Chapter 16 : Want To Try Mine?

2.7K 468 293
                                    

"Jimin, tolong terima Seulgi eh?"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Jimin, tolong terima Seulgi eh?"

"Dah lama aku tengok Seulgi tu sukakan kau. Mesti dia gembira kalau kau jadikan dia girlfriend."

"Tsk, mengada betul kau ni ya?" Jimin mengangkat wajahnya. Menatap sepasang mata bulat milik Aurora yang turut sama menatap dirinya.

"Dia perlukan sokongan dari orang yang dia sayang tau. Kesian dia aku tengok..." Riak muka Aurora menjadi sedih. Simpati dengan nasib yang menimpa gadis bernama Seulgi itu yang baru sahaja kehilangan kedua ibubapanya.

"Nanti dia depression macam mana?"

"Kau overthink sangat ni, Aurora. Aku tengok dia okay je. Dia reda dengan ketentuan Tuhan."

"Tapi kita mana tahukan apa dalam hati dia? Perempuan ni lemah. Dia perlukan semangat dari seseorang supaya dia tak give up untuk hidup." Jimin melepaskan keluhan. Aurora mengedipkan mata apabila mendengar keluhan Jimin. Dia telah membuatkan lelaki itu marahkah?

Perlahan-lahan Jimin mendongakkan wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibir separa bengkaknya. Dagu Aurora dicuit lembut.

"Nanti aku fikirkan okay."

_____________________

"Temanlah."

Jimin tersentak sebaik sahaja aku menampar lembut tangannya.

"Orang lelaki date takkan nak minta teman? Bodoh."

"Ish. Malulah." Aku juihkan bibir. Merajuk kononnya. Jimin cadangkan aku supaya bawa Aurora jalan-jalan release tension petang nanti atau disebut sebagai 'date'. Tapi aku malu bila guna istilah 'date' ni, kalau jalan-jalan saja okaylah. Tak faham? Abaikan.

'Date' dengan 'jalan-jalan' lain ya. Aku nak minta tolong dia temankan aku 'date' dengan Aurora nanti. Orang lelaki minta teman dengan kawan lelaki dia pergi date dengan perempuan. Pernah dengar? Okay, jangan gelakkan aku. Psh.

"Gentleman lah sikit. Cakap diri tu lelaki. Mana kelelakian kau?" Jimin menduga. Aku jeling dia.

Aku tunjuk 'kelelakian' sebenar nanti baru tahu.

"Kau tak malu ke dengan Aurora? Kau ajak dia date tapi kau bawa aku sekali? Selalunya perempuan yang bawa kawan perempuan dia. Ni lelaki." Yoongi yang duduk dekat sebelah aku tak dapat tahan gelak dan akhirnya melepaskan ketawanya dengan kuat. Dari tadi dia tahan diri dia dari gelak sebab nak jaga muka cool dia tu.

"Aku dengan Jimin jadi spy je nanti okay? Kami perhati kau dari jauh."

"Hm, yelah."

______________________

"Apa angin awak tiba-tiba ajak saya keluar ni." Aku tersenyum kekok dan menggosok belakang tengkuk aku.

"Saja. Nak hilangkan stress." Aurora mengemam bibir dan angguk. Dia tundukkan pandangan ke tanah.

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang