PHL - Bhg x. 22

281 25 12
                                    

"Kak Nashar, lama lagi kita nak tunggu kawan akak tu?" Lara mula rimas. Dia memang lemau tunggu orang lama-lama sebegitu.

"She's on the way. Sabar la kejap."

"Ini dah sepuluh kali akak cakap she's on the way." Lara menjeling. Mungkin nak tunjuk protes.

"Mana pulak sepuluh. Rasanya baru tiga kali je akak ulang tu." Ketawa.

"Lara tak faham la dengan orang yang berjanji ni. Kenapa suka sangat mungkir janji." Lara menyandarkan diri. Dipaling pandangan kosong ke seluruh ruang yang ada dalam Cafe tempat mereka berjanji untuk berjumpa sehingga dia hilang dalam ingatan masa lalu.

"Please Sha, kita jumpa. I terlalu rindukan you." Rayu Lara dalam talian.

"I pun rindukan you. Lebih rindu daripada yang you tahu. Tapi hubungan kita dah diketahui oleh keluarga you, sayang. Bagaimana lagi kita nak teruskan dengan semua ni?" Sha cuba memujuk. Dia juga buntu. Dia tidak jangka hubungannya dengan Lara melibatkan terlalu banyak orang terutama keluarga Lara sendiri. Tidak sepertinya, tiada siapa yang mahu menghalang siapa dan bagaimana mencorak hidupnya sendiri.

"Habis tu you nak tinggalkan I? You tak mahukan I lagi? Semudah itu?" Terdengar esakkan Lara dihujung talian.

"Bukan itu persoalannya sayang. You tahukan maksud I. Tak pernah sekalipun I terlintas untuk memutuskan hubungan kita ni tetapi keadaan yang memaksa."

"Bawalah I pergi Sha. I akan ikut you ke mana saja you melangkah. I tak sanggup kehilangan you."

"Jangan begitu sayang. Don't be selfish. You ada parents, ada keluarga dan mereka bersama you sedari you dilahirkan. Jangan kerana I, you tinggalkan mereka."

"Promise me that you would never leave me."

"I promise."

"Penipu!"

"Hoi... terkejut akak!" Nashar mengurut dada. Lemah semangatnya apabila Lara tiba-tiba bersuara lantang. Tak lain la ni, mengelamun kisah lama!
"Siapa pula yang menipu Lara? Kawan kita tu lambat sebab programnya lewat habis. Ni dia dah sampai kat parking. Sabar ye cik adik sayang!"

"Sorry kak Nashar. Lara nak ke toilet kejap."

Nashar membiarkan saja Lara berlalu meninggalkannya di situ dengan ekor mata. Terlihat suatu kesedihan menempel di wajah Lara.

Tak berapa lama kemudian...

"Hi Su! Sorry sangat terpaksa menunggu lama." Sha terus melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Nashar.

"Aku okay je. Aku datang berdua. So takdelah aku bosan sangat."

"Alamak, kau datang dengan boypren ke?" Sha terus panas punggung. Dia tentu saja tak selesa.

"Aku mana ada boypren. Don't worry, kawan sekerja aku tu perempuan. Aku yakin kau pasti kenal juga orangnya siapa."

"Oh really? Suspen pula aku rasa. Mana orangnya?"

"Itu orangnya." Nashar menjuih bibir. Lara mendekati. Sha duduk membelakangi pandangan Lara.

Sha menoleh kebelakang. Mata bertentang mata. Langkah Lara terus mati. Lara? Sha? Bisik hati masing-masing.

"Lara!" Tegur Nashar lantang. Dia tahu ketika itu Lara tidak berpijak di bumi nyata. "Nape terjegat situ dik, sinilah."

Lara menarik nafas panjang. Orang yang dirinduinya selama ini kini sudah ada di depan mata. Langkawi menemukan mereka sekali lagi. Lara mengatur langkahnya semula. Kerusi ditarik perlahan. Sha memerhati tanpa berkelip. Lara duduk di sebelah Nashar.

"Korang kenalkan? Dulu korang kerja kat call centre yang sama, Betul tak?"

"Lara cerita kat kau ke Su?" Sedikit gagap Sha bertanya.

"Si dak Lara ni mana nak share apa-apa kat aku. Kebetulan aku pernah nampak photo korang. Ilham dan Nas pun ada sama. Time tu barulah Lara cerita serba sedikit."

Bersambung...

JT/PHL 11-11-2018 11.05am
Ps: I'll republished this chapter soon. Baca apa yang ada dulu ye!


—-garis.pisah—-

Lara lihat jam dipergelangan tangannya berulang kali. Sudah dua jam dia menunggu tetapi kelibat Sha tetap tidak kunjung tiba. Lara resah di tempat duduk. Selalunya Sha tidak selewat ini. Dia seorang yang punctual. Hari itu setelah hampir dua bulan tidak bertemu Sha... Sha bersetuju untuk berjumpa. Keterujaan Lara kini bertukar bimbang dan sangat meresahkan jiwanya. "Mana you Sha?" Call tak berjawab. Mesej yang dihantar apatah lagi. Tanpa sedar air matanya mengalir jatuh menuruni pipi...

"I'm sorry." Sha akhirnya bersuara setelah mereka diam membatu hampir separuh jam setelah Nashar meninggalkan mereka berdua di dalam restoran tersebut. Nashar minta diri untuk melayan window shopping. Paling tepat Nashar memberi laluan dua sahabat itu some space untuk berbicara. Walaupun Nashar tidak tahu apa yang terjadi antara mereka, kebisuan masing-masing telah menggambarkan ada cerita antara mereka yang belum beres dan untuk dia terus berada di situ akan tambah merencatkan suasana di antara Sha dan Lara.

"I know that I wasn't keep my promise." Sha menyambung kata-kata melihat Lara tidak memberi sebarang respon. "Sebenarnya I ada di situ Lara. Tapi... I tiada kekuatan untuk mendekati you. Macam-macam perasaan yang berlegar dalam kepala I waktu tu. I rindukan you sangat-sangat tapi I takut untuk ikut rasa hati. I ada di sana sehinggalah you pergi." Sama. Lara diam. Ketika itu hanya air matanya saja yang berbicara. Betapa dia terluka dengan pemergian Sha tiba-tiba dan tanpa khabar berita.

"You... say something please." Sha cuba menahan dari daripada ikut menangis. Please sayang... jangan menangis. Ya... semua ini salah I.

"Luckily I still alive." Tiba-tiba.

Sha Agak terkejut. "Maksud you?"

"Sejak you pergi. I tak rasa nak hidup lagi seorang diri di bumi ni."

Ya Tuhan... Sha menelan liur. "Were you trying to commit suicide?" Minta simpang.

"I was. A few times. Luckily it was failed."

Sha meraup wajah. Dia tersandar seolah-olah dadanya baru terlepas dipijak orang. "I am sorry you. I langsung tak jangka you mampu bertindak sejauh itu."

"Sebab you sebenarnya tak pernah ambil tahu sejauh mana dalamnya cinta i pada you. Mungkin pada fikiran you, I cuma beruji kaji dengan hubungan kita. Senang untuk jatuh cinta. Senang juga untuk melepaskan you pergi."

"No no no... I langsung tak meragui sayang you buat I, Lara. I juga sayang you melebihi apa yang you fikirkan selama ni. Cuma cara kita saja yang berbeza. I jahat, I selfishly ignored your feelings. I tak pandang jauh beli memutuskan keputusan yang I buat."

"You patut bincang dengan Lara, Sha. Ini tentang kita. Tentang dua jiwa. You tak patut buat keputusan sendiri."

"I know. I was wrong. It's all my fault. Please forgive me will you?"

JT-PHL 13/11/2018 12:05pm

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now