Chapter 11 : She's Changed

3K 588 95
                                    

Bunga Lily yang berada digenggaman aku pandang kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunga Lily yang berada digenggaman aku pandang kosong. Tangan kiri aku yang tidak memegang apa-apa bergerak menyentuh rantai yang tersangkut di leher. Tekak aku terasa sakit menahan perit setelah berhabisan melepaskan tangisan aku tadi. Tangan aku menggigil.

Aku memandang keranda di mana tubuh kaku appa diletakkan. Aku merasakan apa yang aku lihat ini hanya mimpi. Tidak percaya bahawa tubuh kaku yang berada disitu sebenarnya tubuh appa. Sungguh, ini mengejutkan.

Dapat aku rasakan sepasang tangan menarik tubuh aku lembut ke dalam dakapannya lalu direhatkan kepala aku pada dadanya. Rambut aku dielus lembut lalu diberikan kucupan ringan disitu dengan harapan agar dia dapat menyalurkan sedikit kekuatan kepada aku.

"Tolong bersabar okay? Appa kau mesti tak suka tengok kau sedih macam ni." Gumam Jimin perlahan. Aku menyembamkan wajah aku kedadanya sebelum esakan kecil terbit dari bibir aku. Tangan aku bergerak melingkari pinggangnya lalu menggenggam tepi baju kemeja hitamnya. Pelukannya pada tubuh aku dieratkan apabila telinganya menangkap bunyi esakan aku.

Angela sedang memeluk omma di sebelah aku dan Jimin. Dia cuba menenangkannya walhal dirinya sendiri tidak dapat berhenti dari mengalirkan airmata sejak tadi. Taehyung hanya berdiri dengan kepala tertunduk di sebelah Angela. Sebelah tangannya bergerak mengusap lembut di belakang Angela.

"Appa dah tak ada, Jimin." Kata aku perlahan didalam pelukan Jimin. Jimin diam seketika. Hanya tangannya yang bergerak mengusap rambut aku.

"Omma masih ada. Tolong kuat untuk omma kau okay?"

____________________


"Jimin, kamu tolong pujuk Aurora makan boleh? Dari semalam dia tak jamah apa-apa. Ahjumma risau."

"Nanti Jimin cuba."

"Ahjumma risau kalau keadaan Aurora makin teruk. Kamu pun tahu kan?"

Aku menangkap bunyi keluhan kecil dari Jimin. Perbualan mereka begitu jelas di telinga aku walaupun mereka berada di luar bilik dan aku berada didalam. Pintu bilik aku bertutup dan berkunci. Pelawaan omma untuk mengajak aku makan aku tolak sejak semalam.

Aku masih perlukan masa untuk menghadam semua ini. Aku perlu memaksa diri aku untuk menerima ketentuan Tuhan namun... masa. Aku perlukan masa.

______________________


Jimin membuka pintu bilik Aurora dengan kunci pendua yang dia dapatkan dari Puan Park. Sebelah tangannya mengangkat dulang yang berisi makanan dan sedikit ubat yang perlu diambil Aurora.

Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik sebaik sahaja kunci berjaya dibuka. Apabila tidak menerima penolakan dari Aurora, Jimin terus masuk ke dalam bersama dulang di tangan. Aurora yang berbaring mengiring dengan tangan memeluk bantal dipandang. Jimin mengeluh kecil.

"Aurora, makan okay? Dah seharian kau tak makan." Jimin cuba memujuk. Aurora hanya diam tidak menjawab. Matanya terbuka namun matanya memandang kosong kearah dinding. Langsung tidak beralih ketika Jimin masuk kedalam biliknya tadi.

"Auro—"

"Keluar."

Jimin sedikit tersentak apabila satu patah perkataan itu keluar dari mulut Aurora. Dia terkejut kerana ini pertama kali Aurora menolak kehadirannya.

"Okay, tapi kau kena makan okay?" Jimin masih cuba memujuk. Matanya memandang Aurora dengan pandangan sayu. Sedih apabila melihat keadaan Aurora yang lain daripada kebiasaannya.

"Keluar, Jimin."

Sekali lagi Jimin mengeluh. Dulang yang dipegangnya diletakkan pada meja di sisi katil milik Aurora. Dengan berat hati dia membuka langkah mahu meninggalkan Aurora sendirian di situ.

Baru sahaja Jimin memusingkan tubuh, dia tersentak apabila kelibat Angela bersama teman lelakinya berada di muka pintu. Mata Jimin sedikit membulat. Wajah dingin Angela membuatkan Jimin risau. Dia tahu apa yang Angela sedang fikirkan.

Belum sempat dia melarang Angela dari membuka mulut, Angela sudah bersuara terlebih dahulu.

"Jimin dah suruh kau makan tu makan jelah. Bukan susah pun nak makan." Ujar Angela dengan nada dinginnya. Jimin menipiskan bibir. Matanya bertentang dengan sepasang mata milik Angela. Kepala digeleng kecil dengan harapan agar Angela faham akan maksudnya.

"Kau nak harap siapa yang pujuk kau makan? Appa?"

"Angela." Taehyung yang berada di sisi Angela menyentuh lembut lengan gadis itu. Matanya menatap serius pada wajah Angela namun hanya diendahkan oleh gadis itu.

"Tak payah nak meratapi sangat. Bukan kau seorang yang sedih. Ramai lagi. Aku, omma, Jimin—"

"Angela Park." Kali ini Jimin yang bersuara.

"Kau tahu tak perangai kau macam ni yang buat appa sampai jatuh sakit jaga kau? Tak payah nak buat banyak perangai sangatlah, Aurora."

Pang!

Semua yang berada disitu terkejut termasuk Jimin. Badannya dipusingkan memandang dulang makanan tadi yang sudah selamat mendarat di atas lantai. Matanya beralih kepada Aurora yang duduk di birai katil dengan wajah yang cukup menggerunkan untuk dilihat.

Dingin. Ekspresi wajahnya begitu dingin dan terpancar api kemarahan disitu.

Ini bukan Aurora yang dia kenal.

"Enough, Angela." Taehyung menegur tegas. Tangannya menarik lengan Angela dengan sedikit paksaan namun Angela mengeraskan diri. Matanya mencerlung tajam ke mata Taehyung apabila lelaki itu cuba menariknya keluar dari situ.

"Awak tak payah nak tolong dia." Taehyung kerutkan dahi. Tidak pernah dia melihat Angela emosi dan marah sebegini.

"Awak dah melebih tahu tak? Dia masih sedih. Tak perlu cakap sampai macam tu sekali dengan dia." Tegur Taehyung. Anak mata Angela bergetar. Dia menatap lama sepasang mata tajam milik Taehyung sebelum tawa sinis keluar dari bibirnya.

"Are you trying to help her?" Soal Angela sinis sambil menatap Taehyung tidak percaya. Taehyung mengetap rahang.

"Baguslah. Semua backup perempuan tu! Perempuan yang tahu menyusahkan! Perempuan tu yang sebenarnya patut mati dulu, bukannya appa!"

Dalam sekelip mata, Aurora sudah membuka langkah merapati Angela lalu menancapkan jarinya ke leher Angela dengan agresif. Melihat Angela yang mula kepayahan untuk bernafas, cengkamannya pada leher Angela semakin dikuatkan.

"Ya tuhan, Aurora!" Jimin yang sempat terpaku dengan tindakan Aurora terus mendekat cuba menarik Aurora dari terus mencekik leher Angela.

"Aurora, kenapa ni sayang!" Puan Park yang baru tiba dan sedar dengan apa yang sedang berlaku sudah mengalirkan airmata apabila melihat perkara yang dilakukan Aurora terhadap Angela.

Cubaannya untuk membantu Jimin agar Aurora melepaskan cengkamannya pada leher Angela hanya sia-sia apabila Aurora bertindak menolak Puan Park sendiri sehingga jatuh tersungkur di atas lantai. Bibirnya bergetar melihat Aurora yang berteriak frustasi apabila Angela berjaya dilepaskan dari cengkamannya. Mata Puan Park berkaca melihat keadaan Aurora yang kacau.

Gadis itu seolah-olah bukan Aurora Park yang mereka kenal lagi.

__________________

selamat hari raya semua! 💗 stay tuned ❣️

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraWhere stories live. Discover now