PHL - Bhg x.9

344 24 0
                                    

Headset Dihempas. On hold button pada IVR system ditekan. Lara bangun dan meluru keluar daripada kubikalnya.

Sha memerhati Lara pergi dengan ekor mata. Dia sedang melayan pelanggan ditalian. Tangannya pantas menaip segala butir-butir penting daripada perbualan tersebut. Hatinya sedikit bimbang. Dia  mahu keluar secepat mungkin mencari Lara.

Beberapa minit kemudian. Talian dimatikan. Sha ke meja TL terlebih dahulu. Dia menerangkan sesuatu. Setelah itu dia keluar mencari Lara. Tempat pertama yang dijengah adalah Ladies Room. Lara tiada di sana. Kemudian Sha beralih ke Cafe pun tiada juga. "Mana you pergi Lara?" Puas Sha mencari akhirnya kelibat Lara terlihat di pandangannya. Lara sedang melangkah ke tengah lobi. Dia keluar daripada bangunan rupanya. Sha menghampiri Lara. "You ke mana?"

Langkah Lara terhenti. "Oh. I ambil angin di luar."

"Are you stress?"

"A bit. Sekarang I dah ok. You buat apa kat sini?"

"Cari you. I dengar semuanya tadi. I ingat nak tolong you. Tapi masa tu I pon tengah on call."

"Oh. It's okay Sha. Not everyday kita dapat panggilan tenget macam tu. Tadi tu je, betul-betul uji kesabaran I."

"Betul you ok ni?"

Lara senyum. "Ya. 100% ok! I oklah. Baik kita masuk sekarang. Miss Angie tu berangin pulak tengok kita hilang lama-lama macam ni." Team Leader yang terlebih particular dengan masa. Kedekut masa. Nak pergi kencing pon kena kencing laju-laju. Kalau nak terberak? Mahu kena leter sebab mengambil masa terlalu lama. Semuanya dikira dalam monthly performance. Itulah cabaran bekerja dalam transaction-oriented environment seperti mereka.

"Don't worry. I dah explained dengan dia tadi sebelum cari you. Kita tenangkan fikiran. Cafe?"

Lara bersetuju. Mereka berjalan menuju ke cafe.

—-garis.pisah—-

"I tak mahu you putus asa. Masih awal. Anggaplah ini learning process untuk you." Sha menghirup teh tarik kurang manis kesukaannya. Memang sengaja diminta suam. Senang untuk dihabiskan secepat mungkin. Mereka tetap mengejar masa.

"You dengan Ilham sangat baik dengan I. I feel so lucky. Ada agent yang se-batch dengan I mengadu team dia tak best. Berdengki. Kerek. Act macam bagus. Hari-hari dia balik rumah menangis."

"Itu I tak nafikan. Memang ramai yang selfish kat call centre ni. Ada tu, datang sehari dua terus MIA. Kena tekan dengan team. Kena tekan dengan customers. Mana nak tahan. Dorang tak fikir. Kalau ramai yang berhenti siapa yang susah?"

Benar apa yang dikatakan Sha. Lara pasti merasa yang sama kalau tiada Sha dan Ilham memberi bantuan dan sokongan. "Sha dan Ilham dah berapa lama kerja di sini?"

"I kat sini hampir masuk tiga tahun. Tapi Ilham lebih lama. Dia join setahun awal daripada I. Sepanjang tempoh tu, tak terkira ramainya agent datang dan pergi silih berganti."

"So yang tinggal ni memang hati keringkan?"

Sha menggeleng. "Not me. I'm an ever moist!"

Lara pecah ketawa. "Ever moist? Kelakarlah you. Tapi eloklah. Tempat ni patut hired lebih ramai orang macam you. Barulah tempat ni ceria."

Sha lega. "That's a good signal."

"Signal apanya?" Ketawa Lara masih berbaki. Dia mengelap air mata kelegaan. Gelihati dengan lawak tak rasmi Sha.

"Signal untuk mulakan kerja semula. Be strong Lara. Do not be an easy target. Cool je. Don't take things personally. Anggap je customer yang meroyan tu tengah datang bulan. Emosi tak stabil. Boleh?"

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now