Bab 22

3.8K 145 0
                                    

Alhamdulillah,kenyang rasanya.Kurang sikit rasa sakit hati tetapi perasaan geram masih lagi terasa.Haih,tak faham betul aku dengan Haikal yang sekarang.Nak kenakan aku dengan Taufiq,entah bagaimana esok hari aku nak menghadap muka dia.Huuu, please lah ,sakit hati aku.Syuhada membuka jendala lalu termenung jauh.Dia masih lagi memikirkan tentang kata-kata Taufiq.Entah betul entah tidak,Syuhada masih lagi kurang mengerti.Suka?Sayang?Cinta?Adakah perasaan itu berbeza?Apa yang pasti,dengan siapapun aku bersama,aku akan pasti dia tak akan menyakiti hati aku.Itulah yang aku harapkan.

*ring...ring*

Telefon rumah Syuhada berbunyi.Lamunannya tadi dikejutkan oleh deringan telefon."Kacau betul",kata Syuhada lalu menggangkat ganggang telefon."Assalamualaikum?",sapa Syuhada."Waalaikummusalam.Syu,aku nak minta maaf pasal tadi",kata Haikal.Syuhada membisukan dirinya."Syuhada?",kata Haikal.Malangnya,Syuhada hanya mendiamkan diri."Syuhada,aku tahu kau sedang mendengar.Aku betul-betul minta maaf pasal petang tadi.Aku lambat datang tadi sebab ibu aku tak sihat",jelas Haikal.Syuhada terdiam bercampur aduk dengan rasa serba salah.Dia tidak sepatutnya menuduh yang bukan-bukan terhadap Haikal."Tak apa.Ibu kau sakit apa?",tanya Syuhada."Demam panas",jawab Haikal."Nanti aku datang melawat ibu kau di rumah",kata Syuhada."Okay.Assalamualaikum",kata Haikal dengan riangnya lalu menamatkan perbualan."Waalaikummusalam",kata Syuhada. Ya Allah,aku tak patut tuduh dia macam tu.Ampuni aku Ya Allah.Syuhada memandang ke arah jam dinding.Jam menunjukkan pukul 5."Aku datang rumah dia selepas isya' lah",kata Syuhada lalu pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu

_________________________________________________________

Selesai sahaja Syuhada solat,dia terus mencari pakaian untuk esok hari."Nak pakai baju apa?",bisik hati Syuhada lalu membelek baju di almari."Tak ada bajulah pula",keluh hati Syuhada."Syuhada",sapa Zamri."Apanya?",tanya Syuhada."Ada orang bagi hadiah.Posmen tadi baru saja hantar",kata Zamri lalu menghulurkan kotak hadiah tersebut.Syuhada menggangkat keningnya."Siapa yang bagi?",tanya Syuhada."Tak tahu.Bukalah.Abang nak tengok juga", kata Zamri yang teruja.Syuhada menggelengkan kepalanya lalu membuka penutup kotak. Apalah isinya.Apabila penutup kotak di buka,mata Syuhada terbeliak memandang hadiah tersebut.Apa hadiah yang ada di dalam kotak?"Gaun?",bisik hati Syuhada."Cantiknya gaun ni adik",kata Zamri lalu merampas kotak daripada Syuhada."Abang.Ini baju perempuan",dengus Syuhada."Tahulah.Cantik.Warna merah jambu pula tu",kata Zamri lalu membelek baju tersebut."Merah jambu?Please , adik tak suka merah jambu",kata Syuhada lalu merebahkan badannya di katil."Cubalah pakai,sayang.Confirm adik abang ini,cantik",kata Zamri lalu menarik lengan adiknya.Syuhada terus menyarung gaun tersebut.Gaun yang berwarna merah jambu cair beserta dengan manik yang kecil.Sudah tentu harganya mahal.Mungkin juga mencecah RM 100 ke atas."Wah,cantiknya!",kata Zamri.Kebetulan pula,Puan Zuraidah dan Encik Sabri lalu di bilik Syuhada."Amboi,cantiknya gaun tu,Syuhada",kata Puan Zuraidah."Siapa bagi?",tanya Encik Sabri."Tak tahu,ayah.Ada orang bagi Syuhada,ibu",kata Syuhada."Comel princess abang ini",puji Zamri.Puan Zuraidah dan Encik Sabri mendekati dengan anak-anaknya.Lagipun,ibu bapa Syuhada tahu,siapa yang bagi hadiah kepada Syuhada.Mereka tersenyum melihat anak-anaknya."Tapi,bu.Adik tak suka warna pink. Nampak keperempuanan sangat",rungut Syuhada."Pakai sajalah",kata Encik Sabri."Esokkan candle light dinner. Jadi,tak salah kalau awak tu,pakai warna pink",kata Puan Zuraidah lalu tersengih melihat anaknya yang masih lagi merungut."Yela,bu",keluh Syuhada lalu merebahkan badannya di katil lalu terlelap.

_________________________________________________________

"Amboi,lamanya dia baring di atas katil.Adik,bangunlah",kata Zamri lalu mengejutkan Syuhada yang sedang lena dibuai mimpi."Pukul berapa?",tanya Syuhada dengan suara mamai."Pukul 7 dah.Bangunlah",kata Zamri.Lantas Syuhada bangun dari katilnya dan menuju ke arah bilik airnya.Tidak terkelip mata Zamri apabila melihat tindakan Syuhada yang terus sahaja menuju ke tandas."Pelik", bisik hati Zamri lalu beredar dari bilik Syuhada."Zamri,adik kamu dah bangun ke?",tanya Puan Zuraidah.Zamri mengganggukkan kepalanya."Penat sangatlah tu,adik kamu sampai tertidur",kata Encik Sabri."Mungkin juga ayah",kata Zamri."Nanti beritahu Syuhada yang Haikal,Taufiq dan Zera datang ke  rumah malam ni",kata Encik Sabri."Diaorang datang untuk apa?",tanya Zamri."Untuk candle light dinner",jawab Puan Zuraidah."Esok hari candle light dinner,so diaorang nak berbincang",sambung Puan Zuraidah.Zamri mengganggukkan kepalanya.Hairan,hanya pasal candle light dinner datang berbincang di rumah Syuhada.Aneh.Entah kenapa Zamri berasa hairan lalu menggarukan kepalanya yang tidak gatal."Ajak adik kamu solat berjemaah sekali",kata Encik Sabri.Zamri mengganggukkan kepalanya lalu bergegas ke bilik Syuhada.

*knock**knock*

"Apa?",tanya Syuhada dari dalam biliknya."Solat berjemaah sekali",jawab Zamri tanpa membuka pintu bilik Syuhada."Solatlah dulu.Adik hari ini special day",kata Syuhada."Okay.Ha,kawan-kawan adik nak datang tau nanti",kata Zamri."Siapa?",tanya Syuhada."Siapa lagi kalau bukan Haikal , Zera dan....",jawab Zamri yang sengaja menggantungkan ayatnya."Dan siapa?",tanya Syuhada lalu membuka pintu biliknya."Taufiq",jawab Zamri lalu melemparkan senyuman.Syuhada menggangkat  keningnya lalu mencubit pipi Zamri."Dah pergi solat",kata Syuhada lalu tersenyum seorang diri.Tersengih Zamri dibuatnya lalu beredar dari bilik Syuhada.Syuhada terus merebahkan dirinya di katil.Kenapa dan mengapa diaorang nak datang?Untuk apa?Jangan-jangan Haikal nak kenakan aku lagi.Syuhada terus bangun.Kalau dia kenakan aku,aku kena ajar dia cukup-cukup.Tapi,apa yang perlu aku kerjakan dia?Pukul dia?Sepak dia?Eh,gila ke?Aku waras lagilah.Tak mungkin aku nak berbuat begitu.Aku ni perempuan.Syuhada ketawa perlahan seorang diri.Syuhada pergi ke arah cermin."Nanti Taufiq datang,apa perlu aku buat?",tanya Syuhada lalu mengeluh.Dia terus beredar dari kamarnya lalu pergi ke ruang tamu.Dia mencapat remote control yang berhampiran  dengannya.Cerita apa ni?Macam tak seronok saja.Alang-alang aku menunggu diaorang datang ,lebih baik aku baca surat khabar.Syuhada terus mengambil senaskah surat khkabar iaitu Berita Harian lalu dibacanya."Syuhada,kejap lagi kawan kamu datang,pergi pakai tudung",arah Encik Sabri.Syuhada mengganggukkan kepalanya.Banyak persoalan yang berada di minda Syuhada.Apa?Kenapa?Mengapa?Syuhada menjadi binggung,yang lebih mengejutkan Syuhada adalah kedatangan Taufiq ke rumahnya.Oh no,tolonglah.Aku kena menghadap muka dia lagi?Naik rimas aku.

"Adik,kawan kamu dah sampai",kata Zamri.Syuhada terus memandang jam tangannya.WHAT!? Baru pukul 8 malam, dah datang?Semangat betul diaorang  ni."Okay,kejap",kata Syuhada lalu membetulkan tudungnya."Assalamualaikum aunty,uncle",kata Taufiq,Haikal dan Zera.Encik Sabri dan Puan Zuraidah melemparkan senyumannya."Jemputlah duduk dulu.Aunty suruh Syuhada buatkan air",kata Puan Zuraidah lalu meninggalkan mereka di ruang tamu."Dah siap",bisik hati Syuhada."Ha,Syuhada,pergi buat air untuk kawan-kawan kamu tu",arah Puan Zuraidah.Syuhada mengeluh perlahan lalu bergegas ke dapur."Okay,sekarang nak buat air apa?",tanya Syuhada seorang diri.Dia memandang ke arah meja makan di dapur."Air sirap?Haa,air bandung",bisik hati Syuhada lalu dia mengambil air sirap dan tin susu.Syuhada tersenyum seorang diri lalu membancuh air."Amboi,buat air sampai tersenyum-senyum",sakat Zamri sambil mencuci tangannya."Bila abang ada di sini?",tanya Syuhada dengan dahi yang berkerut."Laa,abang baru saja lalu.Nampak sangat berangan",kata Zamri lalu tersengih.Syuhada juga turut tersengih lalu menyediakan cawan dan diletakkan di dulang."Abang tolong bawa dulang ni",arah Syuhada."Bawa sendiri",kata Zamri lalu menjelir lidah.Syuhada berdengus lalu membawa dulang ke ruang tamu."Haaa,princess mama dah pun sampai",sakat Puan Zuraidah."Ibu ni",kata Syuhada lalu menuangkan air bandung di cawan.Taufiq memerhatikan Syuhada,diikuti dengan Haikal.Apabila Syuhada menggangkat kepalanya,perasaan malu mula menyerang."Jangan pandang aku macam tu boleh?",marah Syuhada lalu duduk di sebelah Zera."Perasan",kata Taufiq."Kauorang berbincanglah dahulu.Aunty and Uncle nak siapkan kerja sekejap",kata Puan Zuraidah lalu pergi ke dapur manakala Encik Sabri menyiapkan kertas kerjanya.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now