Chapter 5 : She's Come Back

3.1K 600 56
                                    

Aku masih ingat pada pagi itu, aku diminta oleh pengetua sekolah untuk berjumpa dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku masih ingat pada pagi itu, aku diminta oleh pengetua sekolah untuk berjumpa dengannya. Aku sudah merayu kepada pengetua untuk tidak memberitahu omma, tetapi dia kata omma perlu tahu kerana ini berkaitan nyawa orang. Aku sudah mencederakan orang lain dan hampir sahaja membunuhnya.

Seperti biasa, omma akan pasrah dan yang terdengar hanya keluhan dari bibirnya apabila mengetahui aku masih tidak berubah. Walaupun tidak seteruk dulu. Pasti selepas ini dia akan memaksa aku untuk mengambil ubat.

Pada hari itu juga, aku ada bertembung dengan Jungkook namun aku langsung tidak memandangnya. Aku cuba mengabaikan dirinya kerana aku tahu dia pasti membenci aku.

Selepas kejadian itu, beberapa hari aku tidak menghadiri kelas kerana omma memaksa aku untuk berjumpa dengan doktor pakar psikiatari kerana memang aku ada temu janji dengannya. Hanya sehari itu saja sebenarnya temujanji aku namun aku sengaja tidak hadir lagi kerana mahu mengelak dari berhadapan dengan semua orang.

Aku masih belum bersedia. Aku memberi alasan kepada mama kerana mahu menenangkan diri terlebih dahulu. Tapi ya memang betul, aku memang mahu menenangkan diri sekaligus. Aku risau jika ada makhluk lain di sekolah yang akan melakukan hal yang sama seperti Hyomin dan berakhir di hospital kerana angkara aku.

_______________

Jimin yang begitu asyik menikmati makan tengaharinya merasa terganggu apabila sepasang mata sedang merenungnya sedari tadi. Lantas dia mengangkat wajah lalu menjungkitkan kening.

"Kau kenapa pandang aku?" Jimin menyoal pelik. Jungkook masih menatap Jimin dengan mulutnya mengunyah makanan. Seulgi yang berada di sebelah Jimin turut memandang riak wajah Jungkook.

"Tak boleh ke?" Soal Jungkook. Jimin tergelak sinis. Kepalanya menggeleng kecil.

"Seram kau tahu?" Seulgi yang sudah faham dengan keakraban kekasihnya dan juga Jungkook sekadar tersenyum.

"Jimin, saya order cappuccino milkshake dulu ya? Tiba-tiba tekak teringin." Seulgi tersengih. Jimin hanya tersenyum seraya mengangguk. Jungkook hanya menatap kelibat Seulgi yang sudah menjauhi mereka.

"Aku tahu kau ada nak tanya aku, Jungkook." Jimin terus bersuara. Dia tahu Jungkook ingin bertanyakan sesuatu namun tidak selesa dengan kehadiran Seulgi. Sekiranya Jungkook menatapnya seperti tadi dia sudah faham lelaki itu ingin bertanya sesuatu kepadanya.

"Aku cuma nak tanya macam mana dengan Aurora." Jimin mengerutkan dahi. Wajah Jungkook dipandang tidak percaya.

"Maksud?" Jungkook memutarkan bola matanya. Mahu saja diketuknya kepala Jimin agar tidak bertanya soalan bonus.

"Aurora okay ke tak? Yelah, dah berapa hari dia tak datang sekolah. Mana tahu ada apa-apa jadi dekat dia." Jungkook meneruskan suapannya. Jimin memandang Jungkook pelik. Tangannya sebelah menongkat dagu.

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraWhere stories live. Discover now