PHL - Bhg x. 19

245 22 4
                                    

Bercintanya nak bangun...  Sha menggeliat sesedap oren. Seumpama memerah sendiri buah oren sehingga jadi fresh juice. Tetapi itu tidak begitu berjaya menyahkan rasa mengantuknya. Pagi itu dia baru pulang kerja shif malam. Jam dua nanti dah nak kena ada di tempat yang dijanjikan. Entah apa yang mustahak sangat Ilham ingin bertemu dengannya. Minggu itu sememangnya mereka tak berpeluang bekerja dalam shif yang sama dan mungkin kerana itu Ilham tambah resah kalau tak bertemu dengannya secepat mungkin.

"Kalau isu kau biasa-biasa je Ham, aku minta kau ganti cuti aku ni!" Laung Sha yang masih terlentang di atas katil. Sha memandang jam dinding. Urghhh tengahari sudah... Dia bangun malas sambil menyisir rambutnya yang serabai. Getah belacan di side table katilnya diambil dan terus diikat ke rambut. Tiba-tiba tone mesej memecah kesunyian. Muncul noti daripada Ilham di skrin henfon. Sha buat dono seakan-akan dia pasti kandungan mesej tersebut. "Aku gi mandi lagi baik."

Tepat Jam 2.00 PM
Madam Kwans

Senyuman Ilham terukir di bibir melihat kelibat Sha yang baru saja masuk ke pakir motosikal. Terus memerhati sahabat yang dikenalinya sejak di sekolah menengah. Makin lama dipandang, ayu jugak kau ni Sha. Tapi tulah kau tak minat kumbang macam aku. Renungannya ditundukkan apabila Sha makin mendekat. Ilham angkat tangan memudahkan Sha spot lokasinya.

"Dah order?" Sha terus merebahkan badan di kerusi kosong menghadap Ilham.

Angguk. "Kau memang langkah kanan. Tu dia order dah sampai." Mereka membiarkan waiter itu menghidangkan juadah yang tadinya dipesan oleh Ilham. Sha jenis yang tak banyak bunyi. Apa saja yang Ilham order dia makan. Sesenang satu dua tiga. "Makan Sha." Jemput Ilham sejurus saja waiter meninggalkan mereka.

"Apa yang urgent sangat nak jumpa aku sampai tak boleh nak cakap kat phone? " Sambil menyuap mereka berbica.

"Kita makan dululah ek." Ilham tak tahu nak mulakan perbualan mereka.  Takut tersilap cakap.

"Aku tak boleh lama ni. Aku tak puas tidur lagi. Esok dahle aku kerja pagi."

"Engkau Sha dengan aku pon nak berkira. Aku pon mengantuk kot.  Malam ni aku kerja. Siapa sebenarnya yang memerlukan tidur sangat-sangat?" Makan tetap makan.  Dah separuh nasi goreng kampung masuk ke perutnya.

"Dah kau kata urgent pehal nak santai-santai lagi.  Straight to the point jelah." Sha menyedut sirap laici dengan perahan limau kasturi. Salah satu minuman febret Sha.

Aduhlah perempuan ni.  Sikit tak mahu kasi can kat aku! Sudu dan garfu stainless diletakkan berhati-hati dalam pinggan nasi yang baru saja dilicinkan Ilham. "Patut ke aku berterus terang kat Lara sekarang tentang perasaan aku kat dia?"

"Soal ni ke kau kata urgent tu?" Sha dah buat muka tak puas hati. Rasa nak ditelannya Ilham hidup-hidup.

"Look Sha. Engkau mungkin rasa ini soal biasa tapi aku memang tak boleh nak duduk senyap lagi. Aku kena bertindak secepat mungkin."

"So terpulanglah kat kau. Tak perlulah nak tanya aku." Bengang Sha tak tahu bagaimana hendak digambarkan. Espresi wajahnya seperti kulit sumpah-sumpah. Pelbagai rona keluar dalam satu masa. Itu semuanya rona wajah yang tak menyenangkan sesiapa saja yang memandang.

"Aku perlu tanya kau jugak. Aku memang nak cepat tapi aku takut tindakan aku ni buat Lara tak boleh terima. Nanti terus dia tak mahu berkawan dengan aku.  Lagilah susah lepas tu aku nak tackle dia. Kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan sekarang ni?"

Kau ingat aku ni doktor cinta ke? Sha menghela nafas berat. "Aku tak tahulah Ilham. Aku tak retilah bab-bab ni. Kalau betul Lara tu pilihan kau,  teruskan sajalah niat kau untuk berterus terang tu. Then tawakkal dengan usaha kau tu. Kalau dapat alhamdulillah. Buat kenduri.  Kalau tak dapat kau cuba lagi."

"Banyak lagi yang aku tak tahu pasal Lara tu. Sebenarnya aku ada rasa tergugat dengan seseorang ni." Itu sebenarnya yang paling mustahak perlu Ilham beritahu kepada Sha.

"Siapa? "

"Nasrul."

"Nasrul? Pehal lak kau rasa tergugat dengan dia?" Sha amat pelik.

"Nasrul tu macam minat juga kat Lara tu."

"Mustahil lah."

"Lelaki je kenal lelaki Sha."

"Habis tu tunang dia nak campak mana? Agak-agaklah nak tembak member sendiri. Dia pun tahu kot kau syok kat Lara tu.  Teruk sangat sampai nak sailang member sendiri."

"Haisyhhh Sha.  Macam aku cakap tadilah. Hanya lelaki kenal lelaki. Kau macam tak tahu, Nas tu kasanova. Kalau nak hit Lara untuk buat isteri, aku...  aku boleh lagi telan perasaan ni. Risau doh, mulut manis Nas tu mampu buat Lara jatuh hati kat dia."

Sha diam. Sungguh dia tak tahu nak bagi feedback macam mana. Mereka berempat memang rapat tetapi Sha tidak sangat mengambil berat soal peribadi sahabatnya itu secara mendalam. Mungkin Ilham lebih tahu tentang Nasrul berbanding dirinya.

"Tambah plak Nas tu kawan abang Lara. Mesti dia tak ada masalah nak kenal rapat dengan Lara dan keluarganya sekali. Pukul rata namanya tu Sha. Tak lena tidur aku dibuatnya." Sambung Ilham bila melihat Sha hanya mendiamkan diri.

"Aku tak mahu bagi pendapat dalam soal ni boleh? Sebabnya aku taknak kau salahkan aku kalau pendapat aku tak menjadi. Tak pun, mungkin juga memburukkan lagi keadaan."

"Kau rasa Lara tu orangnya macam mana? Agak-agak dia akan benci aku tak kalau aku berterus terang?"

"What is your gut tells you?"

"Aku tak boleh hadamlah Sha.  Aku ni suka buat lawak sengal. Aku bagi hint sikit-sikit pon Lara fikir aku pelawak. Dia ingat aku ni just nak mengusik. Payah betul."

"If you not try, you will never know. So cabar diri kau.  Jadi anak jantan. Gagal kali pertama tu biasa. Tapi kali keduapun kau gagal jugak,  entahlah. Maybe kau kena pergi mandi bunga. Buang sikit sial kau tu."

"Syial lah mulut kau!"

Sha ketawa. "Relax lah Ham.  Lara tu kan dah jadi kawan kita.  Tak adanya dia tak mahu kawan dah dengan kau kalau, ini kalau ye! Kalau dia tak sangkut hati dengan kau. Anggap dia macam wanita dewasa okay."

1810-PHL-19 Oleh: Jade Tajuddin

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now