PHL - Bhg x.7

315 26 0
                                    

"Kau ada plan malam ni?" Sign off button ditekan. Hari itu Lara dan Ilham berada dalam shif kerja yang sama. Mereka berkemas untuk pulang.

"Ada. Plan untuk balik dan tidur." Jawab Lara bersahaja.

Ilham renung Lara sambil bercekak pinggang.

"What?" Kurang senang direnung Ilham begitu.

"Pelawak jugak kau ni ye." Mereka kemudiannya beriringan keluar daripada kubikal masing-masing menuju ke pintu keluar daripada call centre itu.

Lara seperti kebiasaannya memandang sepi riak balas Ilham yang dirasakan tidak berkepentingan untuknya menjawab lanjut.

"Malam ni kitorang nak pergi karok. Sha suh aku ajak kau sekali. Kau nak join tak?" Ilham memancing. Besar harapannya agar Lara setuju.

"Yeke Sha yang ajak? Sha tak cakap apapun dengan aku." Menjawab tanpa memandang wajah Ilham.

"Iya. Aku call dia sekarang. Kau tanya dia sendiri betul ke tidak dia ajak kau, okay?" Ketika itu mereka sudah keluar daripada pintu lobi bangunan.

"Tak payahlah. Aku tak boleh join korang. Sekarangpun nak hampir pukul 10 malam. Lewat sangat nak berjimba. Next time lah."

"Esokkan kau shif malam. Banyak masa kot nak tidur. Sesekali berjimba apa salahnya. Kerja macam kita ni patut cari masa untuk buang stress. Barulah boleh bertahan lama untuk kerja-kerja yang mendatang." Ilham tidak putus asa. Masih bermotivasi memujuk Lara menyertai plannya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon. Ada sebuah kereta yang baru saja berhenti di luar pagar utama.

"Sha dah sampai nak pick up kita tu. Jomlah."

"Eh next time, Ham. Sampaikan maaf Aku kat Sha ek." Lara menolak lembut.

"Jomlah. Kau pun tunggu teksi kat post guard depan tu kan."

Lara akur. Diturutkan Ilham dari belakang. Terlihat Sha keluar dari pintu pemandu. Dia melambai tangan.

"Lara taknak join kita, Sha." Ilham membuka cerita setelah mendekati Sha. Lara ternganga. Kaku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Ilham.

"Why taknak plak? I dah booking tau. No last minute cancellation please." Sha buat muka bengang.

"Sorry Sha. But... I never say yes." Berhati-hati Lara menuturkan kata maaf tetapi rasa bersalah tetap terbit dihatinya.

Sha mencerun pandangan ke arah Ilham. Menanti respon lelaki itu pula.

Ilham angkat tangan. Surrender. "Memang salah aku." Sengeh sumbing sehingga menampakan semua baris depan giginya. Kalah iklan ubat gigi Darlie. "Aku sebenarnya... baru je tadi inform Lara tentang plan kita ni."

"It's not my problem. As I said, no last minute cancellation. Kalau you tak join tonight Lara, you out!" Sha terus memasuki perut kereta tanpa menunggu respon daripada sesiapa.

Ilham terkebil-kebil mata. "Sorry Lara. Takpe, biar aku slow talk dengan Sha kejap."

"Tak perlulah Ham." Dengan pantas pintu hadapan bahagian penumpang dibuka. "I'll explain to her." Lalu Lara masuk dan menutup pintu. Sha pula terus memandu elok saja pintu itu ditutup.

"Wait... Ilham?" Lara kaget. Bingung kerana Sha meninggalkan Ilham.

"Seperti yang dijanjikan I'm here to pick you up, not him. Dia reti pergi sendiri. Bukannya dia takde kenderaan. Kapchai dia lebih laju daripada kereta I ni. Tak percaya nanti kita tengok siapa yang terpacak dulu kat pusat kareoke tu." Panjang leteran Sha. Mata tertumpu di jalan. Tidak sekilas memandang Lara yang merenungnya dalam kebingungan.

"Oh. Tapi Sha..."

Suasana antara mereka sunyi seketika. Lara mencari akal. Mencari alasan yang sesuai untuk tidak turut serta rancangan Sha malam itu. Sha masih fokus dengan memandu. Diamnya menambah kalut di hati Lara. "I stay dengan parents, Sha. Keluar selewat ni akan mendatangkan kemarahan mereka. Bukannya I sengaja nak menolak ajakkan you."

Kini Sha pula yang kaget. Dia menyumpah dalam hati. "Show me the way then." Tiba-tiba.

"Hah?" Lara tak mengerti.

"I'll sent you home. Where to go?"

"Oh." Lara sedikit lega. "So you maafkan I?"

"I percaya Ini bukan salah you. No need to feel sorry. Next time kita plan betul-betul." Kereta yang dipandu Sha berhenti di lampu isyarat merah. "So mana simpang I nak masuk?"

"Lepas ni you terus lagi. Nanti ada simpang tiga, you ambil kiri."

"Ay ay Captain." Senyum.

Lara ketawa. Suka dengan jenaka Sha yang bersahaja. Tadi bukan main kejam dia menjatuhkan hukum. Pedih juga hatinya. Baru kenal tak sampai sebulan dah nak kena ikut kepala angin dorang. Sekarang rasa itu makin menghilang. Paling penting jangan cepat melatah.

"So far macam mana kerja?" Sha memecahkan kebisuan mereka.

"So so. Kalau ada rezeki, I nak kerja kat tempat lain. I rasa bidang ni tak sesuai dengan jiwa I."

"Rasanya takde sorangpun yang suka duduk kat call centre tu. Bertahan bertahun-tahunpun sebab malas nak cari kerja lain dah. Redha."

"Sha?"

"Samalah. Penat nak pergi interview sana sini. So telan jelah makian orang. Bertahan demi sesuap nasi."

"Paling penting kita tak kerja sambil lewa walaupun tak suka, kan?"

"Betul. Mahal tu sebuah keberkatan. Duit gaji bukan masuk perut kita je. Masuk kat mak ayah, adik-adik semua. Buat naya jadi darah daging."

Lara bersetuju dalam hati. Ingatkan dah pupus golongan mentaliti begini. Kebanyakan orang hanya bekerja untuk makan gaji. Berkat ke tidak tolak tepi.

"You nak cari kerja apa lepas ni?"

Lara sedar dari lamunan. "Belum tahu lagi." Dia membetulkan duduk. "Depan tu you masuk kanan. Rumah I yang paling hujung." Mereka hampir tiba ke rumah Lara. "Maaflah sebab you terpaksa pula hantar I balik."

"I rela je, tak rasa terpaksapun. You hari-hari ambil teksi ke?"

"Ahah, no choice. Bus tak masuk kawasan perumahan ni. If I'm lucky, I dapat GrabCar. Lebih lucky kalau abah atau abang I free untuk datang jemput."

"I see. So we're here." Besar juga rumah keluarga Lara. Semi-D dua tingkat yang sudah diubahsuai.

"Thanks, Sha. Esok you shif malam jugakan?"

Angguk. "See you tomorrow night at work."

"Hati-hati memandu. Take care."

"Bye!"

1809-PHL-07 Oleh: Jade Tajuddin

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now