PHL - Bhg x.30

359 21 4
                                    

Duduknya resah serba tak kena. Tak sempat panas tilam di katil Nashar beralih duduk di atas lantai. Kepalanya lalu digaru laju. Memikir. Dah macam orang hilang siuman. "Why la???" Jeritnya.

"Damn la!!!" Jeritnya lagi. Kemudian Nashar berdiri dan mengatur langkah bolak-balik di ruang kosong yang masih berbaki dalam biliknya itu. Tiba-tiba kedengaran ketukkan di sebalik pintu bilik.

"Kak Nashar." Lara memanggilnya. "Buat apa kat dalam tu? Jerit-jerit bagai. Are you okay kak?"

'Alamak... bila masa budak ni balik?' Nashar memicit dahi. Bertambah kusut akalnya nak menjawab. 'Ah... biarlah!' Putusnya untuk diam.

Tombol pintu dipulas. Kunci. Lara makin pelik. "Kak... kau okay ke tak ni?" Lalu pintu bilik Nashar diketuk lagi. Kali ini Lara mengetuknya sekuat hati.

Nashar makin rasa terganggu. Dia tak lagi mampu mengelak. Sikapnya yang dingin hampir seminggu itu bukan saja menggugat ketenteraman hidupnya tetapi mungkin boleh merenggangkan hubungannya dengan Lara. Tentunnya itu bukan yang dia mahu. Kakinya diatur ke muka pintu. Memikir lagi. Tangan sudah memegang tombol pintu. Tinggal untuk dipulas saja. Nashar menarik nafas sedalam yang mungkin dan melepaskan nafas itu perlahan-lahan. 'Ketakkk!' Lalu terjojol punat kunci di tombol pintunya. Kemudian dia berlalu ke meja kerja sambil menyusun ayat di dalam kepala.

Lara menolak pintu bilik Nashar perlahan-lahan. Dilihatnya Nashar duduk merenung skrin laptop yang mati. Walaupun terasa semacam Lara tetap melangkah masuk ke bilik Nashar yang biasa dimasukinya sebelum ini. "Hah, tengok prono eh?!" Sambil menepuk bahu Nashar.

Nashar tidak terkejut. Dia sudah menjangkakan tindakan Lara itu. "Prono celah mananya Lara." Lemau suaranya menjawab.

"Kau jerit-jerit tadi kenapa kak, meroyan?"

"Bila masa?"

"Iyalah. Sampai tercampak novel Lara tau!"

"Orang sebelah rumah kot."

"Akak lah orang sebelah bilik Lara." Cuba mengusik. Malangnya Nashar tak layan. Diam saja selepas itu. Lara garu dahi yang tak gatal. Mati akal nak meneruskan perbualan dengan Nashar. Walaupun Nashar jarang-jarang moody tapi dia tetap bimbang kalau-kalau dia terover ambil tahu tentang Nashar. 'Ahhhh persetankan! Nashar bukannya dia kenal sehari dua.'

"Kak... Lara ada buat salah ke dengan akak?"

Nashar cuma menggeleng.

"Ke... akak ada masalah?" Diam seketika. "Ceritalah dengan Lara, please."

Nashar geleng lagi. Lalu dia menekan button stand-by untuk menghidupkan laptopnya. Tidak langsung memandang wajah Lara.

"Ke... Kak Nashar dah benci sebab Lara tak seperti yang akak kenal sebelum ni? Sebab Lara pernah ada hubungan dengan Sha? Sebab Lara seorang lesbian, begitu?" Lara akhirnya terpaksa juga membuka aibnya itu. Tidak tertanggung pilu di hati tanpa perhatian seorang insan yang dah banyak membantunya selama ini. Nashar bukan sekadar housemate di hatinya tetapi Lara sudah menganggap Nashar seperti kakaknya sendiri. Kalau boleh dia nak tanam hakikat dirinya itu tanpa pengetahuan sesiapa. Malangnya Nashar sudah tahu siapa dirinya. Barangkali wanita di hadapannya itu mungkin jijik untuk terus bersahabat dengannya.

"Jangan merepeklah. It's nothing to do with that." Cepat pulak tindak balas diterima daripada Nashar.

"Habis tu, watpe akak tak mau layan Lara dah?"

"Susahlah Lara, akak tengah kusut ni."

"So ceritalah. Mana tau Lara boleh sumbangkan idea untuk buang sikit kekusutan yang akak alami ni."

"Akak tak tahu nak mula dari mana Lara. Takde hujung pangkal."

"So cerita jelah daripada middle." Boleh pula Lara melawak waktu itu. Nashar akhirnya ketawa kecil. Lara sedikit lega melihat tawa yang menguntum dibibir Nashar.

"Memain ek!"

Lara ketawa, "alaaa cerita jelah. Penat dah Lara tunggu. Boleh beruban tau rambut Lara ni."

"So tunggu beruban la and then baru akak cerita."

"Aduh kak... tolonglah cerita. Tolonglah jangan buat Lara mati tertanya-tanya."

"Over la Lara ni!" Nashar akhirnya memusing badan. Duduknya kini berhadapan dengan Lara yang sedap landing di atas tilamnya yang empuk itu.
"Akak takde cerita tapi akak ada banyak pertanyaan. Kalau tak rasa ada jawapan baik Lara balik bilik Lara dan tidur."

"Tanyalah kak, apa je akak nak tanya. Lara akan jawab sejujurnya." Lara seakan mengerti maksud kata-kata Nashar tadi.

"Apa sebenarnya yang berlaku antara Lara dengan Sha?" Tanpa banyak fikir Nashar terus menyoal.

"Macam pernah Lara cerita dengan akak dulu, kami pernah jadi rakan di tempat kerja dan berkawan. Cuma yang Lara tak mampu nak cerita kat akak... kami akhirnya jatuh cinta, berpasangan, putus dan sekarang jumpa balik."

"Kenapa putus?"

"Tembelang pecah la kak. Hubungan kami kan hubungan terlarang. Keluarga Lara dapat tahu. Abang-abang Lara siap serang kami di rumah sewa Sha. Jiran tetangga dan housemates Sha semua tahu. Memang aib sangat rasa time tu. Sejak tu Sha menjauh dan terus hilang daripada hidup Lara."

"So depression Lara..."

"Yup." Cepat Lara memotong. "Masa tu Lara tak boleh hidup tanpa Sha kak. Cubaan bunuh diri ntah berpuluh kali kot. Lara tak ingat dan Lara cuba tak mahu ingat. Lara keluar masuk hospital. Mujur Lara tak gila kak. Then bila Lara kenal akak, luka Lara tu started to heal. Arwah adik akak sedikit sebanyak bagi kesedaran kepada Lara untuk lebih menghargai nyawa dan kehidupan. Besar lagi ujian akak waktu tu kalau nak dibandingkan dengan Lara."

"She wasn't my sister, Lara."

"Hah?" Lara sedikit keliru. "Maksud akak?"

"Itu yang akak perkenalkan arwah kepada Lara sebagai seorang adik. Jujurnya arwah bukan adik kandung akak."

"Adik angkat?"

"Nope."

"Kawan merangkap adik? Sebab Lara sendiri pun dah anggap kak Nashar kakak Lara kot." Lara tak sabar nak tahu. Bukan senang nak dengar Nashar bercerita tentang kisah hidupnya pula.

"She's my partner, my heart and my soul."

Lara ternganga.

"Tutup mulut tu, aromanya teruk mencucuk hidung." Sempat Nashar berjenaka.

Lalu dengan pantas Lara mengatup mulut. "Maksud kak Nashar?" Bertanya lagi untuk kepastian yang dia tidak salah faham ataupun tersalah dengar.

"Akak dengan dia sama je macam Lara dengan Sha, faham?"

"No wayyyyy, tipulah!"

"Up to you la nak percaya ke tidak. So tak perlu nak berasa diri tu jijik sangat. Me and you takde bezanya."

"How la kak?"

"This is not about my story, Lara. It is about you. Now, Lara dan Sha dah bertemu semula. Sha mahukan Lara, what's your answer?"

"Entahlah kak."

"Do you still love her?"

Angguk.

"Then apa lagi masalahnya?"

"Hubungan ni tetap salah kak. Kalau nak diteruskanpun nak teruskan sampai mana kan? Lara sendiri pun tak tahu apa yang Lara nak dalam hidup ni. Bila hilang, jenuh cari. Dah ada depan mata..." Sedikit keluhan dilepaskan.

Bersambung...

Jed.
6th Feb 2019
09.41pm

Pelangi Hati LaraWhere stories live. Discover now