Chapter 18 : Let Me Help Her

Start from the beginning
                                    

"Y-Ya. Kenap—"

"Kawan baik Jimin kan?" Soalnya lagi memotong percakapan aku. Nadanya masih kedengaran dingin.

"Ya."

"Bagus. Aurora meracau tak tentu pasal. Dah dua hari dia tak makan."

Otak aku cuba memproses segala ayat yang dituturnya bagi mengenalpasti siapa yang sedang bercakap dengan aku ketika ini.

Cara dia menjelaskan keadaan Aurora seperti dia langsung tak risaukan keadaan gadis itu. Tiada nada risau atau takut dan sebagainya.

"Saya harap awak dapat datang untuk pujuk dia. Ini permintaan omma saya. Saya malas dengar perempuan tu meracau cari orang yang dah tak ada."

_____________________

Aku menarik handbrake kereta dan memandang kawasan perkarangan rumah yang langsung tak pernah aku jejaki. Ini kali pertama.

Setelah memastikan aku berada di kawasan rumah yang betul dengan menggunakan lokasi yang sempat di hantar oleh wanita yang menelefon aku tadi, aku terus keluar dari perut kereta. Hujung baju t-shirt hitam yang aku pakai aku kemaskan. Langkah aku buka menuju ke pintu utama. Loceng aku tekan sehingga mengeluarkan bunyi.

Telinga aku menangkap bunyi derapan kaki yang pantas dari dalam rumah mendekati pintu dimana aku sedang berada. Samar-samar kedengaran suara seorang perempuan yang menahan empunya derapan kaki tadi.

Sedar-sedar saja pintu itu dibuka dengan pantas sehingga membuatkan bahu aku sedikit terhinjut kerana terperanjat. Wajah Aurora yang kelihatan teruja menyapa pandangan aku. Namun sebaik sahaja dia menyedari aku siapa, wajahnya mengendur.

"J-Jungkook?" Matanya membulat melihat aku. Aku hanya diam tanpa membalas. Senyuman kecil aku ukirkan kepadanya.

Dia nampak... Lain.

Dia melihat ke arah belakang aku. Mencari bayangan manusia lain selain diri aku. Wajahnya bertukar hampa.

"Mana Jimin?" Soalannya membuatkan hati aku direntap perasaan sayu. Mata Aurora berkaca seketika. Bibir aku terketar-ketar mahu menjawab namun satu suara membantutkan niat aku.

"Ah, Jungkook kan?" Seorang wanita muda yang umurnya mungkin tidak jauh dari umur aku menegur. Dia mengukir senyuman nipis untuk aku. Aku membalas dengan anggukan bersama segaris senyuman.

"Angela..." Tiba-tiba Aurora memusingkan tubuhnya menghadap gadis tadi. Oh, jadi ini Angela yang pernah Jimin ceritakan?

"Angela kata Jimin akan datang... Tapi mana?" Aurora menatap kakaknya itu dengan pandangan sayu. Angela membuang pandangannya ke arah lain. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia mengalihkan perhatian terhadap aku semula.

"Jemput masuk, Jungkook."

"Angela tipu! Kenapa semua suka tipu Aurora?!" Aku sedikit tersentak apabila Aurora meninggikan suaranya. Airmata juga sudah membasahi pipinya. Badannya dipusing kasar sebelum dia berlari menaiki tangga ke tingkat atas. Pintu dihempas kuat.

Aku masih terkaku. Kaki aku masih tak bergerak dari tempat asal.

"Maaf. Aurora... Macam itulah. Sejak berita pasal mendiang Jimin keluar, perangai dia berubah drastik macam tu. Dia tak nak percaya yang Jimin dah meninggal." Kakak Aurora yang bernama Angela itu bersuara. Matanya pantas dilarikan ketika mata aku bertemu dengannya. Dia memusingkan tubuh lalu menuju ke ruang tamu.

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraWhere stories live. Discover now