Bab 16

4.2K 154 0
                                    

"Kau okay?",tanya Taufiq."Kau tak nampak ke muka Syuhada tu ketat",dengus Haikal.Zera mengganggukkan kepalanya."A..Aku okay",jawab Syuhada.Lega hati aku apabila Taufiq tidak lagi rapat dengan Fatimah. Bukan soal cemburu ke dengki tau.Aku rimas tengok diaorang sebab entahlah.Susah nak explain.Biarkan Taufiq tak suka Fatimah asalkan Taufiq sentiasa bersama aku."Baguslah",kata Taufiq."Apa yang bagusnya?kau dah buat dia marah tadi",marah Haikal."Ha ah,lepas tu, datang sini , kau buat muka tak bersalah",kata Zera lalu menjeling Taufiq."Kau nak aku minta maaf?",tanya Taufiq.Zera mengganggukkan kepalanya.Haikal tersengih."Hey,my princess....",kata-kata Taufiq terhenti apabila Haikal menyampuk."She is my princess",kata Haikal dengan bangganya.Zera menggelengkan kepalanya."Syuhada is mine.So I'll be her prince and she will be my princess",kata Taufiq sambil memandang Syuhada."Hey,princess.Saya minta maaf.Saya langsung tak berniat nak buat awak marah",rayu Taufiq.Syuhada memandang ke arah Taufiq lalu tersenyum."It's okay",kata Syuhada."Fine.Zera jadi princess aku",kata Haikal lalu berdiri di sebelah Zera.Malu Zera dibuatnya."Yang penting Syuhada aku punya",kata Taufiq."Jangan nak perasan",keluh Syuhada."Aku sayang kau",kata Taufiq dengan perlahan.Terbeliak mata Syuhada mendengar kata-kata Taufiq.

"Kau cakap apa?",tanya Haikal."Dia cakap dia handsome",kata Syuhada."Perasan",kata Zera."So,candle light dinner nanti?",tanya Taufiq kepada Syuhada."Aku dengan Haikal",kata Syuhada sambil memandang Haikal.Haikal tersenyum apabila Syuhada memandangnya.Taufiq hanya memberikan senyuman kepada Syuhada seolah-olah senyuman palsunya."Aku dengan Iqwan yang handsome",kata Zera apabila Iqwan lalu disebelahnya.Langkah Iqwan terhenti apabila Zera menyebut namanya."Apa dia sayang?",tanya Iqwan sambil tersengih."Kau comel",jawab Zera.Merah muka Iqwan apabila Zera memujinya."Teman aku jumpa cikgu,boleh tak Zera?",tanya Iqwan yang sedang memegang buku English.Zera mengganggukkan kepalanya lalu beredar."Comel je diaorang",bisik hati Syuhada.

"Inilah Taufiq rupanya.Handsome",kata Shera.Fatimah mengganggukkan kepalanya."Kau nak apa?",tanya Taufiq."I nak you jauhkan diri you dari perempuan yang perasan cantik ni",kata Shera lalu menarik tangan Taufiq.Lantas Taufiq melepaskan tangannya yang ditarik oleh Shera."Kenapa?",tanya Haikal."Fatimah ni sesuai untuk Taufiq bukan perempuan tu",kata Shera dengan bangganya.Fatimah tersenyum lalu mengenyitkan matanya kepada Taufiq.Meremang bulu roma Taufiq.Tolonglah."Aku Syuhada",kata Syuhada."Tak kisahlah nama kau apa",kata Fatimah."Kalau aku tak nak jauhi Syuhada?",tanya Taufiq."I akan tarik tangan you dan bersama dengan Fatimah juga",ugut Shera."Oh,please.Apa hak kau?",tanya Haikal."Taufiq,hak aku!",dengus Fatimah."Sorry?",kata Syuhada."Kau cemburu?",tanya Fatimah.Syuhada menggelengkan kepalanya."Maaflah Fatimah,kau dah salah orang.Aku bukan hak kau dan aku tak pernah sukakan kau",jelas Taufiq sambil tersenyum.Fatimah mengetap bibirnya lalu tersentap."Memang aku sukakan Syuhada dan aku memang sayangkan Syuhada",jelas Taufiq lalu merenung mata Fatimah dengan tajam.Terkejut Syuhada apabila mendengar kata-kata Taufiq."Yes.Taufiq bukan kau yang punya tetapi Syuhada yang punya",jelas Haikal lalu memandang Taufiq.Taufiq tersenyum.Fatimah dan Shera terus beredar dari tempat mereka.

"Pandai kauorang berlakon",kata Syuhada sambil tersenyum."Well,kitaorang ni pelakon yang terhebat",kata Taufiq dengan bangganya."Aku nak pergi tandas",kata Syuhada."Nak ikut",kata Haikal."Gatal",kata Syuhada."Ala,tunggu kau dekat depan tandas je",kata Taufiq.Syuhada terus membuat memek muka."Jangan nak merepek",tegas Syuhada."Gurau jelah, sayang",kata Haikal dan Taufiq dengan serentak.Syuhada tertawa kecil.Haih, kauorang,kauorang suka sangat bagi aku ketawa. Thanks for everything Haikal , Taufiq and Zera.Tanpa kauorang , aku mungkin kesunyian dan tidak akan jumpa kawan seperti kauorang.Ya Allah, aku bersyukur untuk segala-galanya.Taufiq, thanks make me fall in love with you.Hmmm,sedih juga hati aku.Bersabarlah duhai hati .Semua yang berlaku pasti ada hikmah. Aku yakin.

Ikutkan hati, Syuhada memang nak ke tandas.Entah kenapa dia berubah fikiran untuk merayau.Maklumlah, fikiran serabut.Jadi,minda pun nak juga rasa tenang."Syuhada",sapa Shera.Syuhada menoleh ke kanan."Shera?",bisik dalam hati."Jangan ganggu Taufiq",kata Shera."Kenapa?",tanya Syuhada."Fatimah",jawab Shera.Dah kenapa dengan dia?Apa kaitan dengan aku?"Dia tak ada dengan kau pun",kata Syuhada."Aku tak nak Fatimah sedih",kata Shera dengan nada perlahan."Fatimah suka Taufiq?",tanya Syuhada."Ye",jawab Shera.Dia terasa dirinya seolah-olah kena tikam apabila mendengar kata-kata Shera."Kenapa?",tanya Syuhada lagi lalu mengajak Shera untuk duduk berhadapan dengan taman koperasi."Cara Taufiq sama macam ex-boyfriend dia",jawab Shera."Boleh kau cerita?",tanya Syuhada.Shera mengganggukkan kepalanya lalu menceritakan segalanya.Terkejut,tergamak dan serba salah terus menyerang Syuhada.Hatinya menahan perasaan sakit.Syuhada terkejut apabila Taufiq pernah meluahkan perasaannya kepada Fatimah tetapi malangnya,hatinya berubah dan sukakan kepada Syuhada.Ex boyfriend Fatimah ialah Iqwan iaitu pasangan Zera untuk Candle light dinner.

Syuhada memandang ke kerusi yang kosong.Matanya makin mengecil.Hatinya terus memberi kata-kata semangat supaya Syuhada menjadi kuat.Akhirnya,Syuhada mengambil keputusan untuk tidak menjauhkan dirinya daripada Taufiq.Shera merayu dan terus memujuk.Malangnya, Syuhada tetap dengan pendiriannya.Dia tak nak memutuskan persahabatan.Shera mengambil keputusan untuk mengalah dan meminta pertolongan daripada Syuhada agar Iqwan dan Fatimah bersatu semula.Syuhada tidak dapat mengganggukkan kepalanya ataupun menggelengkan kepalanya.Dia terus beredar dan meninggalkan Shera seorang diri.

_________________________________________________________

Loceng kelas sudah pun berbunyi menandakan sesi persekolahan untuk hari ini sudah pun tamat."Syuha....da",sapa Taufiq sambil tersenyum-senyum.Syuhada memandang muka Taufiq kemudian mengemas buku yang bersepah di atas meja."Kenapa dengan Syuhada?",bisik hati Taufiq."Bersepah buku kau",tegur Zera.Syuhada tersenyum."Syuhada ni, bersepah nombor 1, kalau nak mengemas hmmm terkedek-kedek dia buat",sakat Haikal."Amboi,Haikal",kata Syuhada lalu mencekak pinggangnya.Haikal tersengih."Mengata pula pakcik ni",kata Zera."Biarlah",kata Haikal.Syuhada terus meninggalkan mereka tanpa mempedulikan mereka bertiga.Haikal,Taufiq dan Zera berasa hairam dengan kelakuan Syuhada yang pergi tanpa berkata apa-apa.

Kenapa hati aku sakit sangat ? Astagfirullahala'zim. Astagfirullahala'zim. Kuatkan semangat Syuhada.Jangan menangis.Syuhada terus berjalan dengan laju."Syuhadaaaaaa",sapa Haikal.Syuhada tidak mempedulikan panggilan daripada Haikal.Haikal terus mengejari Syuhada lalu menarik beg Syuhada."Tunggu",kata Haikal dengan termengah-mengah."Kau kenapa ni Syuhada?",tanya Haikal.Mukanya berpeluh kerana mengejari Syuhada.Syuhada cepat-cepat menggelengkan kepalanya.Haikal mengecilkan matanya.Syuhada cuba menyakinkan Haikal tetapi Haikal masih tidak percaya."Janganlah buat aku risau",keluh Haikal."Jom pergi taman.Nanti aku beritahu",kata Syuhada.Hati Haikal semakin risau dengan keadaan Syuhada.Haikal mengganggukkan kepalanya lalu menemani Syuhada ke taman.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now