Syuhada membisu lalu memandang muka Zamri."Syuhada.Awak tu cantik",celah Puan Zuraidah.Terkejut Syuhada."Percayalah",kata Zamri lalu menghulurkan cermin."Tidak perlu hulurkan cermin",kata Syuhada lalu tertawa."Anak-anak ibu semuanya cantik dan kacak,pandai,baik.Awesome lagi",kata Puan Zuraidah lalu mengusap kepala Syuhada.Zamri mengganggukkan kepalanya."Tidurlah Syuhada.Awak perlu tidur sekarang",kata Puan Zuraidah lalu menyelimutkan Syuhada.Syuhada hanya mengganggukkan kepalanya lalu Puan Zuraidah beredar dari bilik Syuhada."Abang",panggil Syuhada lalu menarik tangan Zamri."Ye adik?",jawab Zamri."Terima kasih",kata Syuhada lalu melemparkan senyuman kepada Zamri."Sama-sama",kata Zamri lalu mengucup dahi Syuhada."Selamat malam",kata Zamri.Syuhada tersenyum lalu Zamri beredar.

-♡-

Zamri merebahkan dirinya di katil.Dia mengeluh panjang lalu menutup matanya perlahan-lahan.Kemudian dia membuka semula matanya .Ya Allah,kesiannya Syuhada.Apa yang harus ku lakukan.Entah ke mana Taufiq mahu pindah.Taufiq,aku merayu.Tolong ku ulangi tolong,tolong jangan pindah Taufiq. Syuhada er.Taufiq jangan pindah.Aku tak mahu adik ku bersedih.Zamri memandang ke arah kalender.Lagi 7 hari yang tinggal.Masa berlalu begitu pantas.Pejam celik pejam celik, Taufiq akan tinggalkan Syuhada.Apa yang perlu aku lakukan?Ah,sudahlah.Tahulah apa yang perlu Taufiq buat.Aku harap dia tak jadi pindah.I beg you,Taufiq.

*****

Pagi yang indah.Selamat pagi dunia.Syuhada bangun dengan riangnya.Dia memandang ke arah kalender lalu tersenyum seorang diri."Hari ini,candle light dinner",bisik hati Syuhada.Syuhada tersenyum tanpa henti.Gembira di hatinya mulai terasa.Ketawa seorang diri.

"Hari ini candle light dinner",jerit Syuhada lalu Syuhada lompat di atas katil."Tak sabar rasanya.Aku mahu mandi",kata Syuhada.Puan Zuraidah terus membuka pintu."Terkejut ibu tadi.Jerit bagai nak gila.Tak sabar ye?",kata Puan Zuraidah.Syuhada tersenyum lagi lalu mengganggukkan kepalanya."Tak sabar nak dengar ucapan daripada hero-hero saya",kata Syuhada."Kenapa yang?'',tanya Encik Sabri."Anak awak tak sabar candle light dinner",balas Puan Zuraidah.Syuhada tertawa."Sudahlah,adik mahu mandi dulu",kata Syuhada lalu melemparkan senyum."Ha,yela.Jangan dalam jamban pun tersenyum-senyum",kata Puan Zuraidah."Senyum itu sedekah",sakat Syuhada.Puan Zuraidah dan Encik Sabri beredar dari kamar Syuhada.

****

Ah,akhirnya,sudah selesai.Gembira rasa Syuhada hari ini.Entah kenapa aku gembira sangat hari ini.candle light dinner.Aku berpasangan dengan Taufiq.Er,Taufiq?

Ketika Syuhada bermonolog,matanya semakin mengecil lalu mengeluh.Biarlah dia.Pasangan baru aku untuk candle light dinner.Dulu aku juga yang harapkan dia jadi pasangan aku.Tak mengapalah.Syuhada tersenyum seorang diri.

*ring..Ring*Ah,siapa pula telefon aku pagi-pagi ini?Kacau daun betullah.Aku baru nak berangan.Ada saja yang nak kacau.Tak lain,tak bukan.Kalau bukan Taufiq yang telefon.Yela,aku baru lepas sebut dia.konfem lah dia.Rindu aku lah tu sampai telefon aku.Perasan sebentar.

"Assalamualaikum",sapa Syuhada.

"Waalaikummusalam Syuhada",jawab jejaka.

"Siapa ini?",tanya Syuhada.

"Tidak perlu tahu.Jumpa di depan rumah",jawab jejaka tersebut lalu mematikan panggilan telefon.

Er,rasanya bukan Taufiq tetapi siapa jejaka tadi?Ah,depan rumah?

Syuhada terus menyarung tudungnya lalu bergegas turun ke bawa dan membuka pintu rumah.Malangnya,tiada siapa pun di depan rumah.Syuhada menunggu kehadiran jejaka tersebut.Masih lagi tidak datang.Syuhada mengalah lalu berpatah balik untuk masuk ke rumah tetapi langkahnya terhenti apabila bunyi gitar di mainkan.

" There are no words
To paint a picture of you, girl",jejaka tersebut mula menyanyi

Langkah Syuhada masih terhenti.Terasa mahu pusing ke belakang.Entah kenapa Syuhada rasa berdebar.Tangan dia semakin sejuk dan terasa mahu pengsan.Siapa yang menyanyi tu?

Your eyes, those curves
It's like you're from some other world

Syuhada mengetap bibirnya.Ya Allah,kenapa aku rasa lemah sangat nak pusing ke belakang.Akuu cuma nak tahu,siapa yang menyanyi.Lagipun,dia bukan makan manusia.Aku kena kuat.Syuhada memejamkan matanya.Tolonglah beritahu nama,siapa?

You walk my way

Oh God, it's so frustrating
So why do I disappear when you come near
It makes me feel so small
Why do I blow my lines

Suara jejaka ni,tidak sama seperti Taufiq.Adakah dia ni Taufiq ataupun orang lain?Ah,tolong aku.Kenapa aku masih lagi tak boleh pusing ke belakang?Kenapa Syu? Kenapa?

Most every time, like I got no chance at all. "

If I could be a superman
I'd fly you to the stars and back again

Superman? Merapu apa pula dia ni? Lagipun , Superman terbang sana sini.Kau boleh terbang ke? Rasanya,kalau kau terbang sudah tentu kau jatuh.Memang jatuh bergoleklah kau dengan kain tuala yang kau ikat di leher. Terlampau comel.Syuhada tersengih seorang diri.

'Cause every time you touch my hand
You feel my powers running through your veins

But I can only write this song
And tell you that I'm not that strong

Syuhada,kau perlu pusing ke belakang.Kau cuma nak tahu siapa yang menyanyi dan bukannya nak memaki.Sejak bila pula aku reti memaki.

'Cause I'm no superman
I hope you like me as I am

"Syuhada",sapa jejaka tersebut.

Syuhada membuka matanya perlahan-lahan lalu memusing ke belakang.Kepalanya tertunduk dan dia masih lagi tidak tahu siapa jejaka tersebut.

 Siapa yang telefon Syuhada sebentar tadi?Kenapa dan mengapa dia menyuruh Syuhada berjumpa jejaka tersebut di depan rumah.Siapa yang bermain gitar?Pasti anda berdebar bukan?

He is my crush ✅ [COMPLETED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon