Bab 24

3.8K 142 0
                                    

Selesai sahaja mereka makan,mereka sambung semula perbincangan mereka tentang candle light dinner. Syuhada memandang Zera."Kenapa?'',tanya Zera lalu melemparkan senyuman."Tidak ada apa-apa",kata Syuhada lalu membalas senyuman Zera."Syuhada",sapa Haikal."Ye?",jawab Syuhada lalu menggangkat keningnya."Kitaorang nak balik dulu",kata Haikal.Syuhada memandang ke arah jam."Patutlah,sudah pukul 915 rupanya",bisik hati Syuhada."Jumpa malam esok",kata Taufiq."Esok cuti ke?",tanya Syuhada lalu menggarukan kepalanya.Zera mengganggukkan kepalanya."Yes!",jerit Syuhada.Terkejut Haikal dibuatnya."Janganlah gembira sangat",kata Haikal.Syuhada melemparkan senyuman kepada Haikal.Pada masa yang sama,Taufiq memandang ke arah Syuhada.Sayunya hati Taufiq nak tinggalkan dia nanti."Perlu ke aku pindah?",bisik hati Taufiq.Zera memandang ke Taufiq dan perasan dengan tingkah lakunya."Kau okay tak Taufiq?",tanya Zera.Taufiq memandang ke arah Zera lalu mengganggukkan kepalanya."Kitaorang balik dulu.Assalamualaikum",kata Haikal."Waalaikummusalam",kata Syuhada.Syuhada menutup pintu rumahnya.Tiba-tiba....."Syuhada",sapa Taufiq."Ye?",jawab Syuhada."Selamat malam",kata Taufiq lalu melemparkan senyumannya.Syuhada menundukkan kepalanya."Selamat malam",kata Syuhada lalu membalas senyuman Taufiq lalu menutup pintu."Lama betul adik tutup pintu",kata Zamri."Abang ni kan",kata Syuhada lalu mencubit pipi Zamri."Sakitlah",dengus Zamri."Whatever.I nak tidur dulu",kata Syuhada."Awal lagi",kata Zamri."Nak baca novel.Nak join sekali?",tanya Syuhada lalu menggangkat keningnya."Nak",kata Zamri lalu mereka bergegas ke bilik Syuhada.

*Di bilik*

"Bacalah novel yang mana abang suka",kata Syuhada lalu mengambil novelnya yang berada di katil."Abang baca komik",kata Zamri lalu merebahkan dirinya di katil.Syuhada melemparkan senyuman kepada Zamri.Dari dulu sampai sekarang,Zamri jarang membaca novel.Kalau baca pun, sebab terpaksa."Syuhada",sapa Zamri.Syuhada menggangkat keningnya."Kau suka Taufiq,bukan?",tanya Zamri.Terbatuk Syuhada dibuatnya."Minggu ni,minggu terakhir Taufiq",kata Zamri.Syuhada terus memandang tepat ke mata Zamri."Maksud abang?",tanya Syuhada dengan perasaan terkejut."Takut kau.Test saja",kata Zamri lalu tertawa.Syuhada terus memukul Zamri."Buat takut adik saja",kata Syuhada.

Syuhada betul-betul tidak tahu tentang Taufiq.Dia nak pindah minggu depan.Tak mungkin diaorang akan berjumpa.Lagipun, minggu depan cuti.Kenapa dia nak pindah time cuti? Haha.Tidak mungkin orang nak pindah semasa orang sibuk nak kerja,bukan?Entah ke mana Taufiq akan pindah.Zamri bermonolog seorang diri sambil melemparkan senyuman kepada Syuhada.Kesian kepada adiknya yang tidak tahu apa-apa.Tidak mengapa. Semua ini untuk kebaikannya.

"Kenapa pandang adik macam tu?",tanya Syuhada."Aku hairan",jawab Zamri."Kenapa?",tanya Syuhada."Apa yang best dengan novel?",tanya Zamri."Kau bacalah sendiri dan abang akan tahu apa yang seronok dengan novel",jelas Syuhada.Zamri mengganggukkan kepalanya.Nak harapkan Zamri yang baca ? Jangan haraplah. Dari dulu sampai sekarang, setia dengan novel."Adik,tak kisah berpasangan dengan Taufiq?",tanya Zamri.Syuhada membisu."Adik mesti tidak sangka,bukan?",tanya Zamri.Syuhada melemparkan senyuman."Mungkin juga ada sebab,kenapa dan mengapa diaorang mahu tukar pasangan.Tidak mengapalah.Adik faham.Mungkin sekarang diaorang sedang merahsiakan sesuatu daripada adik.Tidak mengapa.Adik akan tahu juga nanti",jelas Syuhada.Zamri tersenyum mendengar penjelasan dari adiknya.

"Adik masih menaruh harapan?",tanya Zamri."Kepada siapakah?",tanya Syuhada."Taufiq",jawab Zamri.Syuhada membisu.Entah kenapa,apabila dia mendengar nama Taufiq,hatinya begitu sedih.Syuhada mengeluh panjang."Abang, adik tidak tahu.Adik rasa adik sudah mula sukakan dia",kata Syuhada lalu menutup novel."Taufiq?Crush adik.Wow",kata Zamri dengan teruja."Maybe he is my crush", jawab Syuhada dengan perlahan."Buatlah yang terbaik kepada Taufiq.Percayalah.Dia sukakan adik",jelas Zamri lalu menepuk bahu Syuhada.Syuhada menggelengkan kepalanya."Dia sukakan Fatimah",kata Syuhada lalu menundukkan kepalanya.Zamri tersenyum."Fikiran kamu yang berkata begitu.Dia sukakan adik.Percayalah.Ego dia tinggi.Nak jaga penampilan dia.Siapa yanb tak mahu dengan Taufiq yang mempunyai rupa paras yang kacak?",jelas Zamri."Adik tak cantik sebab tu adik berani cakap yang dia sukakan Fatimah.Fatimah cantik,rambut yang perang,mata dia yang bulat dan putih gebu.Sedangkan adik,tidak ada rupa paras yang cantik seperti dia",jelas Syuhada.Air matanya mula jatuh ke pipi."Sayang,adik sudah cantik.Cuma adik tak yakin pada diri sendiri.Allah sudah cipta makhlukNya dengam keistimewaan masing-masing.Semua ciptaanNya cantik-cantik belaka.Cuma adik saja yang tidak sedar",jelas Zamri lalu mengusap kepala Syuhada.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now