Chapter 8 : You Shouldn't Do That

3.1K 565 100
                                    

Sumpah aku kata kekasih Angela ini betul-betul manja dan mengada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sumpah aku kata kekasih Angela ini betul-betul manja dan mengada. Apa perangainya akan jadi sebegini setiap kali dia sakit?

Ketika dia meminta aku untuk menyuapkannya tadi, aku masih mampu bersabar dan cuba tabahkan hati kerana memang salah aku kerana menolongnya dari awal. Namun permintaannya semakin melebih aku rasa.

"Jauh sangat awak suap saya. Duduklah dekat tepi saya ni."

"Tak boleh ke letak lada dalam bubur ni? Tak best lah tak ada rasa pedas."

"Susu ni dah sejuklah. Tak elok kalau saya minum."

Ya tuhan. Andai saja aku boleh putarkan masa...

Dan lagi satu. Aku belum buta untuk tidak menyedari pandangan Taehyung terhadap aku sejak tadi. Selama aku menyuapinya, matanya itu tidak lepas dari merenung aku sehingga aku menjadi segan. Aku buat tidak tahu sahaja dan cuba menahan hati.

"Omma dengan Angela balik pukul berapa ya? Saya tak nak mereka fikir yang bukan-bukan bila nampak saya ada dekat sini." Aku berkata.

Taehyung menelan bubur yang dikunyahnya lalu menjawab, "Angela tak bagitahu awak ke?"

Aku naikkan kening.

"Mereka tak akan balik malam ni. Masih banyak yang perlu diselesaikan di sana."

Oh tidak. Sumpah aku rasa seperti mahu lari daripada Taehyung sekarang. Jadi aku HARUS berdua dengan Taehyung semalaman ini?

"Awak janganlah takut dengan saya. Angela pun dah bagi warning. Lagi pun saya bukannya orang jahat." Taehyung mencebikkan bibirnya. Mungkin dapat dibacanya riak wajah aku tadi.

"Lepas makan ubat nanti awak tidur ya." Ujar aku sebelum meletakkan mangkuk yang sudah licin isinya itu ke atas meja.

Taehyung hanya menurut arahan aku lalu menelan setiap ubat yang aku beri. Sempat dibacanya nama ubat-ubat tersebut. Risau agaknya jika aku terbagi ubat yang salah.

Selesai meletakkan semula semuanya ke atas dulang, aku bangkit daripada birai katil lalu mengangkat dulang tersebut.

"Aurora." Aku menoleh ke arah Taehyung. Taehyung mengukir senyuman manisnya.

"Thanks." Aku turut melemparkan senyuman lalu mengangguk. Entah dimana silap aku. Dengan keadaan bilik Taehyung yang agak malap, kaki aku telah tersadung pada permaidani lalu aku terjatuh seperti dugong terdampar di pinggir pantai.

"Ommo! Aurora tak apa-apa ke?" Taehyung tergesa-gesa mendapatkan aku tanpa melihat apa yang bakal dipijak oleh kakinya. Aku juga tidak tahu sama ada Taehyung itu buta atau bebal atau dia betul-betul panik sehingga dia turut terjatuh.

Aku memejamkan mata apabila tubuh Taehyung rebah ke atas aku. Dapat aku rasakan tubuh aku terjatuh ke belakang dengan agak kuat. Jantung aku mengepam darah dengan pantas.

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraWhere stories live. Discover now