syuhada."Are you sure?", tanya Haikal.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Aku nak Haikal jadi prince aku bukannya kau",kata Syuhada."Aku setuju.Kau bukan dengan  Fatimah?Dulu kau sendiri yang terhegeh-hegeh nak bersama dengan Fatimah.Kononnya",celah Zera.Terdiam Taufiq dibuatnya.Sememangnya apa yang dikatakan oleh Zera amatlah benar."Kalau begitu,tidak mengapalah.Aku faham",kata Taufiq dengan nada perlahan.Alamak,kenapa Taufiq  ni?Aku ada salah cakap ke?Eh,buat apa kau nak rasa serba salah.Memang patut pun dia kena rasa macam mana aku rasa!Sekarang giliran kau pula rasa perasaan aku yang dulu."Kalau nak tukar,aku tak kisah",kata Haikal.Terkebil-kebil mata Syuhada."Aku salah dengar,bukan?",tanya Syuhada."Tidak,sekarang kau orang semua dengar.Kalau Taufiq nak bersama dengan Syuhada,aku beri peluang",kata Haikal lalu melemparkan senyuman kepada Syuhada.Apabila Taufiq berkata begitu,aku terasa seolah-olah terkena renjatan elektrik.Syuhada mengetap bibirnya.Apa semua ini Haikal?Kau sengaja nak kenakan aku ke?

"Syuhada tak kisah,bukan?",tanya Haikal.Syuhada terdiam.Dia memejamkan matanya."Apa semua ini?",tanya Syuhada."Aku pun tidak tahu.Kenapa kau berubah fikiran Haikal?",tanya Zera.Haikal memandang Taufiq seolah-olah mereka sedang membaca fikiran masing-masing.Taufiq melemparkan senyuman kepada Haikal.Syuhada masih tidak mengerti lagi.Apa semua ini?Permainan apa yang mereka cuba mulakan?Permainan hati ke?Cukuplah kau orang sakitkan hati aku.Cukup!"Kau akan tahu malam esok.Jadi,Fatimah ialah pasangan aku",kata Haikal."Kenapa kau tiba-tiba tukar fikiran?", celah Zamri.Terkejut Syuhada apabila abangnya mencelah perbualan mereka."Cukuplah.Cuba kau orang terangkan",sambung Zamri.Haikal mengajak Zamri untuk berbual also known as privacy. "So, hanya itu saja kauorang nak bincangkan?Jemputlah minum air",kata Syuhada lalu mengajak kawan-kawannya untuk minum.Mereka mengganggukkan kepalanya.Syuhada menjenguk ke luar rumahnya,perasaan ingin tahu  mula membara di hati Syuhada.Apa yang diaorang sedang berbincang?

Tolong jangan rahsiakan daripada aku...........

Zamri berasa dirinya sedang diperhatikan lalu memandang ke dalam rumah.Syuhada melihat muka Zamri.Riak muka Zamri berubah membuatkan Syuhada berasa ingin tahu.Apabila Zamri mendapati Syuhada sedang memerhatikannya,dia terus melemparkan senyuman kepada Syuhada untuk menyedapkan hati Syuhada."Sebenarnya,minggu ni,minggu terakhir Taufiq",kata Haikal."Kenapa?",tanya Zamri."Taufiq dah nak pindah",jawab Haikal.Zamri terdiam."Zam,kau nak tahu tak,sebenarnya Taufiq sudah lama simpan perasaan sayang dekat adik kau cuma dia tu ego.Perasaan handsome lah katakan.Dia tak nak Syuhada tahu bahawa minggu ini adalah minggu terkahirnya",jelas Haikal."Kalau kau tak beritahu Syuhada,bertambah sedihlah dia nanti",kata Zamri."Aku tahu tapi Taufiq akan beritahu nanti",kata  Haikal.Zamri mengganggukkan kepalanya."Kenapa kau pilih Syuhada jadi pasangan kau?",tanya Zamri."Aku....",kata-kata Haikal tergantung. "Kau kenapa?",tanya Zamri."Aku suka dia",jawab Haikal lalu menundukkan kepalanya."Aku sudah lama simpan perasaan dekat Syuhada dan aku sendiri sudah meluahkan perasaan aku terhadapnya.Malangnya,dia bukan suka kepada aku tetapi Taufiq.Sebab itulah aku berpasangan dengan Syuhada untuk candle light dinner kerana aku tahu, Taufiq akan memlih Fatimah untuk pasangan candle light dinner nanti.Aku rasa gembira apabila Syuhada kata aku prince dia tetapi aku tahu, aku masih lagi tidak dapat menandingi perasaan sayang Syuhada dekat Taufiq.Dia menganggap ku sebagai sahabatnya.Aku berharap sangat dia jadi milik aku",jelas Haikal dengan panjang lebar.

Air mata Haikal jatuh di pipinya.Terasa sebak dan sakit hati kerana Syuhada masih lagi tidak dapat menyukainya lebih daripada seorang sahabat.Tetapi,Haikal tahu,Syuhada lebih suka hubungan mereka seperti ini.Zamri mencubit pipi Haikal."Kalau kau sayang dia,kau tak menangis seperti inilah,pondan.Kau mesti berkorban untuknya",kata Zamri lalu mencubit pipi Haikal.Cubitan Zamri membuat Haikal berhenti menintiskan air mata."Sakitlah!",dengus Haikal."Habis,kau nak aku meraung?Aku berkorban apa?",tanya Haikal."Kau sudah berkorban perasaan kau",jawab Zamri."Aku tak faham",kata Haikal."Kau suka dia tapi dia tak suka kau.Kau sayang dia tapi dia sayangkan Taufiq.Kau sanggup buat apa saja untuk dia tapi dia hanya menghargai kau.Walaupun dia tidak sukakan kau,tidak bermakna dia tidak sukakan kau selamanya.Think positive",kata Zamri.Haikal melemparkan senyumannya kepada Zamri lalu memeluk Zamri."Terima kasih,bro",kata Haikal."Sama-sama",kata Zamri.

Syuhada mula menggarukkan kepalanya yang tidak gatal."Kenapa Syuhada?",tanya Zera."Tu",jawab Syuhada lalu memuncungkan bibirnya.Zera dan Taufiq memandang ke arah luar rumah."Kauorang dah kenapa?",tanya Taufiq."Dah lama tak jumpa Haikal,tu yang aku peluk dia tu.Rindu katanya",jelas Zamri.Tertawa Haikal dibuatnya."Sweet abang aku ni",kata Syuhada."Nak aku peluk kau ke?",tanya Taufiq.Syuhada membaling bantal kepada Taufiq."Tak siuman",dengus Syuhada."Taufiq gatal",kata Zera lalu menjelirkan lidahnya kepada  Taufiq.

"Amboi,riuhnya",celah Puan Zuraidah."Biasalah,bu.Excited sangat",kata Zamri."Sudahlah.Mari semua makan",pelawa Puan Zuraidah.Mereka mengganggukkan kepalanya."Jom makan",kata Syuhada.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now