Bab 10

4.8K 177 0
                                    

Kata-kata Haikal masih lagi bermain di minda Syuhada.Meskipun, kejadian itu berlaku pagi tadi, ia masih tidak dapat melupakan.Aku memeluk bantal pelukku juga beruang patung kesayanganku dengan erat.Air mataku mengalir secara tidak langsung.Terkenang akan kejujuran Haikal kepadaku.Haikal dan aku dulu bersahabat baik sejak kecil lagi.Dulu , aku menganggap Haikal sebagai hero.Kenapa?Sebab Haikal selalu melindungi dan selalu bersamaku.Semasa aku memerlukannya, secara tidak langsung dia tiba pada waktu yang aku memerlukannya.Tetapi, hubungan persahabatan kami tidak kekal. Aku berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran di sini.Pada mulanya, aku takut untuk meninggalkan Haikal tetapi lama-kelamaan, aku menerima kenyataan yang aku akan berjauhan dengannya.Apabila aku mendengar penjelasan daripada Haikal, jantungku berdegup laju.Semakin aku mengingatinya , semakin erat aku memeluk bantal pelukku.Air mataku jatuh dengan derasnya.Mungkin. aku perlu rehatkan diri aku.Aku nak tidur.

-♡-

Yawn~Pukul berapa sekarang ni?Mana pula jam aku?Hm,pukul berapa ni?kabur pula mata aku ni.What?!Pukul 8! Kenapa tak ada orang kejut aku.Ishhhh!Eh,kenapa pula aku mengamuk petang-petang ni.Hmm,baik aku mandi dululah.Berminyak muka aku."Adik,bangunlah!",kata Zamri yang menyedari Syuhada baru saja masuk ke bilik air."Adik nak mandilah'',rungut Syuhada.Haih,kenapa pula dengan aku ni? Bendera merah ke?Lupakan sajalah.

Seperti biasa, Syuhada akan menonton televisyen.Hm,aku nak buat apa petang ni?Cerita spongebob aku terlepas.Terpaksalah aku membuat perkara yang berfaedah.Luangkan masa aku dengan melukis?Menari?Menyanyi?Ahh!Semuanya bosan.Telefon rumah Syuhada berbunyi. 

*ring ring* 

Syuhada tidak mengangkat panggilan tersebut kerana dia tahu abang atau ibunya akan mengangkat panggilan tersebut.

"Syuhada.Ada orang nak bercakap dengan adik",jerit Zamri."Baiklah.Adik angkat",kata Syuhada lalu mengangkat telefon rumahnya. 

"Assalamualaikum",sapa Syuhada."Waalaikummusalam",jawab seorang jejaka yang amat dikenali oleh Syuhada."Taufiq?",tanya Syuhada dengan penuh kepastian."Ye saya.Aku mengganggu?",jawab Taufiq."Tidak.Kenapa kau call aku malam-malam ni?",tanya Syuhada yang hairan."Kau free tak malam ni?",tanya Taufiq.Eh,budak ni.Aku tanya lain,kau tanya lain.Ada juga kena tampar dengan tangan aku yang molek ini."Free",jawab Syuhada."Cuba kau buka pintu",kata Taufiq.Eh?Dah kenapa lelaki poyo ni?Buang tabiat ke?"sebentar.Aku tutup telefon",kata Syuhada lalu mematikan panggilannya.Syuhada bergegas turun dan terus menuju ke arah pintu rumahnya."Adik nak pergi mana tu?",dengus Zamri."Adik di depan ni...je",kata Syuhada.Syuhada melihat di sekeliling depan rumahnya, tiada sesiapa pun di luar."Ish,bergurau pula",dengus Syuhada lalu masuk semula ke dalam rumah.Tiba-tiba ada satu suara yang sedang menyanyi membuatkan langkah Syuhada terhenti."Suara tu....",bisik hati Syuhada.Syuhada mendengar seorang jejaka yang bermain gitar sambil menyanyi.Suara itu amat dia mengenali.

-When I'm gone,when I'm gone,wohoo, 

You're gonna miss me when I'm gone, 

You're gonna miss me by my hair, 

You're gonna miss me everywhere , oh, 

You're gonna miss me when I'm gone.

"I'm here",kata Taufiq yang berjaya membuat kejutan untuk Syuhada."Apa semua ini?",tanya Syuhada yang berasa keliru."Kejutan",kata Taufiq."Hari ini bukan hari jadi aku",kata Syuhada."Saja nak gembirakan hati kau",jelas Taufiq.Syuhada yang masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Taufiq."Aku perasan kau sedih pagi tadi",sambung Taufiq.Syuhada terkejut apabila Taufiq mengetahui tentang isi hatinya."Mana ada",Syuhada menafikan."Jangan nak tipulah.Kau tahukan aku selalu renung mata kau?",kata Taufiq.Syuhada terperanjat kerana tidak sangka bahawa Taufiq selalu merenungnya dalam diam."Itu semua auta",kata Syuhada yang cuba meyakinkan Taufiq."Haha,terkejut kau",kata Taufiq."Mestilah.Tak sangka kau usha aku dalam diam",dengus Syuhada."Eh,kau fikir , aku ni ,nak usha kau ke?Jangan nak perasanlah.You are not my type",kata Taufiq lalu menjeling ke arahnya.Syuhada mengetap bibirnya kerana menahan geram."Kurang asam.Sudahlah,aku masuk dulu",marah Syuhada lalu meninggalkan Taufiq."Syuhada,aku sayang....kau",kata Taufiq.Malangnya,kata-kata Taufiq itu tidak didengari oleh Syuhada.Taufiq kecewa dengan kelakuannya tadi.Dia berasa sangat kesal."Maafkan aku",jerit Taufiq sekuat hati dan berharap Syuhada mendengar.What? You said you are sorry ? Ayat kau tu menyakitkan hati akulah! Syuhada mengedahkan Taufiq lalu merebahkan diri di atas katil."Syuhada,maafkan aku!",jerit Taufiq lagi.Taufiq berharap akan Syuhada membuka tingkap.Malangnya,Syuhada tidak memberi sebarang respon.Taufiq beredar dari rumah Syuhada.

Aku bukan jenis orang yang kau suka?Kau fikir, kau tu perfect?Fine.You are not my taste and aku tak akan suka mahupun jatuh cinta dekat Taufiq.Never!Apapun yang berlaku antara aku dengan kau itu semua kebetulan dan aku tak nak kau pun!Perasaan geram,kecewa dan sedih bercampur aduk.Air matanya bertakung di kelopak matanya tetapi malangnya, air matanya tidak dapat menakung air yang banyak di kelopak matanya.Air mata yang bertakung di mata Syuhada terus jatuh di pipinya.Bibirnya diketap,bantalnya dipeluk dengan erat.Rambutnya yang tidak terurus.Zamri yang lalu di bilik Syuhada terkejut melihat adiknya bersedih hati.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now