EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali

Start from the beginning
                                    

" Siapa pun adik, adik tetap adik abang selamanya. Mama tak sepatutnya buat adik macam ni. " Sampuk Hafiz. Dia terlalu sayangkan Rasya dan tak mungkin dia akan membuang Rasya dalam hidupnya .

Rasya bangun dan terus berlari ke arah abangnya. Tubuh sasa abangnya di peluk erat.
" Tolong pujuk mama supaya tak buang Asya. Asya sayang mama... "

Hafiz mengusap kepala Rasya dengan lembut .
" Abang akan cuba. Sekarang adik pulang lah. Janji dengan abang yang adik tak akan menangis macam ni lagi ya ? . " Rasya mengangguk laju lalu dia mengucap terima kasih pada abangnya.

Rasya mengambil bagasinya dan memimpin tangan Firash.
" Kita balik ya ? " Ajak Rasya .

Firash menggeleng.
" Benda belum settle. Abang taknak mama buang sayang. "

Bibir Rasya mengukir senyuman.
" Tak apa. Kita balik dulu. Rasya penat dah ni. Kesian baby dalam perut ni. " Rasya mengusap-usap perutnya.

Firash mula berlembut hati bila menyebut hal bayi. Mereka terus melangkah keluar dari rumah agam itu. Itulah kali terakhir Rasya berjumpa dengan Puan Sri Mariam.

Sejak kejadian itu, Puan Sri Mariam lebih suka mengurung dirinya di dalam bilik . Sesekali Firash akan datang menjenguk tetapi keadaan Puan Sri Mariam masih sama.

" Sayang ? Abang bercakap dengan dia, dia boleh mengelamun pulak. " Firash menggeleng kepalanya perlahan. Rasya tersedar dari lamunan.

" Abang cakap apa tadi ? " soal Rasya sambil dahinya dikerutkan.

" Anak kita sihat ? " soal Firash sambil tangannya mengusap perut Rasya dengan lembut. Tidak sabar rasanya mahu menunggu kehadiran orang baru.

" Sihat. Tunggu hari je baby akan lahir di dunia ni kan bang? " kata Rasya. Firash mengangguk.

" Terima kasih sayang untuk segalanya. Pahit manis semuanya kita lalui sama-sama. Abang rasa bertuah sangat dapat sayang. " Firash mengucup pipi isterinya kejap. Rasya tersenyum bahagia. Dia juga bersyukur kerana di anugerahkan suami seperti Firash.

" Walaupun Asya tak ingat sepenuhnya siapa abang, tapi Asya tetap akan sayang abang sampai hujung nyawa Asya. Sebab abanglah nyawa Asya. Tanpa abang, Asya tak akan mampu jadi kuat seperti sekarang. " Rasya memeluk tubuh suaminya dengan erat. Kepalanya di letakkan di bidang dada suaminya.

" Abang suami sementara Asya, Abang pinjaman Allah buat Asya. Abang segalanya buat Asya. Asya sayang sangat dekat abang. " Ucap Rasya dengan penuh bahagia. Firash mengucup ubun-ubun isterinya. Tangannya masih mengusap perut isterinya.

Keadaan menjadi senyap seketika. Rasya memandang wajah Firash lama.
" Abang, Asya rasa dah tiba masanya... "

Firash berkerut dahi.
" Tiba masa apa ? Sayang, jangan macam-macam. " Firash mula risau melihat wajah isterinya sudah berpeluh.

" Baby nak keluar ! " jerit Rasya sekuat hati. Wajah Firash mula pucat.

" Sayang, kenapa awal sangat ni? Sayang beranak lah esok, ni dah malam. " Firash cemas. Dia tidak tahu mahu berbuat apa.

Paha Firash ditepuk kuat.
" Abang cepat panggil ibu ! Sakit ni ! " ujar Rasya sambil menahan sakit.

Tanpa berfikir lama, Firash mencempung tubuh isterinya. Rasya terjerit kecil. Rasya di masukkan ke dalam kereta. Puan Katrina pula kelam-kabut mengambil barang bayi dan mengunci pintu rumah.

" Ibu cepat ! Rasya dah nak terberanak dah ni. " Jerit Firash dalam keadaan cemas. Berpeluh satu badan.

" Iya sekejap lah. Kamu ni semua suruh ibu buat. " Geram Puan Katrina dibuatnya. Mahu cepat tapi langsung tidak mahu membantu.

Selesai semuanya, kereta terus pecut keluar dari pengkarangan rumah.



•••••

Allahu ayat berterabur HAHAHHAHA. Jangan ambil serious sangat. Asalkan korang faham, cukup dah. hekhek. Sorry kalau ada typo. Okey dah nak habis. yehaaa hewhew Happy reading gais ! 🙆🏻 Jumpa bab seterusnya akan datang. Eh anak Firsya dah nak lahir 🙊 Boy or girl ya ? uhusk! 👶🏻

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now