PHL - Bhg x.31

251 22 7
                                    

"So apa pendapat akak?" Lara memecahkan kesunyian antara mereka yang seketika.

"Ah?" Nashar kaget. "Hurm... pendapat? Pendapat apa?" Bukan Nashar tak faham dengan pertanyaan Lara cuma dia mahu mengelat daripada menjawab persoalan itu.

"Patut atau tidak Lara terima Sha semula sebagai... sebagai... akak fahamkan?" Lara juga berasa kurang selesa berbicara soal hati dan perasaan dengan Nashar. Kekok. Malu pun ada juga. Kalau hubungan antara lelaki dengan perempuan tu tidaklah kekok sangat. Agaknyalah.

"Akak tak berani nak bagi pendapat. Ini soal hati Lara. Perasaan Lara. Akak bukan orang yang tepat untuk Lara jadikan rujukan. Jalan akak sendiri pun tak betul lurus lagi. Lara fahamkan maksud akak?" Sedikit bergetar suara Nashar bertanya.

Diam. Pelan-pelan Lara mengangguk. Seketika suasana antara mereka sunyi. Menerawang dalam dunia sendiri. Tiba-tiba... "Kak Nashar tak cari pengganti?"

Nashar melopong. Angannya sudah menembusi langit ke tujuh. Tidak kedengaran akan pertanyaan Lara. Lalu Lara mencuit pinggang Nashar.

"I love you!" Luah Nashar sedikit kuat. Refleksi mengejut terkena cuitan Lara yang tiba-tiba.

Lara tertawa melihat reaksi Nashar. "Tak ku sangka kak... dalam diam rupanya kau dah berpunya." Mengusik. "Siapakah gerangan orang yang bertuah itu cik kak sayang?"

"Malaslah akak nak layan rapu Lara. Go keluar sana." Bibirnya dimuncung ke arah pintu. "Akak nak sleep."

"Sampai ye hati halau-halau Lara." Berubah air mukanya. Seolah-olah orang merajuk. Mengumpan simpati Nashar. Tahu benar itu kelemahan Nashar.

"Eleh... dah tua bangka pun nak merajuk. Ingat cantik?"

"Cantiklah ofkos!" Dengan jelingan maut. Akhirnya mereka pecah tawa. Terhibur melihat gelagat masing-masing. Terasa sudah lama mereka tidak ketawa nakal sebegitu rupa. "So siapakah gerangan yang bertuah itu kak?"

"Ya ampun... ku fikirkan kau dah tobat bertanyakan soal itu. Stress tau!"

Lara ketawa. Jarang dia berjaya mendera perasaan wanita berkaliber di hadapannya itu. Malam itu terbukti bahawa seorang Nashar juga berhati koyak seperti wanita-wanita lain yang merata di atas bumi. "Enough with your drama la kak. I asked you a simple soalan je kot. Tak nak jawab takpe, Lara tunggu sampai kak Nashar jawab. Lara rela mati tegak kat sini. Namun berganjak pasti tidak."

"Entah apa-apa! Kasi tempeleng sekali baru tau!" Namun seperti yang diperkatakan, wajah Lara tak beriak. Elok dia duduk tegak di situ menunggu jawapan Nashar.

Nashar tiada pilihan. Dia tak sanggup nak berjaga sampai ke pagi. Tenaga perlu ditambah untuk bekerja keesokan hari. "You."

"Apa?" Lara tak faham. Sangkanya Nashar memanggil.

"It's you."

"It's me? What about me?" Lara tambah pelik.
Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Kang aku pulak yang stress kak oi!
Sempat Lara mengomel dalam diam.

"Gerangan bertuah tulah. Tadi sibuk nak tahu. Dah bagitau, tak boleh nak absorb pulak."

"Eh eh beremosi pulak akak ni... salah dianya yang cakap berbelit-belit! Cuba clear sikit cakap tu. Cakap sepatah... sepatah... orang tak pregnant pon boleh mabuk tau!"

Nashar garu kulit kepala yang semakin gatal. "Boleh tak kita tangguhkan bicara hati kita ni esok je? Akak tak larat nak buka mata dah dik." Rayu Nashar. Sungguh dia dah penat yang teramat penat.

Geleng. Lara berdegil. Lara tetap dengan apa yang dikata. Namun berganjak pasti tidak!

Degilnyaaaaaa!!!!
Nashar bangun daripada tempat duduk dan mendekati Lara. Berdiri sejengkal di hadapan Lara yang duduk membatu di birai katilnya. Nashar menunduk sedikit. Lalu dagu Lara disongket. Terngadah wajah Lara memandang Nashar.

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now