Bab 13

4.2K 168 0
                                    

Pintu rumah Syuhada diketuk beberapa kali, Syuhada yang berasa sangat lemah terus menyarung tudungnya lalu bergegas ke pintu rumahnya.Oh,aku lupa.Ibu aku pergi kerja.Syuhada membuka pintu dan berasa terkejut apabila melihat Haikal di depan rumahnya."Kenapa tak datang Syu?",tanya Haikal dengan dahi berkerut."Aku tidak sihat hari ini",jawab Syuhada sambil terbatuk-batuk."Maaf,cepat sembuh Syu",kata Haikal yang melemparkan senyuman kepada Syuhada.Syuhada mengganggukkan kepalanya.Kebetulan, Taufiq lalu di rumah Syuhada.Ikut kata hati Taufiq ingin menziarahi Syuhada di rumah tetapi apabila melihat Haikal ada di depan rumah Syuhada, Taufiq terus berundur dan melupakan niatnya.Kecewa,cemburu dan marah semua bermain dengan perasaan Taufiq."Ish, merepek betullah",bisik hati Taufiq.

"Okaylah, aku balik dulu.Kalau dah sihat,datanglah esok",kata Haikal seperti ingin memberi semangat kepada Syuhada.Syuhada tersenyum apabila Haikal berkata begitu lalu Haikal beredar dari rumah Syuhada.Tiba-tiba, fikiran Syuhada memikirkan tentang seorang jejaka yang amat dikenali.Kejadian semalam membuatkan Syuhada semakin muram.Ah,macam mana aku nak hadap muka Taufiq dan Fatimah tu?Ei,Taufiq langsung tak layan aku macam dulu.Kenapa sibuk sangat dengan Fatimah tu?Jujur aku kata,dia memang cantik, menarik.Senang kata memang dia perfect pada luarannya!Mestilah dia ramai peminat.Mungkin dalam diam,Taufiq mungkin minat dia.Sakit betul hati aku.

Syuhada memang suka bercakap seorang diri.Kadang-kadang,zera kata dia gila sebab bercakap seorang diri.Syuhada terus merebahkan dirinya di atas sofa sambil menonton televisyen.Semasa dia menonton televisyen,dia berasa dirinya seolah-olah diperhatikan.Lantas Syuhada bangun menuju ke arah tingkap.

*knock knock*

Pintu Syuhada diketuk.Perasaan takut dan gementar membuat dirinya berfikiran yang negatif.Apabila Syuhada membuka pintunya,tiada sesiapa pun di depan rumahnya.Syuhada takut lalu menutup pintu tetapi pintunya di tahan oleh seorang jejaka.Ya Allah,siapa yang tahan pintu ni?Syuhada lantas menolak."Aduh",seorang jejaka mengaduhkan kesakitan.Syuhada terkejut lalu membuka pintu.Siapa pula dia ni?Rambut yang sedikit keperangan.Eh,tangan dia luka?Aduh,mesti dia tersepit tadi!Ya Allah, Syuhada, sabar."Awak okay?",tanya Syuhada yang terketar-ketar.Jejaka tersebut mendonggakkan kepalanya lalu menahan kesakitan.What?Taufiq?Apa dia buat dekat sini?Aduh,aku kena cari plaster ni."Eh,kejap",kata Syuhada lalu mengambil plaster di kotak kecemasan.Syuhada terus mengambil tisu yang basah lalu disapukan di tangan Taufiq.Taufiq hanya menahan kesakitannya."Maaf",kata Syuhada lalu meletakkan plaster."Tak apa",kata Taufiq sambil memandang lantai."Kau okay?",tanya Syuhada yang menahan perasaan sakit hati.Taufiq melemparkan senyuman lalu mengganggukkan kepalanya."Tadi aku ingat nak datang rumah kau tapi Haikal ada pula",kata Taufiq."Apa kena mengena dengan Haikal? Kau cemburu ?",tanya Syuhada yang kurang memahami kata-kata Taufiq."Kau dah sihat?",tanya Taufiq yang cuba mengubah topik.Syuhada menggelengkan kepalanya."Aku pergi dulu",kata Taufiq tanpa memandang muka Syuhada.Mata Syuhada terkebil-kebil melihat tingkah laku Taufiq yang tidak menentu.Pelik.Kenapa aku rasa berdebar dan senang hati apabila kau ada?Oh,jangan kata dia tu crush aku.No way!

Pada malam hari, Syuhada hanya memenuhi masanya dengan mendengar lagu.Tidak makan malam mahupun minum.Fikiran dan perasaannya masih lagi dilayan oleh Syuhada.Rasa keliru,buntu dan ego yang tinggi membuatkan kepalanya pening.Zamri terkejut melihat Syuhada.Kebiasaannya,dia belajar sehingga dia tertidur tetapi hari ini berbeza dengan hari sebelumnya."Syuhada,awak okay?",tanya Zamri lalu merebahkan dirinya di katil.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Taufiq",tiba-tiba saja mulutnya memanggil nama Taufiq.Berkerut dahi Zamri."Kenapa dengan dia?",tanya Zamri lalu memeluk patung beruang kesayangan Syuhada."Kenapa adik ada rasa cemburu dengan dia?",tanya Syuhada dengan nada yang perlahan.Zamri terkejut apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Syuhada."Adik cemburu?",tanya Zamri.Syuhada memandang ke arah Zamri lalu menceritakan isi hatinya kepada Zamri.Zamri mengusap kepala Syuhada dan menyuruhnya untuk tabah dalam pelbagai dugaan.

"Adik suka dia?",tanya Zamri.Soalan Zamri membuatkan mata Syuhada terbeliak.Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyukai lelaki poyo seperti Taufiq.Kalau hati aku cemburu dengan Haikal , tidak mengapa ini kan pula Taufiq.Adakah aku suka dia?Orang kata benci boleh bertukar kepada sayang.Aku tak nak sayang dia.Oh,tolonglah.Aku anggap Taufiq tu hanya sebgai kawan dan tidak lebih daripada seorang kawan.Dialah orang yang pertama yang aku kenal di sekolah menengah.Dialah orang pertama menolong aku.Tidak mungkin aku menyukainya.Sayang? Suka?Benci?Semua bercampur.Zeraaaaaa,kalaulah kau ada di sini.Aku nak beritahu semuanya.Semuanya tetang isi hati aku.Syuhada hanya mampu menggelengkan kepalanya.Keliru dengan perasaannya sendiri.Sedih bercampur aduk dengan kecewa.Kejamnya.

He is my crush ✅ [COMPLETED]Where stories live. Discover now