PHL - Bhg x. 21

315 27 30
                                    

Lara menelan liur. Seluruh wajah Sha diterokanya dalam-dalam. Tanpa sedar dia terpukau dengan bentuk bibir Sha yang tak lekang dengan senyuman. Sungguh mengusik kalbu.

Sha akhirnya berjaya membuka mata. "I can see you now. My lips look sexy, right?"

Terus meluap naik merah wajah Lara. Nasib baiklah mereka diterangi cahaya bulan dan tiang lampu semata-mata. Kalau tak sudah pasti jelas gila terpampang rona wajah yang memalukannya itu. "I hate you!" Spontan. Itu saja ayat yang boleh difikirkan Lara.

"But I like you." Merenung ke dalam anak mata Lara dalam-dalam. Sha beranikan diri menggenggam tangan Lara. Tangan yang terlalu pantas menyiramnya dengan pasir pantai. 'Nakal tangan awak ni'

"Hishh jangan nak merepeklah, Sha." Lara menjarakkan diri. Dia berniat untuk berdiri tetapi tangannya ditarik Sha sehingga dia terduduk semula. Lara menahan getaran. 'Apa kena dengan Sha ni? Aduh...'

"I tak merepek you. I serius, I sukakan you." Sha berlagak tenang walaupun jantungnya pun dah bergegar tunggu nak roboh je lagi. Lagipun Lara tahu siapa dirinya. Itu memudahkannya untuk berterus-terang.

"Janganlah Sha. You lupa ke, you kan dah ada Ila dalam hidup you. Perempuan pun nak jadi kasanova ke?" Perlahan dan lembut kata-kata yang terungkap di bibir Lara. Pandangannya lantas dihelakan ke pantai.

"She left me Lara, sebulan lalu. Untuk pengetahuan you. Sebenarnya percutian ni bukan plan kami seperti yang I beritahu you. I memang rancang to travel alone but who knows suddenly I terasa nak ajak you. Mungkin di sini peluang untuk I luahkan rasa hati yang dah tersemat dengan nama you, Lara Aina." Seperti Lara, Sha juga merenung ke laut. Walaupun tak jelas dipandangan mata tetapi bunyi ombak membangkitkan suasana tenang malam mereka bersama.

'Ila pergi? Dah sebulan? Why? Apa semua ni?' Sungguh Lara tidak menjangkakan respon seperti itu. Pelbagai persoalan menerjah mindanya bertubi-tubi. Tetapi bukan soalan itu yang terluah, sebaliknya... "I'm sorry to hear that but tidakkah terlalu cepat you berubah hati? Mudahnya you jatuh cinta, somehow I rasa you nak... you nak mengusik I kan? Kan? Kan?"

Sha senyum nipis. 'Tulah kau Sha, suka sangat mengusik. Dah tahap serius macam ni pun kau masih nampak macam mainkan orang.' Marah Sha pada diri sendiri. Sha mengensot sedikit sehingga dia dan Lara duduk rapat secukupnya. Dagu Lara dicekak lembut. Lalu satu ciuman dilepaskan ke bibir Lara. Lara tak berkelip. Nafasnya juga tertahan. Otaknya kosong. Beku.

Seketika. Tap je. Kemudian bibir yang bertaut dilepaskan perlahan. "Masih rasa I mengusik you, cik Lara Aina?" Melihat tiada sebarang respon daripada Lara, Sha menegur... "hey, breathe Lara." Bahu Lara digenggam lembut. Digoncang sedikit. "You nak I CPR you ye?" Sempat mengusik.

Lara menekan dada. Laju nafasnya turun naik. 'Tuhan... boleh pitam aku macam ni.'

Risau. "Lara Aina, you okay ke tak ni?"

"Tunggu. It's too much for me to take. Biarkan I bernafas sekejap." Dan Sha membetulkan duduknya. Bersila tepat menghadap Lara. 'Okay, take your time dear. Sorry sangat...' Pujukkan yang tak terluah. Diperhati Lara mencari tenang.

Hampir sepuluh minit mereka senyap tanpa kata. Nampaknya nafas Lara kembali tenang. Dia juga merubah letak duduknya seperti Sha. Lutut mereka berlaga. 'You can do this Lara, you are a strong woman.' Lara ransang sendiri motivasi ke dalam diri. Wajah Lara di pandang. Serius sekali. "Ila yang tinggalkan you or you yang tinggalkan Ila sebenarnya? Semua ni macam tak masuk akal, can you explain?"

"Baiklah, cik Lara Aina. Dengar betul-betul. Cerita I panjang. You minta I ulang je, I minta pampasan ganti rugi tau." Sambil mengenyit mata. Sungguh gatal sekali roman mukanya begitu.

Lara menjeling. "Yelah, cepatlah!" Marahnya tapi nampak manja juga.

Sha ketawa. Geli ketiaknya melihat Lara begitu. "I perasan perubahan sikap Ila sebelum kami kenalkan you dengannya dulu. Remember masa you pertama kali jumpa Ila?"

Lara angguk. Padanya Bab tu boleh skip. Dia boleh mengagak cerita Sha bakal berbatu-batu jauhnya.

"Ila makin jarang balik. Alasannya dia terpaksa back up staff yang last-minute tak datang kerja. Suatu haritu, I nampak dia makan berdua dengan seorang lelaki. I familiar lelaki tu sapa. Flight Attendant macam Ila juga. Faizul tu memang selalu tompangkan dia balik dan pergi kerja. You tahulah kerja Call Centre macam kita. Susah I nak buat semua tu." Sha paused sebentar. Memikir bagaimana nak memendekkan kisah pahitnya itu.

"So Ila ada affair dengan si Faizul tu? Confirm? Tapi Ila-kan sayang kat you. Diakan yang mulakan hubungan ni, sampai jeles tak hengat." Lara membangkitkan cerita yang pernah didengarnya daripada mulut Sha dulu.

'Tak boleh ke you dengar dulu, sayangku...' Sha garu kepala. Habis ayat yang disusun dalam kepala pecut keluar entah ke mana. "Macam mana Ila boleh berubah hati I tak boleh nak jawab. Tapi dia memang ada affair dengan lelaki tu. Memang confirm. Ila sendiri mengaku dia mengandungkan anak lelaki tak guna tu." Sha panas. "Nasi dah jadi bubur la... I kena nikah cepat la... macam-macam lah! Bodohnya I, Lara. Sekelip mata, dengan sekelip mata... dia balik, kemas segala beg pakaian dia. Terus nak cabut! Kalau I tak balik awal haritu, memang dia hilang without any clues."

Lara ternganga sedikit. Sungguh kisah Sha diluar jangkaannya.

"Tutup mulut tu, masuk pasir nanti."

Pantas Lara mengatup mulut. Refleksi pantas Lara mengundang tawa kecil Sha. Makin cute Lara dipandangan matanya.

"Habis hati you tu..." Hilang idea. 'Mampus, apa aku nak cakap tadi.'

"You nak cakap hati I ni cepat beralih arah? Cepat sangkut dengan orang? Cepat terubat? Macam tu?" Sha seakan-akan dapat membaca niat di hati Lara.

"Hurm, lebih kuranglah. Macam mana you boleh sukakan I, kenot brain tau!"

"I pendam luka I ni dah lama Lara. Sebelum you hadir lagi kat Call Centre tu. It just happened. Rasa macam kita ada chemistry. Timbul rasa selesa, rindu dan sayang. So buat apa I nak tunggu lama-lama. Nak pastikan penerimaan you semua. I am single. I am available. Berterus terang lebih baik. Kalau you tak mahu. I tak paksa. I tahu you bukan seperti I. Asalkan you still nak berkawan dengan I, itu cukup buat I bahagia."

Geleng kepala. 'Ish Ish Ish... Lara Oh Lara!' Satu penampar hinggap di lengan Lara. "Tahulah laut tu cantik membiru. Sampai ke mana Lara berlayar?Elok pulak tak muntah."

"Kak Nashar ni...." Lara geram.

"Kahwin la dik, calon yang elok dah ada."

"Hishhh, tak habis-habis!" Lara yang sedari tadi mengelamun di balkoni bilik hotel melangkah masuk ke ruang tamu. "Ke mana kita malam ni kak?"

"Lara teman akak jumpa kawan, boleh?"

Ketawa. "Ayyyy... senyap-senyap seludup buah hati ye?" Bersama jelingan nakalnya.

"Tolong sikit. Just terserempak dengan kawan lama kita first day haritu." Tempat Iron dipasang. Buat apa lagi, tentulah nak menggosok baju.

"Kawan lama kita... siapa?" Berkerut dahi Lara. Rasanya dia tidak terserempak dengan sesiapa yang dikenalinya semenjak menjejakkan kaki di Langkawi.

"Tunggu..."



JT-PHL 04/11/2018 12:41pm

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now