Chapter 4 : It's Not Your Fault

3.2K 648 86
                                    

"That's all for our class today

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"That's all for our class today. Thank you."

Aku menarik nafas lega sebelum mengeluarkan kerja rumah Fizik yang belum aku selesaikan. Bukan tidak siap langsung, cuma masih ada yang kosong. Aku tahu Sir Chen itu pantang bila pelajar dia tinggalkan jawapan kosong. Biar salah, asalkan mencuba katanya.

Dalam pada aku sibuk menulis jawapan di atas buku Fizik aku, ekor mata aku menangkap kelibat seseorang menarik kerusi di sebelah aku sebelum duduk di situ. Tangannya menongkat dagu dengan matanya menatap aku.

"Aurora. Boleh tak kau tolong aku?"

Ah, ini mesti perempuan Hyomin itu. Perempuan yang menyebalkan.

"Apa?" Soal aku tanpa memandangnya. Tangan masih ligat menulis jawapan. Aku perasan cuma kami berdua di dalam kelas sekarang. Yang lainnya pergi ke kafe untuk makan.

"Tolong pujuk Jungkook keluar dengan aku. Boleh?" Hyomin membuat suara peramah.

"Kenapa tak ajak sendiri?" Sengaja aku memancing kemarahannya. Bukannya aku tidak tahu perempuan itu tidak sukakan aku. Sesiapa sahaja yang menyukai Jungkook, pasti dia benci. Termasuk akulah, kan?

"Dia kata dia sibuk." Hyomin memuncungkan bibirnya. Aku ketawa sinis lalu beralih menatapnya.

"See? Dia tolak kau. Buat apa suruh aku tanyakan dia lagi?" Hyomin mendengus kecil. Kelihatan dia masih cuba bersabar dengan aku.

"Hey, aku tanya baik-baik. Kau sebenarnya tak nak tolong akukan? Sebab kau pun memang tergilakan Jungkook tu. Kau fikir Jungkook layan kau tu bermakna dia sukakan kau. Kau perasan macam tu sekali ke?" Hyomin menyoal dengan kasar. Seolah-olah dia juga cuba memancing kesabaran aku.

Well, Hyomin. You're playing with fire right now.

"Aku tak cakap macam tu. Tapi memandangkan kau dah cakap, I think so. Dia sukakan akulah kut." Aku menaikkan bahu. Sengaja memprovoknya. Hujung mata aku menangkap tangan Hyomin yang sudah menggenggam penumbuk. Aku mengambil jangka lukis sebelum menyambung semula kerja aku tanpa mempedulikan Hyomin yang sudah mahu meletup.

"Kau jangan perasan eh perempuan. Kau tu dahlah gila. Kau fikir Jungkook nak dengan kau? Of course not!"

Sabar, Aurora. Perempuan ni memang sengaja cari pasal dengan kau.

"Kau nak apa sebenarnya?" Aku menyoal dingin. Aku dapat rasakan pandangan aku mula gelap, dingin, dan ini bukanlah suatu petanda yang baik.

"Kau jangan dekati Jungkook. Jangan sukakan dia." Tegas Hyomin. Aku menoleh menatapnya. Matanya tidak mahu kalah bertentang dengan pandangan tajam aku.

"Kalau aku tak nak?" Soal aku. Hyomin merengus.

"Kau sedar diri sikit. Lelaki sehebat Jungkook tak akan pandang perempuan gila serendah kau. Dahlah anak pungut, murahan, pembunuh—"

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraWhere stories live. Discover now