PHL - Bhg x.36

263 20 9
                                    

Kisah bagaimana dia berjumpa semula dengan Ila sehinggalah tahap Ila tinggal bersamanya diceritakan sedalam-dalamnya kepada Nashar. Sedikit info pon Sha tidak tinggalkan. Dia tidak mahu Lara mahupun Nashar salah faham terhadapnya. Cinta dia kepada Ila sudah lama mati dan yang tinggal hanya rasa simpati seorang teman yang dianggapnya sahabat.

Sha bergegas keluar daripada lobi apartment untuk ke parkir kereta. Langkahnya tetap macam kipas kudung walaupun dengan membawa beg sandang seberat 10 liter.

"Sha!" Jerit Ila lantang. Itu adalah laungannya yang ketiga kali tetapi tidak didengari Sha. Ila mengikut di belakang dengan berlari-lari anak sehingga dia berjaya mencapai bahu kawan tu, "hey, Sha!"

Sha sedikit terperanjat, "Ila, gosh... boleh keras I kat sini sebab terkejut." Sha urut dada. Berderau darahnya.

"Not my fault. Anak tekak I rasa nak tercabut panggil you. You kelam-kabut ni kenapa? Nak ke mana?"

Sha tidak terus menjawab. Dia menyumbat masuk beg sandangnya di tempat duduk belakang dan menutupnya dengan kuat.

"Sha, you ok ke tidak ni?" Ila melihat Sha macam ayam berak kapur.

"Did you tell Lara that we are back together?"

"Yeah, why?"

"Fuck!!" Spontan kata makian itu terhambur daripada mulut Sha.

Spontan juga hati Ila terasa pedih. "Something wrong with that?"

"Memang banyak salahnya. You tipu Lara sampai dia salah faham dengan I. Jangan sebab I bantu you begini, you ingat I masih ada perasaan dengan you. Kita tak mungkin jadi macam dulu, Ila. Tolong terima kenyataan, okay!"

"Apa yang you merepek ni, Sha? Siap cakap I menipu lagi. Motif I nak tipu, Lara? Tak betul ke I memang tinggal dengan you? Apanya yang I tipu dia?" Ila turut meninggi suara.

"Dahlah. I takde masa nak layan you." Sha terus masuk ke perut kereta. Enjin dihidupkan dan terus memandu pergi.

Ila termanggu tak terkata dengan kedinginan Sha terhadapnya. Dia membiarkan Sha pergi dengan garisan luka di hatinya.


-garis.pisah-

"Dah kak, cukup. Lara tahu dia kawan baik akak so akak tak payahlah nak menangkan kawan akak tu."

"Buat apa akak nak memangkan Sha, bukannya akak dapat trophy pon." Tapi  versi sebenar dalam hati Nashar... 'bukannya dapat Lara pon.'

"Kak Nashar pun sama. Suka memainkan Lara."

"Alah... berguraupun tak boleh. Bukannya Lara baru kenal akak sehari dua."

"So betullah perasaan akak kat Lara tu sekadar gurauan akak je? Motif? Tolong buatkan Love Test untuk Sha?"

Nashar rasa nak tercekik. Macam rasa kena jerut di tali gantung mendengar ungkapan Lara. "Ini bukan cerita akak, Lara. Ini cerita Lara dengan Sha. Tolong jangan campur aduk."

"Maksudnya Lara ni tak pernah wujud dalam cerita akak, macam tu?"

"Bukan macam tu Lara. Jangan jadikan akak penghalang antara Lara dan Sha. Akak tahu Lara sayangkan Sha. Lara tak pernah berhenti mencari dia. So jangan disebabkan rasa cemburu, rasa sangsi, rasa insecure dan segala rasa negatif yang bermain dalam fikiran tu buat Lara give up dengan usaha Lara selama ni. Bersangka baik, dik. Dapatkan kepastian daripada Sha dulu. Selepas tu terpulanglah... ikutlah dan kuatkan pilihan Lara."

"Akak tu give up takpe pulak?"

Nashar ketawa. 'Sayang juga Lara kat aku rupanya.'
"Siapa cakap akak give up? Akak ni penyabar tau. Paling best, I am a very positive person. I always believe that love never claims, it ever gives."

"You are not Mahatma Gandhi." Lara jeling.

Nashar ketawa lagi. Terhibur melihat jelingan Lara. "Aduh... tak bolehlah akak nak berpuitis sikit. Tahu je dia."

"Lara mungkin rapuh tapi ilmu tak pernah surut."

"Tak pernah sangsi pon!" Mereka ketawa.

"Lara takutlah kak." Kata Lara tiba-tiba.

Nashar beralih tempat. Dia duduk rapat disebelah Lara. Bahu Lara dicekak erat dengan lengannya. "What is it?"

Lara melentokkan kepala jatuh di atas bahu Nashar. "Mana tahu Sha akan tinggalkan Lara lagi."

"Akakkan ada. I will always be there for you."

"Lara jahat buat akak macam tu."

"Itu sangka Lara je. Kebahagian akak bila dapat melihat Lara bahagia."

"How I wish that I can be like you... to believe that love never claims, it ever gives."

"Mana boleh."

"Kenapa pula tak boleh?"

"Dah kalau semua nak bagi, siapa pulak yang nak ambilkan?"

"Menyampah betul!"

To be continued...
April 16, 2019.
08.46pm

Pelangi Hati LaraWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu