PHL - Bhg x.2

612 45 16
                                    

"Mustahil kau tak tahu Ham. Kau kawan baik dia. Mesti Sha suruh kau tutup mulut kan?"

"Aku tak tipu kau, sumpah! Lepas seminggu kau MIA, Sha resigned 24 jam. Dengan aku sekali kena cantas. Bila aku call, operator yang angkat...'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih.' Jadi tak ada seorangpun tahu bagaimana untuk get in touch with her." Ulas Ilham panjang lebar.

"Tolonglah Ilham. Aku ada perkara penting nak bincang dengan Sha. Penting sangat, antara hidup dan mati." Lara tidak berhenti merayu.

"Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kau...mana kau menghilang? Aku kelam kabut jaga shift kita bila kau tiba-tiba MIA dulu. Bila aku tanya Sha, respon dia cuma... kes kau too classified dan terus dikendalikan oleh internal affairs." Ilham meneguk minuman. Dia terus bersetuju bertemu Lara petang itu sejurus mendapat panggilan gadis itu semalam.

"Aku terpaksa MIA, krisis keluarga. Aku tak boleh cerita dengan kau kerana melibatkan maruah kami sekeluarga. Aku cuba contact Sha. Aku nak explain dengan dia. Tapi dia tak pick up dan sekarang aku pasti dia dah guna nombor baru." Lara duduk tersandar. Pandangan dihala keluar jendela kaca restoran tempat dia berjanji untuk berjumpa dengan Ilham.

"Akupun rasa begitu juga. Entahlah aku tak faham dengan situasi kau. Aku juga tak faham situasi Sha. Kau dan dia pergi tanpa berita. Kau mesti tak tahu kan?" Ilham bingung. Dia cuba mengalih cerita.

Lara memandang tepat ke wajah Ilham. Dia juga tertanya-tanya. "Apa yang aku tak tahu?"

"Aku terus tender dua bulan notis berhenti kerja lepas pihak pengurusan umumkan Sha is no longer with us. Mana tahan. Dua-dua sayap aku patah tiada ganti." Tutur kata Ilham menandakan dia terlalu kecewa dengan tindakan Lara dan Sha.

"Kenapa pula kau nak korbankan kerjaya sendiri hanya kerana masalah orang lain?" Lara turut bersimpati.

"Dah tak sama bila kau dan Sha tak ada. Team baru tak sesuai dengan jiwa aku. Sebelum aku mereput kat sana baiklah aku berhenti cepat." Jelas Ilham.

"Bila kau last?" Soal Lara ringkas.

"Sebulan dari sekarang." Minuman dihirup sampai kering. "Kalau aku jumpalah minah tu, memang aku tembak dia cukup-cukup! Kalau boleh contact tak mengapalah juga. Ini tak, langsung tak tinggal jejak!" Marah sungguh Ilham. Dia tak tipu. Dia memang tak tahu. Sha memang lesap begitu saja.

Lara diam. Otak tak henti berputar. Mana dia nak cari Sha? Dia tak kenal seorangpun kawan-kawan Sha selain team-mates di tempat dia bekerja dulu. Kenapalah dulu dia tak terfikir untuk ambil tahu semuanya tentang Sha, cinta paling agung dan istimewa seindah pelangi. Bagaimana? Segala yang berlaku terlalu pantas. Tiada persediaan sempat dibuat. Taufan hubungan mereka melanda tanpa tanda. 'Sha...pulanglah! Lara bukan Lara yang dulu. Lupakah kau akan janjimu untuk selamanya kasihkan aku?'

Jade Taj 1606-P2-03

Pelangi Hati LaraTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon